Tuesday, 4 June 2013

bila buat tak capai standard, ginilah jadinya...

assalamualaikum dan salam sejahtera,

mood aku pagi2 ni, tiba2 terasa hilang untuk membuat segala kerja yang di rancangkan (kununnya banyaklah dirancangkan). mana taknya, pagi2 ada yang bertanya kepada aku tentang pembangunan objek pembelajaran (alah, yang macam dorang upload kat youtube tu, pastu ajar camana nak buat something lah, contohnya, cara2 nak buat kek, cara nak pakai tudung, cuma untuk ini, kita ajar lebih kepada subjek akademik...).

Jef... Jef... I nak cakap ngan u something ni...

Ha, boleh... kita sembang kat bilik ni lah (yelah, takut rahsia besar kerajaan kan)...

ni, I nak Tanya you ni. ada orang kata you terbitkan learning object (LO) tapi you suruh student buat, and then, you guna dalam kelas?

sapa yang kata?

alah, ****************************

aik, apsal dia cakap macam tu pulak?

tah. sebab tulah I nak tau dari you sendiri. btol ke you buat macam tu?

erm... pasaipa plak saya nak amik student punya LO, lepas tu saya mengaku saya yang buat? saya ni kak X, bukanlah jenis yang suka mengaku hasil kerja sendiri walhal orang lain yang buat. erm... camanalah dia boleh kata macam tu... saya mengaku, saya dah berkali2 disuruh hantar LO tu, tapi saya saya antara orang2 yang engkar arahan. lama lepas p bengkel ritu bulan 12, sampai lah ke bulan mei saya tak hantar. last2, saya buat yang simple2, lepas tu hantar kat **** sebab depa nak sangat.

ha, tulah I nak Tanya you sendiri. sebab I kenal you, sebab tu nak clarification ngan you. tapi you jangan aim dia pulak, sebab dia mmg cakap direct macam tu... you hantar LO tu thru sapa?

eh, takdelah nak aim dia. sebab saya pun tak kisah sangat. lagipun LO yang saya hasilkan tu, maybe mmg kebudak2an, dan bukan kepensyarah2an. sebab tu dia kata saya amik student punya LO. lagi satu, mungkin sebab saya buat dalam BM dan hantar ke admin dia. dan mungkin jugak admin dia salah tafsir ayat saya... saya cakap dalam email tu;

"Maaf kerana mengambil masa yang lama untuk menghantar LO bagi ELC yang telah ke Langkawi.
Ini sebagai permulaan (menggunakan bahasa melayu) dan saya akan cuba untuk menghasilkan LO yang lain".

ha, mungkinlah kot dia ingat student yang buat. student kan kebanyakkan buat dalam bahasa melayu.

la, salah ka?

salah lah... you p buat BM, nanti tak compliance dengan SETARA, ISO, COPPA yang kata semua kursus kita menggunakan English.

bukan taknak buat, tapi paham2lah English saya camana. kalau saya buat dalam English, saya explanation saya akan sangkut2. tau2lah software tu akan captures terus apa kita buat kat skrin dan apa yang kita cakap... so, kalau tersangkut2, sat g, orang kata apa plak... alamak, tak sedap hati pulak saya ni... saya dah bagi bad impression kat dia, walaupun benda tu saya tak buat. aci dak nak antar email bagitau perkara sebenar?

tak yah... la ni, you buat balik dalam English. pastu hantar kat dia by hand, and bagitau you hantar yang updated version. so, dia tau, yang lama tu dia punya. email ni, karang payah. orang tulis elok2, katanya tulis marah2... orang gelak hehehe, kata perli...

erm... yelah, nantilah saya buat,... argggghhhhh.... tak puas hati ni kene tuduh...

--------------------------------------------------------------
kehadapan ************************:

LO tu memang saya buat. adakah kerana saya menggunakan bahasa melayu, LO itu dikatakan student punya? adakah kerana saya tidak memaparkan muka saya sewaktu merakam LO tersebut, dikatakan LO tersebut hasil kerja student saya? adakah kerana suara saya ala 'remaja (alamak, nak termuntah aku), saya dikatakan mengambil hak rekacipta student? adakah kerana saya masih belum memuat naik video tersebut kerana ditakuti student tersebut akan menyaman saya atas pelanggaran hakcipta? adakah kerana... adakah kerana.... adakah kerana....

----------------------------------------------------------------

arghhhhhh.... manusia penuh dengan pelbagai persepsi... huhuu

tuanpunyablog: kesedihan dalam kedemaman...

Monday, 3 June 2013

warkah buat dirimu wahai pelajar2 ku...

assalamualaikum dan salam sejahtera,

kehadapan pelajar2 saya SQQP3063 - System Dynamics Modelling pada semester ini khususnya dan dua semester lepas amnya... terima kasih sebab menjadi antara 'tikus putih kajian' saya untuk memantapkan (kunun nya) lagi kursus SD ini.

Sem dua sesi 2012/2013 (A122) - 58 orang pelajar

terima kasih atas komen2 jujur (jujurlahkan sebab tak payah nak tulis nama) kalian yang telah diberikan pada kelas terakhir kita selepas kumpulan terakhir membuat persembahan projek mereka. saya amat2 berterima kasih kerana kalianlah yang menjadi cermin saya, untuk saya memperbaiki diri dari segi subjek dan stail pengajaran saya... tiga perkara yang saya mohon kalian komenkan, ya'ani, tentang subjek, tentang saya dan penambaikan yang perlu saya lakukan demi memajukan bangsa dan anak2 Malaysia (tetiba boleh jadi patriotic pulak)...

Sem satu sesi 2012/2013 (A121) - 16 orang jek... mujur kelas pagi, kalau tak, mau semua tdoq..


izinkan saya menulis diblog ini bagi menjawab segala pertanyaan dan komen kalian yang telah kalian coretkan buat saya. kadang2, kita perlu mendengar cerita dari kedua belah pihak, supaya kalian faham bagaimana perasaan kalian jika berada dalam kasut saya (walaupun kasut kita tak sama saiz). bukan saya menidakkan komen2 kalian, cuma saya ingin menjawab beberapa perkara yang kebanyakkan daripada kalian komenkan supaya ianya menjadi cerah secerah2nya...

Sem dua sesi 2011/2012 - 64 orang pelajar

saya mulakan dengan komen tentang subjek. antara komen2 paling banyak yang kalian yang telah diberikan dan telah saya simpulkan ialah:

1. subjek menarik tapi terlalu banyak teori yang perlu dipelajari sedangkan kelas di Lab. banyakkan latihan dalam penggunaan software vensim dan juga latihan praktikal sebab masa belajar paham, masa nak buat projek, tak paham sangat...

------- terima kasih atas pandangan yang diberikan. kalaulah saya boleh mengubah subjek ini sesuka hati saya, saya akan buat 4 minggu sahaja teori, kemudian 10 minggu yang lain adalah praktikal. biar saya ceritakan sejarah subjek ini bagaimana boleh ter'jatuh' kepada saya...

subjek ini mula ditawarkan ketika saya menyambung pengajian (2008). kalau tak silap saya, hanya dua semester sahaja subjek ini ditawarkan kerana tenaga pengajar yang membuat silibus ini telah berpindah ke uni lain. apabila saya kembali ke UUM, oleh sebab saya membuat SEDIKIT kajian tentang system dinamik ini, maka pengurusan telah membuka kembali kelas system dinamik ini dan  mengarahakan saya untuk mengajar subjek tersebut. bila saya dapat silibus subjek ini, saya melihat, kebanyakkan silibus adalah tidak kene dengan lab. lab hanya diperuntukkan untuk 3 hingga 6 jam sahaja, dan yang lain merupakan konsep2 dan teori yang perlu dipelajari. maka, saya TANPA bertanya dengan pihak pengurusan, terus mengubah silibus subjek ini, dengan menambah beberapa elemen yang saya rasakan penting termasuklah perbezaan antara discrete event simulation dan SD. sebab kedua2 jenis modelling dan simulasi ini merupakan adik beradik lain ayah lain mak. jadi perlu tahu mana satu yang boleh digunakan untuk SD dan mana satu untuk DES. bila saya melihat silibus tersebut, ada juga yang silibus tersebut hanya memakan masa sejam untuk diterangkan tetapi dalam silibus diperuntukkan selama 3 jam. sebab itulah kalian melihat ada nota2 yang sedikit, tapi saya terpaksa merapu dan merepek serta mereka cerita supaya cukup 3 jam. oleh kerana masa yang amat singkat, saya terpaksa membuat penambahan sedikit sahaja dan tidak membuang apa2.

hendak dijadikan cerita (klise sungguh ayat ni kan???), selepas exam berlalu, pihak pengurusan bertanyakan dengan saya, kenapa silibus saya berbeza dengan format yang telah dihantar oleh MQA, kenapa jadual spesifikasi ujian (topic mana yang masuk dalam final exam) berbeza? lalu saya menyatakan bahawa saya perlu mengubah silibus tersebut kerana di rasakan bahawa ada certain2 topic tidak perlu dimasukkan dan ada yang perlu dimasukkan. kemudian saya seperti disoal siasat kerana mengubah silibus yang telah dihantar ke MQA (badan yang memberi akreditasi sesuatu program setelah dinilai). mereka mempersoalkan bagaimana saya yang tidak pernah mengajar subjek tersebut (sewaktu hendak hantar dokumen ke MQA, silibus tersebut bukan saya yang buat) tahu mana yang perlu masuk, mana yang tidak perlu masuk. sekurang2nya, kene mengajar beberapa semester barulah boleh diubah silibus berkenaan.

perkara tersebut seperti satu kesalahan besar yang akan menyebabkan penilaian prestasi saya akan di'kurangkan'. demi untuk menyelamatkan saya, pihak pengurusan telah cuba kalau boleh dimasukkan silibus tambahan tersebut di'selitkan' dalam mana2 topic yang ada dalam silibus asal. Alhamdulillah, saya boleh selitkan dan dibuat remarks dalam silibus asal. masa disoal siasat tu, hati tu jangan cakap lah... saya cuma cakap, kalau btol saya akan dikenakan penalty, takpe, saya terima. sebab salah saya sebab tak Tanya pada pengurusan atas. sungguhlah, bila saya balik dari further study, terlalu banyak yang berubah. ISO, COPPA lah, COPIA lah, SETARA lah, KPI lah dan macam2 lagi... banyak btol yang saya taktau bila balik dari ngaji ni... disebabkan dokumen2 pengurusan kualiti inilah saya rasa risau ya amat bila attendance hilang dari saya. mujurlah saya tak nyanyi lagui misha omar pulangkan... huhuhuhu

sebenarnya, dari awal semester dua 2011/2012 lagi, bilamana saya diarahkan untuk mengajar SD, saya nak ubah dah silibus tu, nak banyakkan praktikal. tapi mmg tak boleh. so, nak taknak, saya terpkasa banyakkan cakap dan menjadi penglipurlara yang taktau hujung pangkal (menjawab komen yang berkata - suka bercerita dan kadang2 takde kene mengena dengan subjek). just for the sake nak habiskan nota yang ada 3 muka surat, tapi untuk 3 jam punya kelas... itupun, persembahan projek terpaksa saya masukkan jadikan ia sebagai silibus untuk dua minggu terakhir dan di adunkan dengan silibus terakhir iaitu penyelesaian masalah yang lebih kompleks (agak2 kenelah dengan projek kan???)

insyaAllah, saya mmg dalam perancangan nak ubah silibus ini untuk banyakkan praktikal. tapi mmg akan mengambil masa yang lama... sebab banyak sangat prosesnya... dan perlu melalui beberapa peringkat (silap2 dua sem pun blom setel lagi)... nway, thanks for the comment... saya amat2 menghargainya.

2. komen tentang diri saya - masuk kelas kadang2 moody, kadang2 ceria, unpredictable, bila komen pasal projek, macam nak gigit orang, jumpa kat bilik, masam jek sampai lupa nak tanya soalan apa..

------------ terima kasih atas komen yang di berikan. saya mengaku, adakalanya, mood saya ni sering berubah. nak tau kenapa? sebabnya, bila saya terlalu baik, ada orang yang akan ambil kesempatan. yang keduanya, saya mmg cepat nak marah (sedang control perkara tersebut) especially bila saya rasa orang mengambil kesempatan atas kebaikan saya. cuba bayangkan kalian berada ditempat saya, dan kalian mendapati pekara-perkara berikut berlaku sebelum/semasa dan selepas kelas...

bukan student, hanya gambar hiasan untuk contoh...

  • kalian sedang seronok mengajar dan secara tiba2, kalian terpandang seseorang sedang nyenyak tido terbongkang (hampir sama dengan gambar di atas, cumanya, kedua2 tangannya dijuntaikan ke bawah - sebab tu saya sebut terbongkang). bukan sekali dua ye, tapi hampir berkali2 dalam kelas (especially bila masuk bab teori). orang lain boleh bergelak sakan, dia boleh hanyut dilautan sepi... taktau nak buat lawak camana lagi dah supaya orang kalian tak tido...
  • agak2 ternganggu dengan penerangan kalian tak serta emosi kalian bilamana kalian sedang berjalan2 keliling kelas sambil membuat penerangan, tiba2 kalian mendapati ada pelajar yang sedang bermain dengan handphone cerdiknya?
  • pelajar tak datang, tapi bila tgk attendance dia bertandatangan. perlu ke menipu hanya nak penuhkan attendance? jangan kata saya menipu pulak, sebab saya kenal pelajar tersebut sebab dia antara yang aktif dalam kelas. sebab tu saya tau dia tak datang. dua kali pulak tu dan dua2 bertandangan.
  • kalian sebagai pensyarah masuk ke kelas dengan lengkap berpakaian mengikut peraturan, tapi ada pelajar2 kalian yang masuk ke kelas dengan tidak mengikut peraturan? kalau takde tie, tahan lagi, tapi yang pakai jeans????
  • kalian sedang mendengar persembahan projek daripada pelajar kalian. kemudia, orang2 dibelakang cuba bercakap sehingga menggangu konsentrasi kalian untuk mendengar penerangan tersebut? maaf, saya mmg tak boleh terima bila orang yang sepatutnya mendengar, tapi bercakap2 seolah2 tiada orang didepan yang sedang memberi penerangan. saya rasa, jangan kata orang depan sakit hati, orang yang nak mendengar pun sakit hati. dan mungkin kemaraha itulah yang saya terbawa2 sehingga ada yang mengatakan saya menyoal macam nak makan orang. erm... satu lagi, maybe saya jenis yang cakapnya kuat, orang kata saya marah. takpelah, saya terima semua itu.
kadang-kadang, saya cuba juga menahan sabar, tapi saya takut, kalau saya biarkan awak semua dengan perangai budak sekolah, nanti bila keluar bekerja jenuh nak ubah sikap. kadang2 saya tanya soalan bukan sebab saya nak tau btol atau tidak, tapi sebab nak elakkan awak tdo, nak bagi awak paham (menjawab komen kalau boleh jangan tanya soalan sebab tak reti nak jawab). tapi bila saya meronda masa awak buat latihan vensim tu, bila saya tanya, ada masalah tak? ada yang kata takde. tapi bila saya stay kat situ lama sikit, ada masalah sebenarnya.

erm... tahlah... taktau nak cakap camana... maybe muka saya ni, muka orang gatal kot, sebab bila tanya soalan, orang ingat saya nak mengurat student... takpun, kalian sendiri segan dengan saya??? mungkin juga. atau cara saya approach kalian macam singa nak makan orang??? atau maybe kalian daripada awal sejak masuk kelas hari pertama sampailah ke hari terakhir, tak paham2 apa itu SD? hat ni mustahil rasanya...

sebab itulah dalam kelas saya cuba kurangkan gap antara pelajar dengan guru. sebab saya nak kalian semua jadi lebih friendly dan tak takut nak tanya soalan. tapi maybe silap saya jugak, tanya soalan  dalam keadaan muka cekang macam nak makan orang (as some of you comment about me). kalau gitu gamaknya, saya mohon jutaan ampun dan maaf pada kalian sebab saya tak dapat jalankan tugas saya dengan baik...

sebenarnya ada jek komen yang baik, tapi takpelah kot, saya tak perlu nak tulis kat sini. mekaseh banyak2 pada mereka yang komen cara saya mengajar. setakat ini, inilah saya... mengajar sambil gelak2 dalam kelas... nasiblah hangpa dapat lecturer yang menjadi penglipurlagho...

3. komen tentang penambahbaikkan - banyakkan latihan tentang vensim.

------------- insyaAllah, saya akan cuba banyakkan untuk di semester2 berikutnya. saya pun bukan mahir sangat vensim ni, banyak yang perlu dipelajari lagi. fungsi vensim sebenarnya ada banyak (ada yang komen mintak ada satu silibus khusus untuk ajar semua fungsi dalam vensim). lagi banyak fungsinya kalau perisian ini kita beli. insyaAllah, saya akan pertimbangkan cadangan ini kalau saya mengajar lagi. kalau boleh mmg setaip sem nak pegang jek subjek ni, tapi kesianlah kat lelain yang btol2 buat phd dalam system dinamik. maybe kene bagi peluang kat lelain kot kan???

3. komen tentang penambaikkan - adakan group page kat FB tentang SD supaya senang nak tanya sebab tak mengajar lagi dan learningzone tak aktif lagi

------------- insyaAllah, saya akan cuba buat. sebenarnya, lama dah nak buat. tapi kalangan kalian yang agak reluctant nak add saya sebagai kawan/sahabat sebab takut terbocor rahsia. camana nak create FB group kalau ada kalangan kalian yang taknak saya tau rahsia kalian? to be honest, bagi saya, apa sahaja yang kalian luahkan, itu hak peribadi dan saya takkan akan komen. cuma kalau saya komen pun, saya akan komen secara keseluruhan di dalam kelas, bukan di ruangan komen kalian (supaya kawan2 kalian baca). itu bukan saya, sebab bagi saya, kalau saya tegur, saya lebih suka berselindung supaya kalian tak terasa malu atau sakit hati. KECUALI lah kalau kalian benar2 saya kenal lama dah (seperti mentee saya) dan juga beberapa pelajar yang rajin komen di page saya (kunun2nya glamer lah).

pasal yang taknak add saya tu, kisah lama saya bangkitkan balik (supaya orang tak kata saya mereka cipta cerekarama). ada seorang student yang diletakkan bawah penyeliaan saya untuk praktikum, dan saya buat discussion group dalam private message. dia email saya, saya mintak dia masuk dalam discussion group tersebut, dan katanya, dia tak account FB. walhal, saya mmg tau dia ada akaun FB bila melihat kawan2 dia komen pada gambar dia. ada jugak yang takda akaun FB betol2, sebab malas nak bukak akaun katanya... takut nati bersawang dan berlabah2... kesian pada mereka yang betol2 takde FB account... so, sebab itulah saya taknak buat FB group. lebih selesa berdiskusi menggunakan learningzone (walaupun tak segelemer macam FB), markah pun dapat kan...

nway, kebiasaannya, saya mmg jarang add student saya, tapi kalau student saya add, mmg saya akan accept terus. hat ni, saya akui, mmg saya agak ego sikit (banyak maybe). bila saya ada niat nak add, saya takut kalian akan teragak2 untuk approve saya (yelah, takut rahsia kalian mengutuk lecturer bocor kan). maka, secara automatic, saya akan batalkan niat saya nak add. kes yang sama jugak saya selalu jumpa dengan kawan2 saya, kalau boss dia add dia, dia jadi serba salah nak accept atau tak... so, saya lebih mengambil pendekatan iaitu penjauhan diri dari nak add kalian. tapi, kalian nak add saya, saya akan approve tanpa belah bagi (ahah, mmg ego banyak ni)... nway, menjawab pada cadangan tadi, insyaAllah, saya akan cuba create bila saya rasa perlu sangat nanti... :)

akhir kalam, terima kasih sebab kalian menjadi pelajar saya. mmg happy mengajar kalian walaupun kadang2 saya nampak moody. mohon maaf atas segala kesilapan yang telah saya lakukan untuk semua yang telah belajar SD dengan saya. semoga kalian dapat memanafaatkan ilmu ini dalam kehidupan seharian kalian.

bittaufiq wannajah fil imtihaanukum...

Maas salaamah wa ilal liqaq fi waktil akhor... aamiinnnnn...

Yang benar;

tuantanah aka tuanpunyablog aka penglipurlara zaman IT....