Friday, 31 January 2014

Tuduhan yang kembali kepadaku...

Assalamualaikum...

lama tak menulis. lebih2 lagi semenjak menjadi salah seorang warga akademik yang ditugaskan untuk menjaga kebajikan, persatuan, praktikum, dan segala2 yang berkaitan dengan pelajar. masuk-masuk sahaja, terus kene bergerak gear lima. bayangkan yang aku ni jenis buat keje ala2 sepoi2 bahasa, dah diketuk baru jalan sedikit... la ni kene buat keje ala2 ribut taufan sandy... sebab depa kat pejabat ni, semua jenis yang buat keje laju... naik segan aku ngan depa... la ni, adalah masa free sikit (sebab cuti salah satunya... nak nyambung nulis buku, takde idea... banyak idea merapu jek....).

tempat mastautin yang baru.. setahun je kot naaa??? 


bila dah dilantik, maka segala yang berkaitan dengan pelajar, aku menjadi salah seorang ahlinya... termasuklah perbicaraan tatatertib dan kesalahan pelajar... bila dapat jek surat ni, terus aku terimbau kenangan lalu yang mana, aku sendiri dan beberapa rakan aku pernah memasuki bilik perbicaraan. bukan sebagai "juri", tapi sebagai pesalah. salah apa? begini ceritanya... chewwwwaaaaahhhhhh!!!!

--------------------------------------------------

aku sedang membaca nota titas sementelah esok petang selepas jumaat akan ada mid sem test, rumet2 aku yang lain, sedang sibuk buat kerja masing2, termasuk salah seorang bukan penghuni bilik kami sedang membetulkan pc rumet aku. makin lama, makin ramai pulak yang masuk bertandang bilik kami. normal, sebab bilik aku ni, mmg selalu jadi port berkumpul...

sedang aku dan rakan-rakan aku berborak, tiba2 keluar satu bunyi yang agak kuar melalui pc member aku yang sedang betulkan. tak sampai dua tiga minit, datang sekuriti, pengetua dan beberapa orang felo. tak sangka pulak ada spotcheck malam tu. sesampai sahaja di depan bilik kami, dorang terus masuk...

buat apa ni? bising2...

saja, borak2... saya tengah baca buku titas, member saya join sekali... 

sekuriti tadi terus ke pc yang dibetulkan tadi...

awak tgk video apa ni? 

"mana ada tengok. saya tengah betulkan pc ni. VCD nya rosak. so, saya nak try betulkan... tapi tak boleh. tak keluar apa2 gambar..." terang kawan aku yang betulkan pc tu...

"meh saya tgk..." kata salah seorang security tersebut.

bila tak boleh tengok kat skrin tu (nampak hijau sahaja), dorang keluarkan CD tersebut, di bawa ke bilik sebelah untuk dilihat kandungan nya...

Semua tunggu sini, jangan ada sesiapa pun yang keluar dalam bilik ni...

dalam bilik tu, ada 8 orang, termasuk sahabat aku yang baru sahaja masuk dalam bilik tersebut selang seminit sebelum bilik kami kene 'ambush'... selang beberapa minit;

Ni cd lucah ni (dokumentari pasal cannibal)... awak semua bersalah sebab tgk CD ni... 

Aku cuba terangkan keadaan sebenar kepada sekuriti tersebut... angin jugaklah dengan sekuriti sorang ni... ada je jwapan dia bila aku kami cakap kami tak tengok CD tu dan kebetulan CD tu berada atas komputer, main cakap jek sebab nak test sahaja VCD tu. paling tak tahan dan buat aku geram bila aku jawab begini...

Mana ada kami tengok. VCD tu kan rosak. kawan saya ni, nak test jek CD tu dengan masukkan dalam VCD player tu. tuan boleh tengok sendiri tadi. kan hijau jek skrin tu. mana nampak apa2... pastu tetiba kata kami tgk cerita tu... mana boleh macam tu,...

Mana tau you all tgk masa2 lain... 

tahlah. terus aku malas nak bertekak lagi... last2 aku mengalah... malas nak berlawan lagi... sebab dia tetap nak mempertahankan tindakan dia...

satu malam aku tension... sampaikan p midsem test TITAS petang tu, tah apa2 yang aku jawab. mujurlah soalan objectif (tapi objektif ,lagi jenuh nak dapat markah kan???)... almaklumlah, tak pernah2 masuk senarai pesalah sejak zaman sekolah lagi, tetiba masuk blacklist... mana tak tensen.

seminggu sebelum bermulanya exam, baru dapat surat suh hadir untuk perbicaraan. kami seorang demi seorang (lapan orang) dipanggil untuk perbicaraan... kebetulan tarikh perbicaraan tu, selepas habis semua exam. ada baiknya depa letak lepas habis semua exam, kalau sebelum exam, lagilah tensen.

tiba hari yang ditetapkan, kami semua ke bilik perbicaraan. pestaim duduk di depan semua juri (macam duduk dalam kandang bersalah jek). bak kata pepatah, berani kerana benar, takut kerana salah... berkali2 depa suh mengaku sahaja yang kami melihat VCD tu... aku dan lelain tetap tak mengaku (guna psikologi depa ni)... ate, dah mmg tak buat... nak mengaku menda... masa tu, mmg skrin kat komputer tu, hijau jek...walaupun kami yang lapan orang tu takde perjanjian apa2 nak cakap apa2 (kalau bersalah, maybe kene buat agreement macam ni kot), semua cerita kami adalah sama walaupun disoal siasat seorang demi seorang. ya'ani,

tak keluar cerita tersebut... skrin hanya paparkan warna hijau. pc rosak. member betulkan. cd main amik jek dari atas komputer. taktau cd apa...

lama jugak perbicaraan tu. tak ingat berapa jam. alhamdulillah, kesemua kami didapati tidak bersalah sebab cerita kami semua konsisten.... alhamdulillah...

--------------------------------------------------------------
Ironinya.... selepas perbicaraan tu....

aku teringat masa aku menjadi pengawas sekolah rendah agama di kayu ara. ada salah seorang ustazah atau ustaz atau member aku (tak ingat sapa), kehilangan duit dalam beg. ada seorang member aku, kata, dia nampak budak ni yang amik. so, dia pun ajak aku untuk interrogate budak ni... kecik2 dah pandai buat tindakan sendiri... (cakap depan cermin okeh!!!)... budak ni, aku dan beberapa kawan aku panggil dia dalam satu bilik darjah. tak ingat apa yang aku tanyakan kat dia dan berapa lama kami menyoal siasat dia, cuma yang aku benar ingat...

AKU TERUS MENUDUH DIA MENCARI DUIT TERSEBUT TANPA ADA BUKTI KUKUH (hanya dengan pengakuan kawan aku yang kununnya nampak budak ni mencuri)  DAN MINTAK DIA PULANGKAN BALIK WALAUPUN BUDAK TERSEBUT MENAFIKANNYA...

bila dah lama sikit kejadian tersebut (tak ingat berapa lama), baru aku tau yang budak yang budak kene tuduh tu TAK MENCURI duit tersebut... yang mencuri tu salah seorang daripada kawan aku yang juga terlibat dalam menyoal siasat budak tu... aku dah tak ingat dah camana aku tau... cuma yang pasti, budak yang aku tuduh tu, dia tak mencuri pun...

---------------------------------------------------------------

Dapat surat tersebut lantikan sebagai salah seorang ahli dalam tatatertib tu, aku terus menjadi fobia. dulu, minat sangat berdebat, berhujah sampai nak jadi lawyer. tapi bila teringat kejadian aku tuduh orang ni, aku terus batalkan hasrat aku nak jadi lawyer (ceh!!! alasan jek tu. sejarah pun lingkup!!!!).

Hati2 bila menjatuhkan tuduhan atau menyebarkan sesuatu yang kita sendiri tak pasti akan kesahihannya. jangan jadi macam aku ni... sebab emosi dan terlalu percayakan kawan, senang2 aku tuduh budak tu tanpa ada bukti yang aku sendiri nampak dengan jelas. samalah kesnya bila kita menyebarkan sesuatu yang kita sendiri tak tau datang dari mana. cukuplah kita sendiri sahaja yang tau...

Selalu jugak aku pesan ngan student aku, selagi tak duduk dengan orang tersebut dalam satu rumah, makan sama, tidur sama, jangan mudah2 nak kata sipulan begini begitu... tak pasal2 kita jadi manusia yang muflis di akhirat nanti...

tuanpunyablog: kembali menulis yang taktau bila nak habis... tulis dua baris, padam sepuluh baris... iskh... susah betol nak dapat idea nak menulis akademik ni...