Saturday, 7 February 2015

Halatuju selepas SPM - Matrik/ Asasi/ STPM/ Diploma

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

"pelajar matrik lagi senang nak masuk U?"

"amik STPM macam menggali kubur sendiri?"

"amik diploma lagi senang nak masuk U nanti?"

"asasi agak payah nak masuk U nanti?"

"matrik lagi susah dari STPM?"

"STPM payah nak masuk Uni?"

dan macam-macam soalan yang mungkin depa sendiri dengar daripada senior2 depa... ramai jugak yang tanya, mana lagi baik, STPM atau matrik atau diploma? erm... macam biasa, aku taknak cakap mana yang baik, mana yang buruk, sebab apa2 sahaja yang diambil, semuanya ada pros n cons. fikirkan sendiri mana yang terbaik... dalam jadual ni, aku senaraikan beberapa kebaikan dan keburukan kalau adik2 (adik2lah kan, since yang baca ni aku rasa bebudak lepasan SPM jek) amik mana2 option yang aku senaraikan. basically, aku senaraikan 3 ni je lah... kerja dan kahwin, aku tolak tepi dulu.

baik... cuba tgk table kat bawah ni... ringkasan yang paling mudah untuk dibuat perbandingan...  sebab aku dapat info pun daripada pensyarah matrik, dan cikgu2 yang mengajar STPM dan jugak dapat info daripada mereka2 yang pernah menjadi panel pemilih UPU. dapatlah jugak ilmu untuk buat perbandingan. kalau ada yang salah, pensyarah-pensyarah matrik dan diploma serta cikgu2 STPM harap betulkan ye.

Ciri-ciri
Matrik/ Asasi/ Tamhidi
STPM
Diploma
Masa
1 tahun/2 tahun
2 tahun
3 tahun
Peperiksaan
Setiap satu semester (2 kali)
3 kali (setiap 6 bulan)
6 kali (setiap semester)
Sijil yang diproleh
Tidak lakugunakan sijil SPM sahaja
Laku untuk memohon kerja
Laku untuk memohon kerja
Peluang untuk memasuki Ijazah Pertama
                 Bergantung kepada merit yang diperoleh
Agak rendahlebih-lebih lagi jika pointer yang diperolehi bawah 2.7
Mengulang untuk memperbaiki pointer
Tidak bolehditawarkan untuk mengikuti program setahun batch berikutnya/ masuk ke program dua tahun
Bolehtidak perlu mengikuti kelas, hanya mengambil exam sahaja
Tidak Berkenaan


Penjelasan:

Matrikulasi/ Asasi/ Tamhidi

Basically matrikulasi mengambil masa setahun. dari segi masa untuk mendapatkan degree memang akan jadi cepat. matrikulasi umunya terbahagi kepada dua jenis, satu matrikulasi KPM (yang berada disemua negeri Malaysia) dan juga asasi (kebanyakkan uni dah memang ada, termasuklah yang terbaru asasi pengurusan UUM). beza antara asasi IPTA dan KPM ialah konsep pembelajaran yang diterapkan. kalau KPM hanya dua semester, peperiksaan adalah selaras dan kertas peperiksaan ditanda daripada kalangan tenaga pengajar dan juga pensyarah universiti disatu masa dan tempat yang sama (lupa pulak term apa yang digunakan). yang pastinya, kertas calon daripada KMP contohnya, tidak akan ditanda oleh pensyarah daripada KMP sendiri. ,manakala asasi pula, sebanyak 3 semester (kebanyakkan IPTA), diajar oleh kalangan Dr. dan Professor, mempunyai beberapa jam kredit (macam pelajar univ biasa), peperiksaan dibuat dan ditanda oleh tenaga pengajar tersebut. 

daripada peluang untuk masuk ke IPTA, pelajar matrik KPM akan dikumpulkan dengan calon2 STPM. maksudnya, semua pelajar STPM dan matrikulasi KPM adalah dalam satu pool, dan masing2 mempunyai peluang dan saingan yang sama untuk memasuki IPTA tersebut. manakala, bagi asasi, perlu ditanya sendiri dengan pengurusan IPTA tersebut, samada asasi berkenaan akan menyerap semua pelajar asasinya masuk ke IPTA tersebut atau tidak. sebab ada sesetngah asasi tidak mengambil pelajarnya untuk memasuki IPTA tersebut. maksud aku ialah, pelajar2 asasi ini perlu memohon melalui UPU sama seperti pelajar matrik KPM. logiknya, saingan akan makin meningkat, since pelajar asasi ini menambahkan bilangan pelajar yang mohon untuk masuk IPTA melalui UPU (sebenarnya sama jek, sebab kalau IPTA tempat depa buat asasi tu amik pelajar daripada asasi tu sendiri, maka, ruang untuk pelajar UPU masuk IPTA tersebut akan jadi lebih kecil, kan???). so, kalau orang tanya aku, mana lebih baik asasi ke matrik ke? 

asasi lebih baik kalau kompom akan masuk IPTA tersebut biarpun CGPA cukup2 makan (cuma yang pasti tak dapatlah kursus yang bagus kan). Masalah bila cukup2 makan ni, at least kalau KPM boleh gak masuk mana2 IPTA yang kurang students mintak, nak mintak engineering, tapi since pointer cukup2 makan, maka apply lah uni yang kurang ternama. janji dapat masuk engineering, kan?? kurang baik kalau asasi tu tak ambil pelajarnya sendiri dan perlu memohon melalui UPU. satu lagi, kurang bagusnya asasi, cara pengarajan sebijik macam univ. so, kalau tak catch up, kenelah pandai2 cari bahan nak catch up. bagusnya pulak matrik, belajar dibimbing macam pelajar sekolah. siap buat kelas tambahan lagi. subjek pulak hanya 4 yang diambil kira dalam CGPA, selain bahasa Inggeris of course.... kurangnya matrikulasi ialah, kalau pointer cukup2 makan, memang payahlah nak dapat tempat di IPTA especially yang amik matrik akaun (berdasarkan kepada mereka yang pernah menjadi panel pemilih UPU). 

kurangnya matrikulasi dan sesetengah asasi IPTA jugak, kalau pelajar tak lulus dalam peperiksaan akhir semester, pelajar akan dibuang terus (kalau tak silap, matrik akaun sahaja), atau di offer untuk menjadi dua tahun pengajian (pelajar sains ketiga2 modul dan teknikal). dan kurangnya pada matrikulasi dan asasi ialah, (kalau masih sama), sepengetahuan aku, sijil matrik dan asasi tersebut tidak "laku". maksudnya, kalaulah ditakdirkan dah masuk degree n sangkut dipertngahan jalan (na'uzubillah), maka, sijil tertinggi yang boleh digunakan hanyalah SPM bukannya sijil matrikulasi. 


Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM)

La ni STPM dah berubah format (kalau tak silap aku since 2013). kalau dulu, exam STPM hanya sekali sepanjang mengambil tingkatan 6, lani dah jadi 3 kali peperiksaan STPM. satu STPM ditingkatan enam bawah, dan dua di tingkatan 6 atas. kira diubah menjadi seperti semester. Jadinya, akan ada 3 semester pengajian dan pelajar STPM ni awal2 lagi perlu memilih subjek yang akan diambil waktu STPM bermula sewaktu tingkatan 6 bawah lagi. pemilihan subjek ni sebenarnya amat penting especially ada sesetengah subjek STPM yang diambil, kurang diambil kira untuk menjadi syarat kemasukkan dikebanyakkan IPTA. jadinya, peluang nak masuk mana2 program pengajian IPTA akan menjadi lebih kecil. kene pandai buat analisis untuk cari suibjek mana yang akan menjadi syarat untuk kemasukkan mana2 program pengajian IPTA, sebelum memilih subjek STPM masa tingkatan 6 bawah (bulan 8 kalau tak silap aku dah kene daftar subjek). 

Bagi aku, memang ok kalau nak amik subjek yang senang score, tapi kene perhatikan jugak subjek tersebut "laku" ataupun tidak untuk masuk ke IPTA. memang tak dinafikan, senang score untuk dapat pointer terbaik, tapi kalau peluang makin tipis disebabkan subjek tersebut kurang "laku", takde maknanya jugak kan... so, kene pandai pilih subjek and suggest lah kat sekolah (aku paham, sebab hanya subjek2 yang tertentu sahaja boleh diambil based pada sekolah, tapi kita bolehlah jugak suggest kat sekolah kan... bawak bukti analisis yang kita dah buat, isnyaAllah sekolah akan pertimbangkan).  

kebaikan mengambil STPM ini ialah pointer boleh diperbaiki tanpa perlu menduduki kelas sekali lagi. maksud aku, ialah ambil semula atau "re-sit" exam STPM. dan ketiga2 semester boleh diperbaiki serentak. kalau nak perbaiki subjek sejarah untuk sem ke 2 dan ke 3, boleh amik sekaligus bila keputusan dah keluar. melalui temubual aku dengan guru STPM, walaupun dah re-sit exam, markah yang akan diambil ialah markah yang terbaik, bukannya terkini. maksudnya, kalau yang terkini gred yang diperoleh ialah C, dan gred terdahulu ialah B, maka yang akan diambil ialah gred B. bagi aku, yng ni sangat2 membantu pelajar. satu lagi kebaikan ialah, sijil STPM ni diiktiraf oleh kebanyakkan institusi pengajian tinggi dalam dan luar negara. hampir sama dengan kelayakkan diploma. meaning that, kalaulah ditakdirkan masa degree kene tendang (na'uzubillah), maka sijil tertinggi adalah STPM, bukannya SPM. 

Dari segi peluang untuk memasuki universiti, as I said before, peluang adalah sama sebab pelajar STPM dan matrik akan dikumpulkan dalam satu pool, dan bersaing sesama sendiri untuk mendapatkan tempat di IPTA. 


Diploma

Diploma ni dah memang masuk IPTA. so, pembelajaran pun akan sama dengan univ. kebiasaannya, diploma ni tiga tahun. so, setiap semester perlu mengambil beberapa subjek berdasarkan struktur pengajian yang diperlukan. kalau fail sesuatu subjek perlu mengulang semula. 

dari segi  chances nak masuk ke uni, peluang agak tipis sebab kebanyakkan IPTA (kecuali yang memang dan tawarkan diploma dan berjanji kepada students diplomanya akan dapat sambung degree di IPTA yang sama), menawarkan tempat yang terhad kepada pelajar2 diploma compared dengan lepasan STPM dan matrik. contohnya, kalau tempat untuk program pengajian A ditawarkan sebanyak 200 tempat, 180 akan ditawarkan kepada calon2 STPM/Matrikulasi dan selebihnya diploma. sebab tu, kalau amik diploma ni, kalau boleh CGPA jangan cukup2 makan.... biarlah terlebih makan, obesiti pun takpe... janji peluang nak masuk IPTA tu makin cerah (harap2 orang tak salah baca ayat aku ni). 

Bagusnya diploma ni ialah, kita boleh apply UPU banyak kali. tak macam matrikulasi dan stpm. Untuk matrik dan stpm, hanya pada tahun semasa je, kalau dah masuk tahun kedua, pemohon kategori STPM dan Matrikulasi ni akan masuk pool saluran kedua (uni akan consider calon2 ni bila calon sesuatu program pengajian mereka tak cukup calon, which is, rarely happen lah). kalau diploma jugak, boleh melalui pintu belakang universiti tanpa perlu melalui UPU, especially untuk kemasukan semester kedua (Februari). biasanya, pemohon akan terus melalui IPTA yang dia nak, dah permohonan dihantar terus ke IPTA tersebut. kira jalan singkatlah. 


Kesimpulan,

bagi aku, amiklah mana2 pun, janji korang bersungguh2 nak capai yang terbaik. matrik/stpm/diploma ni ialah pintu2 yang akan membawa korang untuk ke degree. bila dah masuk sini, dah takde dah hanimun2 dulu (stpm dulu adalah hanimun, la ni takdak dah, since dah tukar ke 3 semester)... so, masuk kene ada semangat nak dapatkan pointer terbaik... 

Biasanya, kalau aku buat promosi decision science (dalam BM dipanggil sains pemutusan), soalan pembuka bicara, aku akan tanya, kalau kita berada dipersimpangan dilema untuk membuat keputusan, apa yang biasanya kita lakukan? maka, banyaklah kata, ikut kawan lah, ikut nasihat mak ayah lah, tanya cikgu lah, tanya kaunselor lah... tapi ada satu sekolah bila aku buat promosi decision science, soalan yang sama aku tanya.... maka ini jawapan dorang, serentak pulak tu;

"solat istikharah...." 

terkedu sekejap dengan bebudak sekolah SAMTTAJ, Seksyen 11, Shah Alam ni. 

so, kalau susah sangat buat keputusan nak amik mana, maka, jawapan aku sama dengan jawapan bebudak Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Jemaah (SAMTTAJ) tu...  

sebut pasal decision science atau kata melayunya, sains pemutusan ni, teringat kisah seorang pelajar decision science yang dari lepasan asasi sebuah IPTA. Selepas mendapat tawaran program pengajian ini, beliau mengemaskini status dalam FBnya, yang katanya program pengajian ni dari planet Marikh agaknya. siapa sangka kan, dalam mula2 membenci kursus yang diperolehnya, tup2, beliau antara pelajar yang cemerlang setiap semester, dengan mendapat Sijil Dekan selama 4 semester berturut, dengan pointer melebihi 3.7 (result sem 5 tak keluar lagi).    

panjang plak cerita aku kali ni.... 

OK... Bai!!!!



tuanpunya blog: izinkan aku ucapkan jutaan terima kasih atas doa yang dikirimkan. setelah duduk berjauhan selama (tidaklah lama sangat pun) empat tahun, akhirnya, zah dapat pindah ke Kedah, to be specific, dapat kat SK Jitra (2). dari jarak 450km, Allah dekatkan hanya dengan 4km daripada rumah aku.... silap2 nanti aku mohon jadi felo balik, sebab minat ngan program2 pelajar... Syukur alhamdulillah... menagis jugaklah masa tengok keputusan tu... cuma lani, aku masih menunggu surat daripada JPN (jadi la ni masih lagi bujang yang malas nak mengemas rumah). hopefully, by this week akan keluarkan surat tu. Sekolah lama tak bagi lepas, dan sekolah baru pulak tak bagi masuk selagi surat tak dapat... takpelah. bak kata seorang member, 4 tahun ko boleh sabar, takkan 4 minggu takleh nak sabar... erm... btol lah tu...