Saturday, 19 July 2014

Camana nak jadi pensyarah???

assalamualaikum...

agak lama tidak mencoretkan sesuatu di sini. bukan apa, sedikit kesibukan melanda. niat nak menulis tu ada, tapi yelah... kadang2 mood nak menulis tu hilang bila banyak keje terbengkalai.

apapun, semoga roh2 orang yang Islam yang terkorban dalam nahas MH17 sentiasa dalam rahmat dan lindungan Ilahi hendaknya. Dan juga roh2 orang Islam yang syahid di Palestin serta negara-negara yang bergolak seperti di Mesir, Syria, Burma dan negara-negara Islam. Allahummaghfirlahum warhamhum wa'afihim wa'fuanhum...

apapun, sejak dua posts aku pasal pensyarah,

1. Tentang kerjaya pensyarah yang dikatakan beban kerja yang sedikit [pautan disini];
2. Tentang seronok dan kurang seronok menjadi pensyarah [pautan disini];

adalah dua orang yang telah menghubungi aku melalui email bertanyakan tentang kerjaya pensyarah tersebut. Email aku depa dapat daripada blog aku jugak, yang sengaja aku tepekkan bagi membolehkan mereka mengemail aku untuk dapatkan softcopy cara-cara membuat ToC, LoT, LoF menggunakan MS Word [pautan disini]. ramai jugaklah yang mintak yang ni, alhamdulillah...

cuma aku mintak satu jek. mana2 yang mintak tu, kalau tak dapat balasan email aku, samada email tu masuk spam inbox aku, atau aku dah hantar, tapi korang tak perasan. sebab ada beberapa orang yang bila mintak, aku dah bagi, terus senyap. taktaulah samada dapat atau tak... nak pengesahan, kalau diorang tak balas, aku akan reply tanya dah dapat ke blom. kalau yg ni pun tak jawab, maka aku pun akan senyap (kadang2 agak terasa dengan orang yang tanya ngan kita, kita dah jawab, tapi senyap lepas tu... kene amik kursus pengurusan komunikasi ni rasanya...) opsss.... terkeluar topik plak...

ok, back to the main topic. ada dua orang yang tanya aku pasal pensyarah ni. so, aku yang SEDIKIT ILMU ni pun sharelah apa yang aku tau (mohon maaf, aku memang tak buat mana2 rujukan termasuklah dokumen2 JPA dan sebagainya... hanya melalui apa yang aku takat ni dan pengalaman-pengalaman kawan2 aku yang lain)... antara soalan yang ditanya seperti dalam gambar di bawah:


tak panjang sangat aku jawab apa yang Cik Farah ni tanya. sebabnya, aku memang sibuk masa ni. aku janji ngan dia aku nak jawab dalam blog jek... tapi takde kesempatan. sampailah seorang lagi bertanya pasal camana nak jadi pensyarah ni... 


sorry, umurnya aku terpaksa padamkan... btw, aku dah mintak kebenaran tuk share email dia dan jawapan aku dalam blog ni... hopefully, mereka yang berminat nak jadi pensyarah, akan mula mencari ruang dan peluang yang ada... insyaAllah... cumanya, jawapan aku adalah berdasarkan pada pengalaman aku yang sikit ni, dan juga based pada experiences kawan-kawan aku yang lain (banyak kali dah aku tegaskan. bukan apa, nanti orang kata aku ni memandai jek. walhal, ni bukan sesuatu yang fixed)... dan ini jawapan aku kepada soalan yang dikemukakan... aku copy and paste sahaja. malas nak tapi balik... ada jugak yang aku tak tulis email ni, tapi aku tambah info kat blog ni. sebab masa menjawab email dia, aku tak ingat banyak sangat nak tulis. bila baca balik, baru teringat... 

--------------------------------------------------------------------------------

Asalamualaikum Tuan Jepri,
----- waalaikumussalam. Tak yahlah panggil tuan. panggil Jep pun dah ok... :)


Maaf mengganggu, saya dapat email tuan dari comments section blog tuan. Saya ni betol2 perlukan guidance and advice cara mana kalau nak menjadi seorang lecturer.
------ pengalaman saya amatlah sedikit. yang saya akan jawab, mungkin based on my experiences. kalau salah, maafkan saya. insyaAllah saya akan bantu jawab mana yang saya boleh jawab. tak mengganggu pun... no worries k... :)

I am a B.Sc and M.Sc holder in Environmental Engineering. I am currently (tuttttt) years old. Sudah bekerja korporat lebih kurang 14 tahun. Tetapi, saya ni memang ada simpan hajat nak mengajar. Bak kata tuan, dunia dan akhirat dapat, insyallah.
------- ada ramai member2 saya yang dari industry yang masuk jadi lecturer. honestly, bagi saya, kebanyakkan mereka inilah yang masuk dari industry inilah yang akan memberi value added pada pelajar, sebab depa ni ada pengalaman yang boleh diceritakan kepada pelajar. sekurang2nya, pelajar tau apa yang berlaku bila depa keluar bekerja nanti. so, bagi saya, niat abg (kalau boleh saya panggil abg), nak jadi pensyarah, sangat2 bagus... sebab abg akan memberi value added pada students. in fact, syllabus lama2 yang abg rasa industry yang tak perlukan lagi, boleh diolah.

macam saya, habis grad terus masuk jadi pensyarah. takde pengalaman pun dalam bidang industry. so, bila nak cerita tu, hanya certa based pada pengalaman saya berpraktikum, atau masa melawat student buat praktikum... :)


How can I approach IPTA/IPTS for a position? Being from the industry, ada risau sedikit kalau perlu ka saya start dari bawah...betul ke? Dan perlukah saya pursue PhD to be more convincing?

--------- honestly, kalau ikutkan kebanyakkan uni especially IPTA, depa mmg nak PhD sebelum dilantik menjadi pensyarah kanan gred 51. tapi ada jugak uni yang amik kelulusan master untuk jadi pensyarah (gred 45) atas banyak sebab termasuk kekurangan pensyarah. ada seorang kawan saya masuk IPTA dengan master sebagai pensyarah tetap (bukan kontrak) dengan kelulusan master sebab tak cukup pensyarah, yang mana sebelum ni depa amik part time lecturer untuk ajar. cumanya, dia di tahan untuk buat phd selama beberapa tahun sebab nak pastikan lecturer yang depa lantik balik untuk menggantikan tempat dia sebelum dia buat phd. kawan saya kata, kene habiskan tiga tahun mengajar, baru boleh buat phd.. ni yang dikatakan management akan letak syarat lah kalau nak buat phd. biasanya, kebanyakkan uni yang akan amik kelulusan master ni untuk jadi pensyarah ialah IPTA yang dulunya kolej2 universiti dan telah dinaiktaraf ke Universiti penuh. ada jugak yang asalnya uni penuh amik juga. cuma buat masa sekarang ni, saya tak dengar pulak ada yang amik....

mmg kene mula dari bawah, walaupun gaji abg pun dah tinggi dalam swasta, lepas tu, gaji pensyarah permulaan basic tak campur elaun2 dalam RM3k++ (kalau tak silap saya) jek. tak banyak macam industry. tapi, kalau abg boleh demand (kebanyakkan bakal penysarah dari industry akan demand sebab ada pengalaman kerja), insyaAllah depa akan consider. sebab ada member saya satu tempat kerja ngan saya penah demand. dan gaji dia tinggi sikit compare dengan kami yang dah masuk jadi pensyarah 2 3 tahun..

kalau nak masuk dalam IPTA, jawatan akademik untuk kebanyakkan IPTA (maybe semua) terbuka sepanjang tahun. abg cuba bukak website depa, kemudian tgk bahagian pendaftar (biasanya borang diletakkan online). kemudian borang2 ni abg hantar to a specific school or faculty. proses lebih cepat. sebab Dekan tersebut akan propose tuk amik pensyarah, interview akan cepat sikit. compare dengan kalau kita terus hantar ke pendaftar atau bahagian sumber manusia, depa akan pass borang tersebut ke respective school/faculty. depends pada school atau faculty nak amik atau tak.. agak lambat jugaklah prosesnya. lagi baik, kalau abg ada contact kawan-kawan yang berada di IPTA tuk propose borang abg tu, ke dekan fakulti yang sepatutnya. banyak cara boleh buat.

pasal nak teruskan phd ni, saya galakkan jugaklah... will be more convincing. untuk sponsorship, saya ada banyak cadangan.

1. abg start masuk dengan tutor gred 41 (of course, gaji rendah - basic 2k lebih sahaja tidak termasuk elaun), sebab pensyarah kene ada PhD (walaupun ada master, tetap depa suh jadi tutor dulu). kemudian, abg sambung phd atas sponsorship uni dan KPT or KPM la ni. Kebanyakkan uni (ada dua tiga uni yang saya tau), mensyaratkan pelantikan tutor ini selepas mendapat surat tawaran daripada Uni yang kita mintak untuk buat PhD tu. meaning that, tutor ni takkan dilantik selagi tak dapat tempat tuk buat phd. bila dia dah start buat phd, baru depa lantik dan baru start gaji, elaun, elaun further study etc. so, save duit uni bayar gaji sebab kebanyakkan tutor ni tak dibenarkan mengajar (bergantung kepada uni dan IPTA). ada juga yang tawarkan jawatan sebelum dapat tempat. dan yang ni, ada uni yang mensyaratkan, kene dapatkan tempat dan lulus semua syarat tuk buat phd dalam masa dua tahun. kalau tak, depa terminate... Bila buat PhD, fully sponsor, gaji jalan, plus allowance. Tapi, jawatan tutor ni adalah sementara. so, kalau abg tak habis phd (na'uzubillah), abg akan kene terminate macam tu jek (dia bagi tempoh jugak lepas habis phd, kalau macam kat sini, 2 tahun dengan ada progress). kalau tak silap saya, ada yang kene bayar balik sebab phd tak habis;


ATAU

2. abg start masuk dengan pensyarah gred 45 (ada yang amik pensyarah dengan master especially yang dulunya kolej2 university), kemudian, mengajar beberapa ketika (bulan atau tahun), kemudian sambung phd. Fully sponsor, gaji jalan, allowance. yang ni, kalau abg buat pegi phd dengan jawatan tetap sebagai pensyarah, kalau tak habis phd (na'uzubillah), payah sikit depa nak buang. sebab tak termaktub dalam syarat2 pelantikan. biasalah, government kan payah nak buang staf melainkan kalau ada kes2 besar.. UNLESS, kalau termaktub dalam syarat-syarat pelantikan sebagai pensyarah, maka, uni bolehlah buang abg. so far, ada juga rakan2 saya yang tak habis, Alhamdulillah, masih berkhidmat lagi. cuma depa kene bayar balik lah.;

ATAU

3. abg sambung phd terus dulu sebelum masuk mana2 IPTA, dengan sponsor sendiri atau MARA (yang saya tahulah, ramai amik MARA), kemudian, bila habis PhD, abg baru mintak mana2 IPTA. yang ni, MUNGKIN akan ada beberapa uni yang interested tuk amik abg. sebab abg dah ada PhD, ada pengalaman 14 tahun dengan industri lagi. saya cakap mungkin, sebab saya ikut logic akal saya. kalau saya jadi VC (berangan sekejap), saya akan amik abg sebab abg banyak pengalaman dalam industri. lagi2 kursus pengajian yang memerlukan banyak latihan praktikal.... tapi kalau takde orang nak amik (which is saya RASA macam TAK MUNGKIN), saya mintak maaflah... sebab bukan saya pembuat keputusan di IPTA yang abg mintak, mahupun di KPT. kalau abg dapat, biasanya abg akan di offer untuk gred pensyarah kanan, permulaan gaji dengan RM5k++, tambah pelbagai elaun RM1k lebih dengan increment setiap tahun RM290. dalam 3 tahun, gaji abg dah naik jadi hampir seribu. :).


ATAU

4. option yang sama dengan no 3. tapi sambil abg buat PhD, lepas lebih kurang setahun tengah buat phd abg apply tuk jadi tutor mana2 IPTA. yang ni pun ada kemungkinan IPTA akan amik. sebab abg tengah buat phd, IPTA tak perlu tunggu lama tuk amik jadi pensyarah dengan PhD. yang ni depa akan bayar elaun2 beserta gaji full. FYI, kalau kat oversea tu, banyak IPTA selalu buat temuduga terbuka untuk jadi pensyarah/tutor. peluang nilah biasanya student Malaysia yang kat oversea amik kesempatan. so, balik2 jek, dah ada keje. tapi tulah, macam option no 1, kalau tak habis PhD (na'uzubillah sekali lagi), kene bayar balik dan kene terminate.


so, option ni abg boleh pilih mana yang abg rasa OK, DAN mana yang uni yang abg pilih tuk jadi pensyarah. sebab syarat bagi setiap uni adalah berlainan. ada satu dua uni yang tak tawarkan jawatan tutor, depa tawarkan jawatan sebagai ............. (lupa plak term dia). yang ni, depa bayar elaun sahaja dalam beberapa amaun, contohnya RM1500, fixed sampai habis phd dan dilantik sebagai pensyarah. beza ngan tutor, tutor ada increment setiap tahun, kalau yang ni, takde increment, sama jek jumlahnya walaupun buat phd 3 4 tahun. dan lagi satu, kalau tutor dapat bonus dengan gaji dia bergantung pada pengumuman kerajaan, tapi yang ni takde bonus (based pada pengalaman kawan2 saya di salah satu IPTA).

as for IPTS, saya tak pasti sangat camana prosedur dia camana nak apply. rasanya, sama jek macam IPTA. MAYBE IPTS takde kisah sangat ada phd atau tak. mungkinlah. saya rasa, dari segi sponsorship sama jek. dan gaji pun sama dengan IPTA dengan gred yang sama. Macam UniKL. cuma bezanya, IPTA basic gaji dengan elaun lain. kalau IPTS, depa takde elaun. depa basic gaji sahaja. so, gaji depa, sama dengan gaji dan elaun IPTA. kalau dapat bonus, syok IPTS lah, sebab depa based pada gaji bulanan. tapi bab bayar cukai, IPTA lah best. sebab cukai is based on basic. bukan termasuk elaun-elaun... :) yang tu yang saya taulah. kalau IPTS lain, taktau berapa gaji depa. maybe lagi tinggi kot dari IPTA. sebab ramai yang lari masuk ke IPTS...



I think what you wrote in your blog is a good perspective into the workings of a lecturer, and has helped me in understanding what you face on a daily basis. I'm looking forward to that, kalau ada rezeki jadi pensyarah.
------- thanks for the compliment. memang suka merepek. hehehehe... aamiinnnn... insyaAllah, saya doakan...


Some final (and blunt) questions:
1. Which institution can I apply too?
-------- honestly, saya tak tau sangat bidang abg ni ada di IPTA mana. sebab saya grad UUM. cadangan saya, boleh mintak uni yang abg grad dulu. tapi, rasanya, cadangan saya, maybe UiTM, UTM, UTHM, UKM, USM atau mana2 uni yang offer course yang abg amik nilah... sorry, yang ni saya tak dapat membantu sangat. sebab tak tau... cuma ada beberapa uni (especially yang status Research Uni), kalau abg amik option no 2, bila habis PhD, tak semestinya abg akan dilantik ke pensyarah kanan masa tu jugak. depa ada syarat lain yang perlu dipenuhi. contohnya, refereed jurnal yang mempunyai indeks ISI, Scopus, H Index dan sebagainya, perlu ada sebelum lantikan ke kanan. macam member saya, dah habis phd bertahun yang lalu, 2 tahun lepas, still tak dilantik ke kanan...


2. Based on my conditions above, do you think these institutions are interested? Memandangkan there are more fresh "supply" of PhD candidates every year returning to work?
--------- yang ni saya dah jawab kan? saja nak cerita. ada member saya buat phd sekali ngan saya, masa tu dia dari industry, cuti tanpa gaji, kemudian apply loan mara, buat kat oversea. balik, keje jugak ngan industry, dalam masa yang sama, buat part time mengajar kelas PJJ (kalau tak silap. if you read this abg S, kalau saya silap, saya mohon maaf) salah satu IPTA, kemudian lani, terus menjadi pensyarah kanan di sebuah IPTA. dekat industry, saya rasa dia lama jugak. lebih 10 tahun rasanya... sebab masa dia buat PhD tu, umur dia lebih 40 tahun (ha, yang ni pun sama ye abg S. kalau silap, jangan saman saya).... rasanya, lebih kurang sama jugak kes ngan abg kan???? :)

3. Would experience matter?
--------- better if you have it. as I told you. :)


Sorry tuan, banyak pulak soalan saya. Harap2 tuan sudi untuk menerangkan..
--------- no worries. kebetulan saya mmg free sikit rini. so, bolehlah menjawab pertanyaan abg ni. Just nak highlight, yang ni semua based pada pengalaman saya ngan kawan2, limited information yang saya ada (sebab tak berada dalam management team, kalau tak boleh tau dasar2 KPT(KPM) dengan IPTA lain). so, kalau silap, saya mohon ampun dan maaf awal2... kira ni macam disclaimer lah ek... hehehehe

Thanking you in advance,
-------- most welcome. saya masukkan info ni kat blog saya ek. sebab masuk abg, dah dua orang Tanya saya camana nak jadi pensyarah. yang sorang tu, saya jawab pendek jek, sebab a bit bz masa dia tanya tu. tu pun jawab lambat. Janji ngan dia, nak buat posting pasal camana nak jadi pensyarah ni. tapi tulah, tak terbuat2... so, ni kira saya amik dari sinilah ek... Boleh? Btw, jangan risau, nama akan dihitam kan... hehehehe

................. (ni dia letak nama dia. aku saja hitamkan. kot2 dia tak nak nama dia dihighlightkan.)

erm... kebetulan. nama saya pun sebenarnya Jafri. ilal liqa' wa ma'as salamah. selamat berpuasa untuk hari2 seterusnya... :)


------------------------------------------------------------------------------