Saturday, 10 March 2012

kasihnya seorg ibu...

assalamualaikum,

-----------------------------------

--------------------------------------

cerita versi ibuku;




lebih kurang pukul 9 pagi, 2 March, ita (adikku yang bongsu menelefon ibuku)...



"Mak, abg dah sampai ke? kata balik 1 haribulan, mesti rini dah sampai.."




"taktau.... tak telepon pun mami... agaknya dah balik kedah lah kot,... sebab lusa dah keje..."




manalah si awie ni (akulah tu)... tak balik2, tak telepon2... kot ye pun taknak balik damansara, teleponlah bagitau dah sampai ke blom... ibuku bermonolog...



detik berlalu... memasuki pukul 12 tengahhari, ingin menelefon zah bertanyakan tentang aku, takut zah berada dalam kelas. takut ganggu pula. dalam hati, penuh dengan debaran, sambil mendoakan yang baik2 sahaja untuk anaknya (akulah tu)... air mata hampir gugur...



selepas solat zuhur, terus mencapai telepon untuk menelepon zah, bertanyakan tentang anaknya...

"zah... " sambil tersedu sedan... tidak dapat menahan sebak...



"mami kenapa ni?"
zah juga merasa berdebar... tak pernah2 ibu mertuanya menangis2 telepon, tetiba sahaja....



"awie dah sampai belum? dah 2 haribulan ni... kata balik 1 aribulan... mana tak sampai lagi... kalau ye pun taknak balik damansara, teponlah bagitau,... mami tak kisah, tak marah..."
sambil menahan sedu....



"mami, abg baru jek naik flite malam tadi waktu sana. kol 6 subuh tadi, lebih kurg. abg ada msg kat zah, bagitau dah ada kat epot. petang ni baru sampai sini..."




"owh, mami ingatkan apa2 jadi kat awie. mami risau sangat... lepas ita tepon mami tanya awie dah sampai blom..."




"petang ni mami baru sampai... zah amik nanti"
terang zah...



-------------------------------------------



cerita versiku....

sebelum kapal terbang berlepas, aku sempat msg zah bagitau yang aku dah boarding. alangkah seronoknya aku, bila mana aku mendapat 3 seat sekali gus... takde sapa2 kat sebelah aku... alhamdulillah, suka sangat. tak sia2 mintak dok kat belakang sekali, kat aisle (kira dok macam business kelas lah)... siap aku berbaring tdo lagi... takde sapa kacau... sementelah aku gembira, maklumlah, mana tau yang ni mungkin kali terakhir untuk aku naik kapal terbang dalam jarak jauh kan.....

sebaik sahaja mendarat di KLIA, aku terus membuka hs aku... biarpun kapal terbang blom berhenti... tujuan aku ialah untuk memberitahu zah, yang aku dah sampai awal sejam... dalam itenary tulis pukul 6.45 sampai... tapi, aku sampai dalam kol 545 dan mendarat. takut menunggu lama, aku terus mesej kat zah cakap dah selamat mendarat...

bila dibuka sahaja hs aku, (buat silent, takut org dengar bunyi msg masuk), terus bertalu2 msg masuk. tapi kebanyakkannya msg dari maxis... satu msg yang membuatkan hati aku tak sedap, ialah, bila aku terlihat jumlah miskol yang telah dibuat semasa hs aku ditutup...

8 miskol. kebanyakkannya, no yang aku kenal... no mak aku, ayah aku, adik aku,... terus hati aku rasa tak sedap... dalam hati tersu berdoa, agar tiada apa2 yang belaku...

mula mempositifkan pikiran... kalau apa2 berlaku, mesti dapat mesej dari zah... or adik beradik aku yang lain... zah pun tak msg apa2... tapi hati tetap risau... nak menelefon, takut kene marah ngan cabin crew...

sapa kata depa ni bersopan santun??? adalah segolongan cabin crew tu, (tengah moody kot)... ada penah sekali aku kene tegur, sebab bersandar kat pintu kecemasan....

"Encik, jangan sandar kat situ!!!! " cakap dari jauh tu... sambil buat muka tak puas hati...

mentang2 kita dok ekonomi... huhuhuhu

sampai kat area menunggu bagasi (skima btol ayat), aku dapat reply dari zah...

"ok... zah keluar sekarang. baru balik dari pasar... abg, tepon mami, tadi mami tepon menangis2 tanya pasal abg..."

menangis???? pasal apa pulak... tanpa berlengah sambil menunggu beg, aku terus menelepon mak aku...

2 kali kol, tak berangkat pun... selalunya laju jek angkat.. merajuk ke mak aku ni???

takpelah, tunggu kejap lagi...

tup2, ayah aku tepon balik...

"ha, sudah sampai ya... alhamdulillah... alhamdulillah... mami, dari tadi, nangis-nangis saja... dia tanya, mana awak pergi... tak sampai2 lagi...." (ayah aku mmg still ada lagi pelat cina)...

"baru jek sampai... esok, insyaAllah abg balik damansara... tdo semalam... amik cuti ahad ngan isnin... takpelah, beg dan sampai ni... nanti abg tepon balik ek..."

patutlah sampai 8 miskol... mak aku risaukan aku rupanya...

------------------------------------

rasa bersalah pulak sebab tak memaklumkan pada mak aku bila aku sampai. sebenarnya, waktu aku lulus viva tu, aku menelepon ibuku untuk memberitahu yang aku dah berjaya (walaupun minor) 'intebiu (viva)' ku... dah bagitau balik bila... tapi lupa nak cakap flite malam ke siang, sampai malam ke siang... cuma bagitau aku sampai 2 haribulan... erm... sian ibuku menangis kerna aku... rasa bersalah tu, jangan ceritalah....

nway, sebut pasal miskol ni... aku teringat cerita khamis lepas... berdebarnya aku hanya Allah sahaja yang tahu...

aku baru sahaja habis mengajar pukul 11. terus naik kebilik, tetiba terlihat miskol kat hs aku. 8 miskol... daripada salah seorang kawan sekolah tempat zah mengajar... jantung aku terus berdegup kencang... tak sedap hati (sementelah zah pernah sakit sebelum ni), aku terus menelefon zah... tiga kali aku kol, tak berangkat...

hati tetap cuak... aku cuba msg ngan zah...

"zah ok tak? kenapa kak ina kol abg???"

tak lama kemudian, zah jawab...

"OK jek... ada kelas tadi. takdan nak jawab.."

"owh, takpelah... saja tanya..."

lega sikit hatiku...

tuanpunyablog: semoga Allah memudahkan proses viva sahabatku di Bradford, hari Khamis ni...