Assalamualaikum,
Lama tak menulis.
Tetiba rini ada mood plak nak menulis.
Tahun ni,
dah masuk tahun ketiga aku berada di Pejabat Pembangunan Pelajar dan Alumni.
Pejabat yang mengajar aku cara-cara untuk melakukan tugasan pentadbiran.
Bukanlah sebelum aku duduk disini, aku tak pernah melakukan kerja-kerja pentadbiran
ni, tapi kali ni skop tugasan nya agak besar. Sementelah aku kene menjaga hal ehwal
kebajikan pelajar, prestasi akademik pelajar, hal ehwal persatuan Pelajar, program-program
Pembangunan Pelajar dan macam-macam lagi. Pendek kata, semua pasal pelajarlah. Cuma
skop pelajar aku mungkin kecik sikit. Merangkumi lima buah pusat Pengajian
daripada 14 pusat pengajian.
Salah satu
rutin kerja aku setiap semester bermula, aku ditugaskan oleh boss untuk menjejaki
pelajar-pelajar yang mempunyai pointer bawah 2, atau lulus bersyarat. Boss
mintak aku call dorang, jumpa diorang, tanya apa masalah, bagitau camana nak
susun jadual balik dan sebagainya… yang penting… depa ni mesti score balik masa
semester berikutnya… jangan sampai LB dua kali… senang cerita, aku ni dah jadi
kaunselor tak bertauliah plak… kadang-kadang, jadi macam prebet inbestigator
(private investigator). Selama empat semester aku pegang jawatan kaunselor tak
bertauliah ngan PI ni, setiap sem, bila mintak staff tolong call depa mintak
buat appointment, dalam 30 orang tu… yang angkat tepon, 10 orang. Yang lain
semua tak berjawab atau salah nombor. Dalam yang angkat tepon 10 orang tu, yang
mai datang jumpa, adalah dalam 5 orang… Dalam 5 orang ni, nak betul2 nak cerita
apa masalah dia dalam akademik, adalah dua tiga orang… Kadang2, jenuh aku cuba
korek rahsia, kenapa dia jadi macam tu… tak dapat jugak… erm… maybe approach
aku tak kena… takpelah, aku bukannya kaunselor yang betul pun…
Ada banyak
kali jugak aku kene jadi PI. Dok cari bebudak ni sampai ke bilik. Terpaksa
email penolong pengurus asrama, mintak no bilik, mintak no tepon roommate dia.
Cerita masalah budak ni nak kene bar dengan pensyarah sebab tak mai kelas… Terpaksa
buat sampai tara tu… sebabnya, aku call tak angkat, msg tak berjawab. whatsapp
bluetick… tapi tak berjawab…. jenuh!!!! Tapi demi anak bangsa, cari jugaklah
budak ni… bila dah dapat, jenuh nak tanya apa masalah dia tak p kelas. sem
lepas dah kene bar sampai 5 paper dari 7 paper yang dia amik. sem ni, nak kene
bar lagi… bila tanya masalah, tak nak
jawab. kadang2 fed up dengan student yang terlalu berahsia ni… kita nak tolong
dia, tapi dia yang tak kasi kita tolong dia… so, nak buat camana lagi…
Tapi
alhamdulillah… adalah jugak student yang aku jumpa… dia cerita jugaklah masalah
dia. so, aku pun takdelah nak tempelak dia balik. Cuma aku nasihatkan dia,
susun balik subjek2 supaya boleh score balik. Bagitau camana nak score balik,
ajar cara nak kira pointer… pesan kat dia supaya jangan sampai kene bar, sebab
bila dah kene bar, takleh tebus balik markah tu (tu pun tak faham maksud tebus,
n taktau kalau kene bar tak boleh tebus. bila dah terangkan beza antara fail dengan
bar, baru menyesal). alhamdulillah… nak jugaklah dia ikut…
Itu yang
mai datang jumpa… yang dipanggil. Yang dapat aku kesan melalui system. Bayangkan,
kalau aku tak dapat trace pointer dorang, dan aku mengharapkan depa mai sendiri…
Rasanya, memang tak delah yang nak mai datang jumpa untuk penasihatan akademik.
Sebenarnya,
nak relate lah dengan kes kelaparan dikalangan mahasiswa sekarang ni.
Adik2, jangan
malu-malu nak jumpa kalau takde duit nak makan. Pergilah jumpa mana2 badan yang
berkenaan (Hal Ehwal Pelajar terutamanya) untuk tanya bantuan apa yang ada kat university
yang boleh kita pohon. Kenelah proaktif sikit. Kalau adik2 tak bagitau, manakan
mungkin kami tahu. Janganlah mengharap pihak2 universiti pergi melawat setiap
bilik, tanya adik makan apa hari ni. Ada duit ke tak de duit, seorang demi
seorang. InsyaAllah, kalau kalian datang jumpa, cerita masalah korang, pihak
yang terbabit pasti akan bantu… kurang2, bagi pinjaman jangka pendek. Ada
seorang student yang baru masuk melalui panggilan kedua (second intake), ptptn
dia dapat lambat sangat. So, dia tanya aku, kat mana boleh dia pergi untuk
mintak bantuan sementara. So, aku pun salurkan dia ke pihak tertentu. Dia pun
buat pinjaman jangka pendek. Alhamdulillah, bila ptptn dia dah dapat minggu
pertama exam (bayangkan sepanjang semester dia hanya bergantung pada pinjaman
jangka pendek dia, survive jugak budak ni), dia langsaikan balik hutang jangka
pendek dia. Memula tu, memang malu. Tapi bila dah melibatkan kesihatan diri
sendiri, kenapa mesti malu…
Satu lagi,
kalaulah ada apa2 program yang dijalankan di kolej kediaman, atau pihak
pengurusan university, joinlah… Selain daripada meningkatkan kemahiran insaniah,
adik2 juga dapat makan free (insyaAllah). Mungkin ada yang kene program yang
kene bayar, ada yang tak. Joinlah mana yang tak. ikutkan pengalaman aku menjaga
aktiviti persatuan pelajar (ada 12 persatuan dan kelab bawah Pejabat aku sahaja
tidak termasuk dibawah DPP, kolej lain, HEP, Kokurikulum), setiap minggu mesti
ada program yang dilaksanakan… Kebanyakkan program tersebut makan ditanggung. Itu
yang di bawah anjuran persatuan akademik… Belum campur lagi yang di bawah
anjuran kolej2 kediaman… Jabatan hal ehwal Pelajar… dan Persatuan2 lain…
Oklah, kalau
nak kata, adik2 sebuk nak siapkan assignment. Takkan nak join sekali pun tak
boleh. Takkan setiap minggu cuti, malam hari setiap hari adik2 buat assignment,
projek dan sebagainya yang membuatkan adik2 bz? Oklah, maybe banyak sangat
assignment. Oklah, Cuma nak nasihat sikit. Sesekali tu, ikutlah program yang
dianjurkan… jimat jugaklah dekat RM10 untuk sehari makan kan… betul kata satu
posting kat FB, kadang2 nak cari penyertaan program bukan main payah… orang
sama je yang join… so, nak kata camana lagi bila peluang dah ada terbuka untuk
makan free, tapi taknak join (teringat aku satu program yang dianjurkan oleh
sebuah badan Pelajar untuk peningkatan akademik dan Bahasa Inggeris. Nama2
telah dipilih… Dalam 60 orang. selama dua hari, makanan fully sponsored. tapi, yang
turn up, tak sampai 20 orang).
So adik2,
kalau ada program yang dijalankan, cubalah tanya… makan ada? Free? kalau free,
ikutlah sekali. kalau tak free, p cari program2 yang free. I bet, banyak
program yang dijalankan makanan semuanya ditanggung. Biarlah orang nak kata apa
pun… rezeki jangan ditolak…
Gambar hiasan semata2 bersama pelakon sementara |
Satu lagi,
sem Feb depan, korang akan exam pada bulan puasa. So, bolehlah jimat setiap
hari dengan berbuka dan bersahur di masjid. peluang makan free, jangan dilepaskan dik…Biarlah orang nak kata
“hai, bulan
posa baru nampak kat masjid”.
Pekakkan telinga. Abaikan. Mulut orang, mana kita nak tutup kan??? Mana tau adik2 datang
time bulan posa tulah, adik2 akan jatuh cinta dengan masjid… Mana tau asbab adik mai mesjid time bulan puasa jek, lepas ni,
masjid sentiasa menjadi kunjungan adik2…
Ada yang
cadangkan, sebenarnya, kos makanan tu yang terlalu tinggi. RM5 tak cukup.
Takpe, cadangkanlah pada pihak berwajib untuk pantau harga makanan. InsyaAllah
depa akan laksanakan. Cumanya, memetik kata2 seorang pengurusan atasan, kadang2,
ada aduan students ni tak berasas. Bila mahal, terus complain tanpa melihat
kepada kualiti masakan tersebut ataupun cafe2 lain yang menjual menu yang sama
tapi lebih murah. pandai2lah adik2 cari makanan yang murah. Dekat UUM ni je,
setiap DPP ada cafenya… dan harga mungkin berlainan berdasarkan kepada kualiti.
Mee goreng kosong dengan mee goreng meriah (macam2 ada kat dalam tu) memanglah
harganya mahal sikit. Samalah macam KFC dengan ayam goreng jual pasar malam.
Kesimpulannya
dik, apa2 masalah, datanglah pada sesiapa yang berkenaan. jangan simpan
sorang2. kalau tak di bagitau, takkan orang nak tau. Jangan pulak disalahkan
orang lain tak ambil tahu. Pihak kami bukanlah orang yang ada pancaindera
keenam yang boleh membaca apa yang berada dalam hati adik2… kami hanyalah
manusia biasa…
Saja nak
cerita… orang lain cerita zaman dia kat Uni nak tingkatkan taraf hidup,
berniaga… aku tak berniaga pun, sebab tak berminat…
Aku
teringat zaman aku student dulu. Duit MARA selepas ditolak yuran, hanya dapat
dalam RM900 sahaja (kalau tak silap, JPA lagi sikit). kalau ikutkan, bahagikan
dengan 4 bulan (14 minggu Pengajian, 3 minggu peperiksaan), dapatlah dalam
SEMINGGU RM 50. Masa memula kira2 bila dapat setiap sem tu, memang tak cukup. yelah,
makan sehari dah RM5 (sekali makan RM2, dapatlah ayam goreng seketul, nasi
selambak, sayur takde, sebab aku tak minat sayur). Mujurlah zaman aku dulu tak henpon2 (zaman henpon takde,
pakai public phone je tepon rumah, seminggu sekali)…
Dengan duit tu jugaklah plan nak beli buku. Zaman aku
dulu, buku tgk mana yang penting, baru aku beli. kalau aku boleh pinjam
library, aku pinjam sampai satu sem (extend tarikh memanjang). last choice, aku
fotostat. yelah, buku main puluh2 RM. mana ada duit. Dengan duit tu jugaklah
aku join pelbagai aktiviti. Ingat dulu masa zaman aku di bawah kelab EON
Motivation Club, kebanyakkan aktiviti yang aku buat, semuanya aku kenekan
bayaran pada peserta. Alasan aku, kalau tak join program pun, still kene bayar
tuk makan jugak. Alhamdulillah, berjaya jugak lah program2 walaupun kene bayar
tuk join program. Tapi tulah... kebanyakkan memember sekolej kediaman yang join...
AJAIBNYA... bila akhir sem, duit masih cukup lagi. taktaulah datang dari mana duit tu. kalau congak masa memula dapat, tak cukup... tup2, akhir sem, cukup plak...
AJAIBNYA... bila akhir sem, duit masih cukup lagi. taktaulah datang dari mana duit tu. kalau congak masa memula dapat, tak cukup... tup2, akhir sem, cukup plak...
Pandai2lah
adik bahagikan duit ptptn tu. Kalau adik congak, memang takkan cukup. Tapi,
biasanya, akhir sem, memang akan cukup. Tak percaya???? Itulah kuasa yang Maha
Memberi.
tuanpunyablog: saja nak bgtau. sepanjang aku jadi kaunselor tak bertauliah, aku tak pernah ceritakan masalah "klien" aku kat sesapa. kalau pun ada, aku tak sebut nama. nak bagitau ni kat someone, yang marahkan aku... tah bila tah dia nak reda kemarahan dia kat aku sebab dia rasa aku dah malukan dia dekat FB....