baru2 ni dapat email daripada salah seorang calon PhD yang sedang menyambung pengajian di universiti XXXXXXXXXXXXX (biar korang takleh detect uni apa ni). kemudian, dia berminat nak apply system dynamics methodology dalam research yang dia tengah buat (setelah dia baca tentang tulisan aku pasal SD ni - ini linknya). nilah namanya the power of blogging in promoting something (terspiking lak)...kemudian, aku pun bagi segala notes yang ada pada aku, sementelah aku mengajar undergraduate kat sini. sesambil tu, bagi sedikit penerangan dan galakan pada dia supaya dia teruskan lah buat SD. tak lama lepas tu, dia msg aku sekali lagi, katanya dia stuck dalam nak buat equation. aku mintak dia hantar model dia kat email, nanti aku bagi komen. lepas dia hantar, maka, dengan sedikit ilmu yang aku ada, aku pun bagi pandangan seikhlas mungkin pada dia. bila dia reply email balik kat aku, rasa bersalah yang amat2 sangat...
aku rasa bersalah sebab aku teringat kes aku dulu. masa present 3rd year kat BBS PhD Conference, salah seorang penilai kata kat aku bila aku kata aku dah hampir cukup tiga tahun,
"I don't see any contribution to your PhD topic. You use software to model the case, case study is secondary data, so, where is your contribution???"
masa tu, muka aku mula merah, jantung berdegup kencang, rasa nak menangis pun ada (walaupun masih senyum) dan cuba bagi jawapan yang relevant pada soalan yang diberikan. lepas presentation tu, aku terus balik umah tenangkan fikiran...
silap aku bila aku reply kat calon phd ni, aku mintak dia tukar method, instead of SD sahaja, suh dia buat hybrid (discrete event simulation + system dynamics). sebab aku risau contribution dia tak cukup. lupa pulak aku nak tanya ngan dia dia bgerada pada tahun keberapa.... Allahuakbar... rasa bersalah tu, jangan cerita lah... silap aku tak tanya dia dulu... bila dia explain masalah dia (panjang lagi email dia, tapi korang takyah lah tau apa masalah dia), baru aku tau dia tahun keberapa... kesian pun ada... lalu, aku cuba hantar email balik kat dia...
"Thanks sebab cerita pasal masalah ====. well, I understand that. bukan saya tak pernah buat phd, dan bukan saya tak tau masalah2 yang timbul masa buat phd tu. actually, saya dulu, tahun satu dan dua, langsung taktau apa2... masuk tahun ketiga baru nampak nak buat topic apa yang besar, tu pun lepas tgk senior punya thesis. dia buat framework of hybrid technique on healthcare cases. mujurlah sv saya jenis yang sempoi, walaupun saya cerita benda yang sama je (progress) kat dia setiap minggu (mmg kene jumpa setiap minggu dan dia dah setkan appointment), dia masih bagi lagi pendapat. sampai satu tahap tu, saya rasa macam nak quit jek. so, bila cerita, dia suh cari dalam bidang lain pulak. sepanjang dua tahun tu, paling lama saya jumpa sv saya ialah 10 minit. tu paling lama tu. belum tolak dengan gagap English tegar. saya jenis yang cepat putus asa, baca sikit, tak paham, terus tutup buku. dan dalam masa dua tahun tulah saya hanya produce LR sahaja.. tu pun, main salin jek point2 yang dirasakan penting. kemudian, bila dah tgk thesis senior, barulah dapat idea (besar) nak buat apa. start pertengahan tahun ketiga, baru saya dapat fokus topic (tak specific lagi), buat hybrid dalam healthcare processes in UK. kemudian, bila dah habis tahun ketiga, waktu tu buat tambahan 6 bulan (family balik Malaysia) barulah saya pasang gear lima. dan alhamdulillh, masa tu beru clear betul2 nak buat apa. dan within 2 - 3 months, saya boleh tulis chapter 3 - 7 without specific results (sebab tak belajar lagi camana nak buang SD, teori tau dah). Alhamdulillah, sebelum balik Malaysia, sempat hantar draf tuk sv check, dan betulkan kat Malaysia. ==== boleh bayangkan, la ni, sapa lagi lembab? lembab2 ====, sempat jugak hantar paper present. ada jugak hasil. saya ni, sampai ke tahun 3, baru present. tu pun, present abstract sahaja dan poster. tak pernah hantar paper. nak masuk akhir tahun 3, baru hantar full paper, tu pun LR sahaja. dah habis phd (lepas viva setahun), baru present hasil kat conference. mujurlah uni saya tak perlu nak present proposal defend. kalau kene, jenuh saya kene balik Malaysia. saya paham, buat phd ni, banyak sangat dugaan nya. "
Alhamdulillah, bila dia dah baca email aku, dia kembali semangat balik nak teruskan jugak dan akan tengok balik model tersebut dan betulkan... samalah macam aku, lepas aku kene "hentam" ngan penilai presentation aku tu, bila jumpa SV aku, dia yang bagi semangat balik kat aku...
"It's OK, they don't know what you're doing"
baik sungguh SV aku ni, walaupun dia tau MEMANG btol apa yang penilai tu cakap, tapi still bagi galakan dan motivasi kat aku yang lembab banyak ni...
So, to Puan X;
PhD bukanlah gelanggang untuk belumba siapa yang siap cepat atau siapa yang siap lambat. PhD adalah gelanggan untuk kita mempelajari segala ilmu yang boleh kita kecapi... Untung sabut timbul, untung batu tenggelam, untung tuntung-tuntung, tenggelam timbul (macam aku)...
tuanpunyablog: woit!!! bila nak setelkan geran LEADs ni??????? - cakap depan cermin-