Sunday, 31 March 2013

bertanyalah pada yang lebih 'arif dalam bidang tersebut

assalamualaikum....

sebulan takde entry. cerita sebenarnya banyak, cuma dah tulis, macam tak best pulak bila olah ayat2... jadi macam skimarimarashidi plak tetiba. co, simpanlah dalam draf dulu. sudahnya, malas nak hapdet n betulkan serta post untuk siaran media...

dua tiga hari lepas, salah seorang bekas pelajar kolej EON datang ke rumah aku. agak seronok berborak bila berjumpa kembali adik2 yang suatu ketika dahulu menjadi rakan aku ketika aku menjadi felo di Kolej EON UUM. mengingatkan aku kembali kenapa aku begitu seronok menjadi felo. walaupun dibebani dengan tugasan sampingan menjaga kebajikan pelajar2. lebih2 lagi apabila mengenangkan komen2 adik2 aku setelah gambar ini diupload di FB oleh roni...


nak baca apa yang depa tulih? kliklah kat gambaq tu... :)

kira semenjak pencen pilihan menjadi felo, dah dua (dean ngan roni) oranglah ex-ex adik EON mai datang melawat. terubat jugaklah rindu kat depa semua. budak2 lelaki, masa aku bujang, depa rajinlah mai umah aku, blajaq maths dengan stats kat rumah. sesambil tu, menengok tv... aku pun syok jugaklah, sebab ada orang teman. lepas zah ada, kebanyakkan budak pompuan lak yang mai umah kami. ok gak, at least zah ada jugak kawan2 borak. sementelah, aku selalu sangat takde.

teringat masa aku ada kursus seminggu kat Ki iL, depa2 bebudak pompuan eonlah menemankan zah... satu perkara yang buat aku terharu sangat2 ialah ketika besday zah... masa tu, bebudak baru jek masuk UUM. selepas program orientasi, depa beramai2 datang ke rumah kami, dengan kek ditangan... mintak tolong aku, suh pastikan zah yang bukak pintu tu... maka, aku pun, kunun2nya ke toilet, kalau ada orang datang, suruh zah bukak pintu... bila bukak je pintu, terus berkumandang nyanyian "happy birthday to youuuu"....

mujurlah aku ni lambat kecik ati... kalau tak, sahih aku akan cakap,

"eh, sapa felo sebenarnya ni (eleh, yang diraikan pun bini sendiri kan, bukan orang lain. bukankah separuh jiwa suami ada di hati isteri)?????"

selain roni, dean jugak pernah datang ke rumah aku. all the way from Pontian. salah seorang driver aku masa aku felo bujang. ajak p PARAM, beli kuih tako 15 ketul, aku amik seketul, selebihnya, aku bagi kat dia. sebab demam takde selera nak makan. demam kura2 secara mengejut.. dean ni cikgu, bujang lagi. ada sesiapa yang nak berkenalan?

bila dah kembali ke UUM selepas ke UK selama 3setengah tahun, ada seseorang bertanya pada aku.

"takmo jadi jadi pengetua dpp (dewan penginapan pelajar - nama ditukar daripada kolej kediaman) ke?"

kalau boleh jadi felo, memang aku nak. sebab seronok dengan bebudak dan join aktiviti. tapi disebabkan ditanya n disuruh menjadi pengetua, takmolah aku. lagi best jadi golongan marhaen... takat hantar ke klinik, takpa lagi... yang paling tak best, ialah bila terjadi kes2 hysteria. bukan nak kata aku ni takut, tapi disebabkan aku sendiri tak reti nak setelkan benda tu... dulu, selalu jugak ikut pengetua EON bila ada kes2 hysteria. tapi, takdelah nak risau sangat, sebab aku sebagai peneman jek... bukan penyelesai masalah. bagi aku, masalah besar kalau kes2 hysteria ni...

sebut pasal kes2 hysteria, tetiba teringat pada satu kisah aku dipaksa untuk selesaikan satu kes hysteria ketika sedang camping di Pulau Tengkorak (kalau tak silap tempat dan namanya) semasa aku menjadi pelajar kolej kediaman EON (EON jugak... sayang EON namanya ni), UUM. sementelah aku dilantik menjadi penyelaras untuk EON Motivation Club.

sedang aku bersiap nak bersolat maghrib, aku dipanggil oleh Kak G.

"Jep, tolong... tolong... kak X hysteria... kene plak kat Kak Y."

dengan tak semena2, bergegas aku pun ke khemah yang dimaksudkan. sambil dalam hati berkata, apa yang aku reti untuk selesaikan masalah hysteria atau gangguan makhluk halus ni? Allahuakbar...

sesampai sahaja di sana, aku tidak masuk ke khemah (sebab aku pun tak reti nak buat apa). aku cuba baca ayat kursi berulang kali, dengan beberapa surah pendek yang aku masih ingat, kemudia dihembus ke dalam khemah (dua orang akak tu duduk ditepi khemah)... adakalanya, bacaan aku tunggang langgang walaupun sebelum ni lancar (mana taknya, solat maghrib pun blom, waktu nak habis, ditambah lagi nak kene pk apa nak buat supaya hilang gangguan pada dua orang akak ni dan macam2 dalam fikiran aku).

terjerit2 akak dua orang ini dan adakalanya, menangis dan ketawa.

datang seorang  pelajar lain (bukan ahli kelab kami dan hanya sekadar ikut kami suka2), sambil berbuat sesuatu. Alhamdulillah, dua akak yang histeria tadi kembali seperti sedia kala... kemudian, pelajar yang menolong akak2 tadi terus berkata secara umum (lebih kurang begini isinya. mana nak ingat, it has been more than 10 years - betol ke English aku ni???);

"lain kali, kalau tak tau nak buat apa2, janganlah hanya duduk didepan pintu khemah jek. tolonglah apa2 yang patut. baca ayat quran ke, yaasin ke.,.. bukannya duduk tercangok depan pintu khemah jadi tukang tengok jek..."

aku yang mendengar tu, agak sakit hati jugaklah. tapi, sekejap je nak rasa sakit hati tu (dalam seminit dua, lepas tu anggap macam angina lalu jek), lagi2 bila terdengar seperti bisikan hati berkata;

"takpelah, dia taktau apa yang kau buat tu jep. biarlah dia. dia hanya nampak zahirnya, dia taktau kau berpeluh2 nak setelkan masalah tu."

Alhamdulillah, aku tak marah dengan kenyataan pelajar tadi. takpelah, aku anggap dia membantu aku dalam menyelesaikan masalah tersebut. lagipun, aku anggap aku telah dipaksa untuk membuat kerja tersebut, walaupun aku sendiri dah bagitau dengan Kak G yang aku betol2 taktau nak buat camana...

seingat aku, sememangnya itu adalah kes pertama yang pernah aku alami dan disuruh aku mengatasinya. walaupun aku adalah terbaca sedikit pasal nak ubatkan hysteria tu, tapi, time tu, yang aku ingat, hanya baca ayatul kursi. yang lain, semua tak ingat. tengah kalut kan.... nak buat camana...

masa ku kat SAMTTAJ dulu, mana penah ada kes hysteria dan tak pernah pun berlaku seingat aku. sementelah, semua pelajar lelaki. seingat aku, zah pernahlah berhadapan dengan kes macam ni. sementelah sekolah semuanya pelajar perempuan, sekolah pulak sebelah kubur.... huhuh

kesimpulannya, janganlah anggap bahawa seseorang tu pernah menjadi imam, boleh membaca al-Quran, islamik, terus dianggap sebagai boleh mengubat gangguan2 halus ni. benda2 ni, mmg kene belajar. mana boleh main tangkap muat jek. samalah dalam kita meminta dan bertanya perihal hukum2 fiqh, quran, sunnah, sirah dan sebagainya... tanyalah pada yang betul2 pakar. tak semestinya, mereka yang bergraduat dalam bidang agama dan dipanggil ustaz atau ustazah, adalah arif dalam semua bidang, melainkan dia benar2 belajar serta mendalami bidang tersebut dari semua guru2 yang mursyid dan mukatabar.

tuanpunyablog: lelaki tak pernah kene hysteria? eh, adalah... nanti aku akan cerita untuk entri seterusnya ek... tungguuuuuuuuuuu (tapi taktaulah bila)...

Tuesday, 26 February 2013

kerana yang kecil, yang besar akan terbatal

assalamualaikum

dua tiga hari lepas, aku menelefon ibuku yang berada nun di Kuala Lumpur... dalam perbualan tersebut, sempat ibuku bertanya pendapatku...

Wie, mami nak tanya pendapat ko ni. mami nak jual rumah ni...

la, kenapa pulak nak jual? rumah tu lama dah kita duduk. 17 tahun dah... sayang btol kalau jual...

sayang tu memang sayang. tapi sebab susah betol F***** nak turun tuk tukar nama...

kalau nak jual, mami nak jual berapa? pastu nak duduk mana?

dalam 200 ke 250 ribu, dapatlah... nanti, mami belilah rumah kat kedah ke, perak ke... murah sikit...

mami tau kan harga tanah dengan rumah tu berapa? kalau ikutkan, dekat setengah juta dah... tu pun, kawasan rumah kita jek. belom masuk tanah satu lot...

tau... tapi nak buat camana... daripada tak dapat apa... aku takut nanti kalau aku mati, F***** amik balik tanah ni, aku pulak dah takde... anak2 semuanya tak dapat apa2... putih mata... 

erm... ni pendapat abg lah ye mak... abg rasa, mami tak yahlah jual rumah tu. sayang mak. rumah lama tu. lagipun, mami dah duduk kat situ lama dah. semua orang dah kenal. kalau mami pindah kedah, takut mami takleh nak duduk kat tempat baru. terasa asing nanti. sekurang2nya, kalau duduk kat sana, semua orang dah kenal. takdelah mami terasa asing. abg rasa pun, kalau mami jual dengan hanya dapat 200 ribu, apalah yang mami dapat. duit tu, sekejap jek boleh habis. lagipun, kalau abg, ita ngan kakak balik, adalah tempat nak menyinggah... kalau mami dah jual rumah tu, takdelah tempat nak menyinggah...

itulah... aku pun sayang nak jual rumah ni... kalau tiba2 F**** menipu, dia amik balik tanah ni, ko tak rasa rugi ek?

mak, harta dunia jek tu. mami nak kisah apa pasal anak2... anak2 semuanya dah ada harta sendiri. kalau btol F**** tu jujur, dari dulu lagi dia dah tukar nama, bila semua dah habis bayar. lagipun kan mak, abg takdelah nak kisah sangat. kalau dia amik balik tanah tu pun, bukan kita sorang yang kene. ada ramai lagi yang kene. Ustaz tutttt kene, Dr tutttt kene, ramai lagilah... bagi abg, tak kemanalah dia kalau dia nak menipu. akhirnya masuk kubur jugak. sebab ramai tak redho dengan dia, abg rasa, silap2 tanah pun tak terima dia sebab menipu orang dengan tanah. mak takyah risau lah... bukannya kita tak penah buat macam2 supaya dia tukar nama geran... macam2 dah kita buat, pakat dengan orang2 yang duduk satu lot dengan dia. tapi, bila panggil jek untuk turun tuk tukar nama, ada jek masalahnya. sampaikan, peguam dia sendiri pun takmo dah uruskan penukaran nama tu... kalau btol dia jujur, macam abg cakaplah... jangan kata sekarang, 10 tahun yang lepas dah dia dah tukar nama... ni, 17 tahun... tak setel2 lagi...

ko tak stujulah mami jual rumah ni?

erm... terpulanglah... kalau mami jual, jual lah... kalau taknak, abg ikut jek. tapi tulah pendapat abg... mami takyahlah pasal anak2... anak2 semuanya dah ada kehidupan masing2... kalau mami tinggalkan harta banyak pun, takut nanti bila mami didi dah takde, benda lain yang jadi...

erm... yelah... nanti aku pikirkan balik...

-------------------------------------------------------------

sebenarnya, bukan pasal tanah yang aku nak cerita... bukan pasal jual rumah atau aku menghalang mak aku menjual tanahnya... tapi pasal seorang yang bernama F****.... aku sendiri taktau apa niatnya... segala cukai2 termasuk tanah, kami dah langsaikan setiap tahun. kami (orang2 yang duduk ditanah lot tersebut) yang membeli tanah lot F**** yang dipecahkan kepada beberapa bahagian ni, semuanya dah dilangsaikan lama dahulu. tapi, setiap kali cubaan untuk menukar nama, si F**** pasti tiada untuk di kesan. si F**** merupakan rakan lama ayah aku...

yang menjadi pelik kepada aku dan keseluruhan ahli keluargaku, F**** menyertai satu jemaah Islam yang sentiasa mengembara untuk menyebarkan Islam... maafkan aku, aku bukan mengata KESELURUHAN jemaah, TIDAK!!!! yang aku maksudkan, hanya dia sahaja... HANYA DIA SAHAJA, dan bukan keseluruhan jemaah.

adakah beliau tidak nampak bahawa kerana yang kecil itu boleh membatalkan yang besar? tidakkah beliau merasa bersalah dengan memberi ceramah bahawa kita perlu berlaku jujur tapi beliau sendiri menipu (setakat ini dengan tidak mahu turun untuk menukar nama)? kenapa beliau hanya memandang kepada jihad besar tanpa melihat sesuatu yang lebih kecil? hanya Allah yang tahu niat sebenar beliau...

Allahuakbar... maafkan aku, aku bukan orang alim ulamak mahupun yang berpendidikan agama... tapi, sekadar mengingatkan... mungkin antara kita yang sama seperti F****... ingin memperjuangkan sesuatu yang besar, tapi kita lupa kepada yang kecil2... perlu diingat, yang kecil2 itulah yang akan membentuk sesuatu yang besar... lupakah kita pada seorang ahli ibadah yang diseksa di dalam kubur hanya kerana beliau sering mengambil sedikit ranting kayu (untuk mengcungkil giginya) dari sebuah pohon didalam sebuah kebun milik seseorang???

janganlah kita jadi seperti golongan yang disebutkan oleh Allah dalam Surah As-Saf ayat 2 - 3 yang bermaksud;

"Wahai orang-orang Yang beriman! mengapa kamu memperkatakan apa Yang kamu tidak melakukannya! amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu Yang kamu tidak melakukannya."

semoga beliau diberikan hidayah dan petunjuk agar segera menyelesaikan masalah kami yang 'menumpang' di tanah beliau...

tuanpunyablog: melihat SMTTAJ di rancangan da'i minggu lepas di TV3, terimbau kenangan lalu....

Friday, 1 February 2013

sembilan minggu yang menggembirakan

assalamualaikum...

baca post sebelum ni, rupa2nya, aku dan zah akan mengalami perkara yang sama kebanyakkan pasangan melaluinya. tapi, bak kata aku kat post bawah ni, kita tetap berbeza walau pengalaman kita hampir sama...


alhamdulillah, walaupun hanya sembilan minggu, tapi tetap bersyukur dengan kurniaanNya... nak cerita sedikit tentang kronologi...

pertengahan bulan 12:
balik daripada Berlin, aku terus membawa zah dan anak2 kembali ke Jitra. walaupun hanya untuk seminggu, tapi bagi aku, seminggu itulah masa2 yang amat berharga untuk aku bersama keluarga... since zah dah terlewat period lebih seminggu, maka, sehari selepas menjejak bumi jitra, aku membeli PT. alhamdulillah, positive. senyum tak hengat... esoknya, terus buat press conference dengan adik beradik...

awal bulan 1:
zah dah terkena dengan simptom2 pembawakan budak. dengan aku2 sekali. cuma kali ni, aku tak demam. kalau dulu, masa ilham dan kembo, aku mesti demam. kali ni pulak, aku cuma rasa loya memanjang. tapi tak penah muntah. isk... rasa nak jolok2 jek tekak ni... selain simptom2 pembawakan budak, zah jugak agak tidak sehat, dengan batuknya,... dengan semputnya... ada sehari tu, dek kerana tak tahan, terpaksa ke wad kecemasan akibat lelah dan badan yang terlalu lemah... aku hanya mampu berdoa dari jauh...

pertengahan bulan 1:
aku bercuti selama seminggu. sementelah hari ahad dan khamis cuti umum, maka amiklah 3 hari terus. nikmatnya bercuti selama seminggu... bersama anak2 dan isteri...

Jumaat pertama dalam tempoh bercuti:
malamnya, kami ke klinik untuk scan. kalau ikut tarikh hari pertama kali terakhir period, usia kandungan adalah 9++ minggu. bajet dalam hati, akan dapat kembar lagi, almaklumlah, kemabukan zah akibat pembawakan budak, hampir sama dengan si kembo... tapi, kalau single pun, aku masih bersyukur, sebabnya, takut jugak kembo ni,... sian dekat zah sebab penat... bila scan, doktor confirm, yang ni mmg single. cumanya, yang tak sedap hati aku, bila Dr estimate based on size masa scan tu, baru 6++ minggu. terkesima sekejap. sebabnya, terlalu jauh beza antara kiraan kami dengan size kandungan tersebut (seperti gambar di atas). kemudian, terdetik dalam hati aku, adakah baby ini tidak membesar dengan sempurna? kalau ikut pembacaan aku (bab2 ni aku mmg suka), dalam minggu ni, kaki tangan akan nampak sedikit. tapi bila dalam scan, hanya nampak seketul. teringat kisah seorang sahabat, yang kandungannya tidak membesar dan akhirnya gugur dengan sendirinya... dan itulah terdetik di fikiran aku sewaktu keluar dari klinik tersebut.

petang selasa:
usai solat asar, zah menunjukkan tompokan darah. aku terkedu... hati dah mula rasa kurang sedap. tapi aku cuba tenangkan zah... insyaAllah, takde apa2... kalau apa2pun berlaku, semuanya yang terbaik yang Allah tentukan. hatiku masih tidak sedap, lalu ku capai Al-Quran, bukak surah alwaqiah dan terus membacanya... alhamdulillah, 2 3 minit usai membacanya, hati terus menjadi tenang... zah juga aku sarankan untuk membaca surah tersebut... malamnya, kami ke klinik untuk scan sekali lagi. Dr di klinik tersebut juga tidak berani mengatakan apa2. apa yang dilihatnya, 'karung' masih kuat. 'isi' karung tersebut aku lihat kosong. erm... dah takde kot. zah siberi cuti sehari untuk berehat.

rabu:
masih lagi bleeding dan adakalanya keluar seperti ketul2 darah. malamnya, aku mengajak zah ke hospital banting. bila di cek, dalam keadaan wajah kesedihan (aku agaklah), Dr menyatakan bahawa zah telah keguguran. bila di scan sekali lagi, masih ada sedikit baki dan zah diminta untuk warded bagi melihat perkembangannya. malamnya, aku pulang ke rumah... dan aku masih tersenyum... senyum... dan tersenyum... sehinggalah sampai ke rumah... sampai ke rumah, baru tersedar... kenapa aku tersenyum jek ni?????

khamis:
zah dihantar ke HBTAR untuk dnc. masih ada sisa yang tidak keluar secara natural. di banting pula kebetulan hari cuti, dan pakar bius sedang bercuti, maka, di hantar ke hospital kelang. sekali lagi naik ambulan, dan sekali lagi aku membawa kereta dari hospital banting ke hospital kelang. mengimbau kenangan dua setahun yang lalu ketika zah dikejarkan ke hospital kelang dan dimasukkan ke ICU disebabkan tidak sedarkan diri kerana athma... dan sepanjang jalan aku masih tersenyum. mungkin sebab kali ni, tidaklah kritikal seperti yang pernah dilalui dulu... selepas dicek, zah dibenarkan keluar tanpa perlu dnc. katanya, sedikit sahaja dan membiarkan ianya keluar secara natural. alhamdulillah...

di FB, terlalu ramai yang concern dengan kami yang mendapat dugaan kecil dari Allah ini. selepas sahaja meng'update' (biasalah, orang perasan retis mmg macam ni, sikit2 update, sikit update, kalau press conference), ramai yang memberikan kata2 semangat dan nasihat agar terus bersabar. sementelah, ramai yang mempuyai pengalaman yang hampir sama. sungguh2 terharu dengan ucapan yang diberikan. sampai di pejabat pun, masih ada orang yang mengucapkan takziah secara bersemuka. aku sangat2 terharu dengan ucapan yang diberikan. sampaikan satu tahap, aku rasakan, bahawa aku tersilap menulis ke... ramai btol yang concern... lebih2 lagi bila terdengar seorang senior dikalangan staf PPSK mengatakan;

"I ingat anak you yang meninggal. rupanya keguguran. 9 BULAN kan???"

AllahuAkbar.... 9 MINGGU jek... mana plak 9 bulan. berkali2 aku cek status aku kat FB, samada aku tulis 9 BULAN atau 9 Minggu, atau 9 TAHUN... risau takut orang salah paham... apapun, aku bersyukur dikurniakan Allah akan sahabat2 yang baik dan perihatin seperti kalian... terharu sungguh...

ada juga yang bertanya,

zah masuk ICU, ko boleh senyum lagi...
zah tak dapat tukar kedah, ko boleh senyum lagi....
kene saman sampai 4kali dalam masa setahun, ko boleh senyum lagi...
zah keguguran, ko boleh senyum lagi...

Jawapan aku;

aku senyum sebab aku yakin, semuanya ada hikmah yang kadang2 Allah tunjuk terus depan aku sebaik sahaja peristiwa itu berlaku...

tuanpunyablog: sekurang2nya, aku dah ada anak 3, bukannya takde anak... bayangkan orang yang nak anak bertahun2, mengandung, tetiba gugur, kembar pulak tu, lagi besar dugaannya... apalah sangat dengan kami... jadi, atas alasan apa untuk kami bersedih... kan?????? takpe, leh cuba lagi...

Saturday, 29 December 2012

kita tetap berbeza walaupun dugaan kita hampir sama

assalamualaikum....

ada seseorang pernah bertanya kepada ku... any tips tuk PJJ (perkahwinan jarak jauh ye, bukan pengajian jarak jauh apatah lagi perjalanan jarak jauh...)... erm... susah aku nak jwab sebenarnya... cuma aku cakap;

"biarlah pengalaman sendiri yang akan memberikan tips tersebut..."

sebab apa aku berkata sedemikian?

--------------------------------------

satu ketika dahulu, aku minat dan suka mendengar masalah orang lain. dan dalam masa yang sama juga, aku rasa dihargai bila orang bercerita masalah dorang kepada aku... sekurang-kurangnya, pengalaman mereka mempunyai masalah, aku jadikan sebagai panduan hidup... juga sebagai cerita untuk mereka2 yang mempunyai masalah yang hampir sama... tapi, aku tidaklah kata nama betul orang tersebut, cuma aku menggunakan nama samaran... alah, macam dalam cerita ceriti... Saripah (bukan nama sebenar) bla... bla... bla...

selalunya, bila orang menceritakan masalah dia, ayat aku hampir sama jek... iaitu....

"ko takleh camni... ko kene sabar... ko tengok orang A tu, lagi susah... bla... bla... bla... "

selalunya, nak menaikkan semangat orang, aku akan membandingkan kes2 aku, ataupun orang lain... rupa2nya, bila lama dah jadi kaunselor tak bertauliah, aku rasa lebih baik aku menjadi pendengar sahaja. daripada memberikan pendapat aku sendiri, atau compare dengan kes2 yang lebih teruk daripada masalah yang dicerita... sebabnya, bila dah terkena dengan batang hidung mulut telinga muka pipi sendiri, barulah rasa camana bila orang compare masalah kita dengan kawan dialah, kawan kepada kawan dialah, kawan kepada kawan kepada kawan dia yang dia sendiri taktau betol atau tidak... to be honest, agak sedikit sakit hati... aku paham, tujuannya untuk memberikan semangat kembali... tapi bila tengah dalam keadaan sedih, agak susah nak terima cerita orang lain sebenarnya... kan??? tu yang aku rasalah...

contohnya, ketika aku meng'update' status di FB (orang perasan gelemer mmg macam ni sipatnya - cakap depan cermin ye, bukan cakap depan orang) menyatakan bahawa zah gagal lagi dalam permohonan rayuannya untuk berpindah, ramai jugak yang simpati.... tapi ada jugak yang aku terasa dengan komen yang diberi (biasalah, walaupun tak penah datang bulan, tapi tetap terasa hati lagi2 bila tengah sedih)... kata2 mereka yang lebih kurang, mintak aku bersabar banyak2, mintak lagi tahun  depan, kawan dia yang dok jauh seberang laut (semenanjung - sabah sarawak) tetiap tahun mintak tukar tak dapat, etc... etc... etc...

jangan salah paham... aku bukan salahkan kawan2 aku ni... cuma agak sedikit terasa hati... sikit je pun... tak banyak... lepas lelama, hilanglah jugak... mujurlah leh lawan perasaan tu...

teringat suatu ketika dulu, ada seorang yang mengeluh kerana isterinya tidak dapat berpindah... maka aku pun memberi komen yang lebih kurang begini;

"insyaAllah, ada rezekinya nanti... at least ko baru kawin.. takdelah ralat sangat... aku ni, anak dah berderet (masa tu sorang je), still duduk jauh..."

maka di jawabnya;

"sekurang-kurangnya, ko dah ada anak dan dah lama bersama. aku ni, duduk jauh... dahlah baru kawin.... alamat, makin lambatlah dapat anak... "

ambil lagi satu contoh ni... seorang yang telah keguguran anak;

"ko kene sabar. insyaAllah ko akan mendapatr balasan syurga... "

ada juga yang akan kata;

"sekurang2nya ko gugur masa kecil, aku ni, meninggal ketika dalam perut..."

mungkin ada pula yang menjawab ayat di atas;

"sekurang2nya ko tidak sempat serta tiada kenangan dengan anak yang belum sempat lahir, aku ni meninggal ketika umur 6 bulan... lagi siksanya menanggung kerinduan sebab aku penah pegang dia..."

dan yang wanita yang anaknya keguguran tadi menjawab;

"sekurang2nya ko dah merasa baby bergerak dalam perut... aku tak sempat merasa lagi"

dan macam2 lagilah ayat yang akan keluar untuk menunjukkan bahawa dialah yang paling berat dugaan nya...

maka dari situlah aku mengambil pengajaran...

kadang2 apa yang orang rasa, tak sama dengan apa yang kita rasa walaupun musibah yang menimpa hampir sama. mungkin kita rasa orang tu masih bernasib baik bila compare dengan orang lain atau dengan kita sendiri... tapi, hanya dia yang mengetahui macam mana rasanya... ada setengah orang boleh dimotivasikan dengan membandingkan diri mereka dengan orang lain, ada setengah orang hanya boleh dimotivasikan dengan hanya menjadi pendengar sahaja, dan ada juga sesetengah orang, lebih suka mendiamkan diri sahaja. lain padang lain belalang...

sebab itulah, sekarang ni, aku jarang nak bagi 'nasihat' kat orang yang bertanya... biarlah mereka sendiri yang mencari jalan penyelesaian atau merasa sendiri... lebih suka mendengar sekarang ni... dan kalau apa2 sahaja musibah menimpa sahabat2, seorang sahabat pernah berkata padaku;

"lebih baik ko memotivasikan dia dengan berdoa supaya diberikan kesabaran dalam menempuh dugaan, dan bukannya MENYURUHNYA bersabar... "

sahabat-sahabat di FB, maafkan saya...

tuanpunyablog: suatu ketika dahulu ada seseorang meminta pendapat aku tentang kerjaya dan pelajaran. aku berkata, amik peluang yang ada depan mata (offer untuk sambung study), masa depan (bakal berjauhan dengan pasangan) boleh dipikirkan kemudian. la ni, pelajaran mereka sudah selesai... agak sedikit risau kalau tetiba dia tanya, so, lepas ni nak buat camana?????

Saturday, 8 December 2012

jawapan balas bagi komen entri dibawah ini... (tak reti letak tajuk)

assalamualaikum,

kehadapan Tuan Aninomos yang telah membalas komen saya melalui tulisan saya dalam entri sebelum ini. pada mulanya, tuan memanggil saya dengan panggilan Dr. kemudian, saya meminta untuk digugurkan panggilan tersebut. dan ini jawapan tuan,

"Bukan apa.....gelaran ¨Dr" pada saya tiada apa salahnya...cuma persepsi manusia dan diri kita yg mengkehendakan dengan panggilan itu wujud rasa takbur,martabat tinggi,bangga diri dll.

Pada saya gelaran Dr perlu di"RAI¨kan dan diri kita perlu bersedia memikul tanggugjawab. Saya tahu, sebagai manusia sudah pasti dgn gelaran tersebut sedikit sebanyak ada rasa ketinggian kedudukan. Kalau mcm tu gelara seperti "cikgu" "Yang Arif Hakim", bahkan tuan dan puan serta En juga pasti ada rasa bongkak dlm diri..

Cuba "En" Jepri fikir2 kan... "


----------------------------------------

betul, saya tak nafikan. kadang2, manusia yang mengkehendak untuk orang lain memanggil mereka dengan panggilan yang sepatutnya dia dipanggil. dan saya juga tidak mengatakan bahawa sesiapa sahaja yang hendak dipanggil dengan panggilan sepatutnya, adalah orang2 yang sombong dan bongkak, bangga diri dan sebagainya... beginilah, saya sertakan kisah Imam Nawawi dan seorang budak berterompah kayu sebagai kenyataan balas (isk, macam kasar lak bunyinya) komen tuan aninomus, yang saya petik daripada salah sebuah fanpage di FB....

-----------------------------------------

Pada suatu hari, al-Imam Abu Hanifah sedang berjalan dan beliau ternampak seorang kanak-kanak sedang berjalan dengan kasut kayu. Beliau pun menegur budak itu :-

''Wahai budak,jaga-jaga dengan kasut kayumu. Bimbang engkau akan tergelincir nanti.''

Budak itu mengucapkan terima kasih di atas perhatian al-Imam kepadanya. Tetiba budak itu bertanya :-

''Wahai tuan.Siapakah nama tuan?''

Al-Imam Abu Hanifah lalu menjawab :-

''Aku Nu'man.''

''Oh, rupanya tuanlah yang digelar al-Imam al-A'dzam (Imam Yang Sangat Hebat) itu?'' Budak itu bertanya kembali pada Imam Abu Hanifah.

Imam Abu Hanifah seraya menjawab :-

''Bukan aku yang meletakkan gelaran tersebut. Namun orang ramai yang bersangka baik denganku meletakkannya.''

Budak itu lalu menjawab :-

''Wahai Imam, janganlah engkau sampy tergelincir ke dalam api Neraka disebabkan gelaranmu itu. Aku hanya memakai kasut kayu yang jika aku tergelincir sekalipun hanyalah di dunia semata-mata. Namun gelaranmu itu terkadang membuatkan seseorang akan tergelincir ke dalam Neraka Allah Ta'ala lantaran angkuh & berbangga-bangga.

Menangis Imam Abu Hanifah rhm mendengar nasihat daripada kanak-kanak kecil itu.
----------------------------------------------
 
untuk pengetahuan tuan, hati saya ini, amat 200x susah saya nak jaga. terlalu susah dan payah.
 
ada ketikanya, saya merasakan bahawa dengan panggilan Dr akan menyebabkan saya jatuh takbur. percaya cakap saya... saya terlalu susah untuk mengatakan dalam diri bahawa gelaran Dr. itu sebenarnya menunjukkan bahwa tanggungjwab saya adalah lebih besar. susah untuk saya mengatakan tersebut. jadinya, adalah lebih baik gugurkan sahaja panggilan tersebut. saya lebih menyukai orang memanggil saya dengan panggilan yang biasa seperti en, cikgu dan abg jep dan sebagainya bagi mereka yang telah mengenali saya. bukan dengan panggilan Dr. 
 
dan sesungguhnya, adakalanya, tulisan saya ini juga akan menyebabkan saya sendiri merasa bangga diri... adakalanya, saya akan memikirkan, bahawa orang akan memandang saya sebagai orang yang down to earth... itu juga menyebabkan saya risau dan takut jika hati saya masih merasa bahawa sayalah yang terbaik antara mereka...
 
kadang2, bila buat baik,hati akan berkata, 
 
"mesti lepas ni orang akan puji ko kan..."
 
yang peliknya, kalau berlaku jahat, takde pulak terdetik dalam hati ni... cuma orang akan mengutuk kitalah kan???
 
macam saya beritahu tadi, hati saya ini amat2 susah saya jaga... terlalu susah... susah... susah... suuusaaaahhhhh (ikut lagu najwa latip, kosong... kosong... kosong...)
 
tapi, bagi orang lain, saya akan memanggil mereka dengan panggilan sepatutnya. selagi mereka tidak menegur saya. sebab bagi saya, mereka berhak mendapat panggilan tersebut. saya??? tak payahlah nak membazir air liur untuk memanggil saya seperti tersebut... :)
 
harap tuan aninomus kini paham kenapa saya tak suka orang meletakkan Dr. dihadapan nama saya, melainkan diperlukan...
 
sekian, untuk penjelasan dan pencerahan dari saya.
 
yang benar,
 
tuanpunyablog
7:11 am dibumi asing 10000km daripada Malaysia

Saturday, 10 November 2012

orang tak sabar, memang selalu rugi...


assalamualaikum...

penah dengar cerita atau kata-kata,

"orang tamak selalu rugi. macam anjing dan bayang2...?"

apa cer???? ha, ni nak ceritalah... tapi aku cerita pakai kronologi tanpa tarikhlah ek... senang sikit nak tulis... tulis panjang2, karang ada yang bosan lak nak baca...

---------------------------------------------
akhir bulan Mei, aku hantar surat confirmation dari Brunel, yang mengesahkan bahawa aku telah tamat belajar ke jabatan pendaftar. alhamdulillah, tarikh kuat kuasa dia amik bulan februari. akhir bulan tersebut, keluar ucapan tahniah daripada PRO Uni dalam email, tentang kuat kuasa ijazah kedoktoran.

pertengahan bulan jun, staf jabatan pendaftar menghantar borang kenaikan pangkat ke kanan (bukan sebab aku dedikasi dan mamikasi ye, tapi, polisi kebanyakkan uni la ni, sesiapa yang dah habis PhD, akan dinaikkan ke pensyarah kanan secara automatik. tapi kenelah isi borang dulu. so, nothing special yang membolehkan aku ditawarkan kenaikan pangkat).

awal bulan 7, dapat email daripada supervisor PhD, katanya, dah hantar paper ke winter simulation conference kat berlin, germany and accepted. bila tengok balik, yang dia hantar tu, merupakan draft pertama masa buat thesis tahun lepas, tanpa pembetulan... accepted lah plak (cikai macam tu pun boleh accepted???)... lepas betulkan sikit2, hantar balik kat dia.

pertengahan bulan 7, cuba telefon pendaftar. tanya bila meeting pengurusan untuk kenaikan ke kanan tu. katanya, dalam akhir bulan 7.

awal bulan 8, aku try kol pendaftar sekali lagi (sebelum cuti raya). katanya, meeting baru je lepas meeting. minit tak sampai lagi kat depa. dalam masa yang masa, start isi borang untuk ke konfrens. mula semangat nak p. ingatkan malas dah nak p, sebab sv boleh tolong present. tapi bila sv kata, dia amat berharap nak jumpa aku masa konvo tapi aku tak p brunel, maka, terpaksalah jugak p jugak konferens ni. siap dia kata, kalau tak dapat sponsor uni, habaq ngan dia... nanti dia tolong mana yang boleh...

lepas raya, tanya lagi sekali dengan pendaftar. katanya, dah meeting, baru sampai minit kat depa. bila tanya, bila boleh keluar surat, katanya dalam dua minggu. kira cepatlah tu. estimate dalam bulan 9 dah boleh naik kanan. dalam masa yang sama, teruskan mengisi borang untuk p konfrens. sampai pening pembantu tadbir skul aku, sebab banyak sangat tanya. tanya ngan mereka2 yang dah p konferens, katanya, amik skim B. depa bagi RM5k terus, kalau amik skim C, depa bayar full, tapi kene produce jurnal within 6 months after the conference. so, nak selamat, aku amik skim B. tak baca langsung panduan pemilihan skim penajaan untuk ke konfrens.

awal bulan 9, try kol sekali lagi. tanya apa cerita dengan kenaikan ke kanan. katanya, kene hold dulu, untuk pengiraan gaji. aku mintak, boleh tak cepatkan, sebab nak apply loan, gaji tak cukup (buat alasan je ni). kemudian, katanya, insyaAllah dia cuba. dua minggu, takde jawapan (hehari cek portal tgk dah ubah blom sistem personel), try hantar email pulak. macam segan asyik kol jek. kali ni, buat alasan, kata nak dapatkan tunggakan tu, untuk bayaran p konfrens, termasuk beli tiket flite.

dalam masa yang sama, kelulusan tuk p konfrens pun dah lulus. try telefon bahagian latihan. tanya dapat berapa. terkejut bila dia kata, bajet 8k, dapatlah 8k. bila dah keluar surat pengesahan kelulusan, diluluskan skim B. bila baca balik panduan skim penajaan ke konfrens tu, rupanya, tersalah pilih skim. amik skim yang kene produce jurnal within 6 months. fail to comply, kene bayar balik kat Uni full. terus tanya, boleh tak nak tukar skim? amik skim C, yang 70% uni bayar, 30% kita bayar. katanya, trylah buat surat.

dan dalam masa yang sama juga, cuba jugak hantar email ngan sv, bagitau sponsorship dah lulus. tapi kene produce jurnal. tanya ngan sv, 2 papers yang dah dihantar sebelum ni, apa cerita? dia kata, on the way nak hantar. so, jangan risau. risau jugak sebenarnya, sebab knowing him camana kan... so, to be save, proceed jugak dengan surat mintak tukar skim.

bila penukaran skim ke konfrens diluluskan, baca balik skim penajaan tu. Allahuakbar!!!! kalau pensyarah biasa, 70% disponsor, kalau kanan, 30% jek (jauh giler beza)... alamak, terus naik bilik kat atas, hajat nak kol puan yang setelkan kenaikan pangkat tu... dua hari kol, tak berangkat. kemudian, try email. tapi sebelum nak email, try cek portal dulu. tengok-tengok....



sellllaaaaammmmmaaaaatttttttt!!!!! malam tadi tgk, kanan tu takde. tup2, rini adalah plak. baru nak antar email suh pospon surat kenaikan ke kanan tu ke tahun depan. skurang2nya, lepaslah sedikit bajet nak ke sana. dan tunggakan yang dapat tu, dapatlah buat belanja p berlin nanti. kene korek tabung ayam jugak nampaknya tuk belanja kat sana nanti...

tulah, tamak lagi... tak sabar lagi... kan dah rugi... maka keluarlah kata bidalan yang baru,

"orang tak sabar selalu rugi. macam jep dan konfrensnya..."

tapikan...

bila pikir-pikir balik... takpelah... sekurang2nya, ada gak dapat 30%. daripada aku amik skim B tu, kalau tak dapat produce jurnal, lagi kene sapot sendiri 100%. lagipun, bukan senang nak produce jurnal, accepted within 6 months... lepas hantar, mau kene review dua tiga kali... tu pun, hantar tahun ni, tah2, dua tahun berikutnya baru di terbit. so, bak kata omputeh yang telah di alih bahasa oleh aku dengan sesuka hati aku;

"lebih baik sedikit, daripada tak ada langsung..."

tuanpunyablog: jadi kartun plak aku mengajar sem ni. banyak sangat cuti... dengan cuti yang terpaksa aku amik awal bulan 12 ni... kelamkabut jadinya...nak balik amik zah pun, banyak sangat halangan...

Friday, 9 November 2012

Bi iznillah, Kun Fa Ya Kun...



assalamualaikum...



gambar menunjukkan keputusan hari sabtu lepas. agak sedih, tapi nak buat camana kan... ada hikmah dan pasti Allah akan menggantikannya dengan sesuatu yang lebih baik, insyaAllah. yang penting, kita yakin dengan perancangan Allah. bak kata seorang teman, Allah merancang, kita juga merancang, tetapi perancangan Allah lah yang lebih baik... bak kata omputeh pulak, something happen for a reason...

moh kita mencari hikmah disebalik kejadian ini...
--------------------------------------------------------------

1. dapatlah Ilham mengabiskan pengajian PASTI nya di sana. sekurang-kurangnya, ada orang yang boleh hantar dia, pergi dan balik. bayangkan kalau dia di sini, aku dahlah di sintok. takkan nak balik hantar dan amik dia... memang ada tadika yang lain, tapi, aku macam dah suka pulak stail pengajian di PASTI ni. kalau tak silap aku, yang ada kat area kubang pasu ni, kat changloon jek... kalaulah tetiba ada kelas, alamatlah ilham kene tunggu lama kat situ... kalau kat banting, ada jugak yang boleh menolong hantar dia...
-------------------------------------------------------------

2. kalau duduk kat sana, sekurang2nya, aku boleh selalu balik. melawat isteri dan anak3, sekurang2nya, dapat selalu balik KL dan melawat mak ayah aku... adalah sebab nak balik jugak kan... kalau tak, sebulan sekali rasanya, payah nak dapat...
--------------------------------------------------------------

3. duduk berjauhan ni, mengajarkan kita erti kesabaran dan keyakinan terhadap pasangan kita. cuma nak mintak tolong pada sahabat2 aku dan zah, janganlah dimomok kan kami dengan cerita2 yang korang sendiri tak pasti. contohnya,

'hang tak takut ke, dia duduk sorang2, kot2 'pasang' lain ke...'.

please,... mohon sangat... janganlah korang bersahabat dengan syaithonirrajiim... sudahlah kami sedang bertarung melawan hasutan syaithonirrajiim, takkan korang nak menambah pulak....
--------------------------------------------------------------

4. sekurang2nya, anak3 kami dibawah jagaan sedara sendiri. makan pakai dan segalanya, mencukupi, alhamdulillah. ada yang kata kat aku,

"why not ko jaga ilham?"

sebenarnya, kalau boleh, memang aku nak. tapi ilham yang taknak ikut aku. sebab dia tau, kalau dia ikut aku, macam2 dia nak takkan dapat. kalau dengan ummi, pasti dia dapat. banyak kali jugak, masa nak balik ke kedah dari banting, aku cuba nak kemaskan pakaian dia, konon2 nak bawak dia balik kedah... menangis bagai kene dera... taknak. ko bayangkan kalau aku angkat dia, masuk dalam kereta, silap2, sampai esok hari dia taknak berenti menangis... unpredictable ilham ni... dia hanya nak ikut aku, kalau ummi ngan adik2 ikut.,. takde ummi, dia taknak ikut... camanalah aku nak ajak dia kan...
---------------------------------------------------------------

5. duduk dengan famili sendiri, kita takkan lupa menghulurkan duit.. walaupun untuk makanan kita, tapi ada jugalah masuk sedikit untuk keluarga kita. amik contoh aku (taknak cakap orang lain, dan bukan juga nak membuka aib sendiri), duduk jauh dengan famili (mak ayah), kadang-kadang (dan hampir selalu) aku lupa nak bagi mak ayah aku duit. kadang2, bila komitmen terlalu banyak, maka duit pun macam hampir2 cukup makan (kedekut ngan pemili sendiri, mana tak cukup duitnya). padahal, kalau nak bagi, boleh aje. tapi selalu dahulukan kepentingan kita. at least, bila duduk dengan famili, adalah sedikit sumbangan kita pada keluarga...
----------------------------------------------------------------

6. keakraban zah dengan rakan sekerjanya amat2 aku kagumi. sekurangnya, dia tak tension bila bekerja di SKD. kengkadang, kesian jugak bila dia pindah ke sini, hilanglah rakan2 baiknya.... bak kata orang, nak bekerja, kene suasana yang kondusif... bukannya suasana yang tension. takut nanti, balik rumah, terbawak2 ketensionan tu... takpelah, ok juga dia masih di sana. ada kawan2 yang boleh menjaga dia. aku??? alah, aku boleh jek terbang/naik kete sampailah ke banting. sekurangnya2, aku masih disemenanjung. daripada orang yang duduk merentas laut china selatan tu... lagi masalah. apalah sangat masalah aku ni kan... cumanya kan, aku terbaca salah satu komen daripada sahabat kepada sahabatnya, bila dia kata dia tak dapat jugak pindah... kata sahabat kepada sahabatnya itu,

"alah, rilekslah... kawan aku tu, dah 3 kali mintak, lagi dok sabah sarawak, rileks je dia...".

boleh aku jawab bagi pihak sahabat aku ni???? tak bolehlah nak kata macam tu... kalau tak pernah merasa, jangan berkata2 bagi pihak orang lain. kenapa mesti compare dengan orang lain? kenapa tak compare dengan diri sendiri? walaupun gurauan, tapi adakalanya, menyentuh kalbu jugak. betul kata seorang sahabat, berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. nampak senyum di luar, tak semestinya itulah batinnya...
-----------------------------------------------------------------

banyak lagi sebenarnya kalau nak cungkil. dan mungkin juga, kita akan dapat tahu bila tiba masanya nanti. maka, akan terkeluarlah ucapan syukur alhamdulillah, kerana peristiwa yang lepas.

sungguhpun aku menulis hikmah2 ini, aku masih cuba untuk membuat rayuan. terima kasih atas cadangan rakan-rakanku. boleh sahaja aku untuk naik ke KPM, JPN dan sebagainya. tapi, aku ni, bukanlah jenis yang suka memaksa orang untuk menolong kita. kalau dia tak boleh nak tolong, aku nak cakap macam mana... cukuplah pengalaman aku menguruskan penangguhan posting zah sehingga menguruskan zah untuk posting semula. aku tak mau mereka2 di KPM mengecop aku sebagai orang yang tak reti bahasa. biarlah mereka dengan kerja mereka. Bagi aku, pakailah kabel sebesar alam sekalipun, kalau Allah tak izinkan, takkan dapat punya. kalau Allah izinkan, jangan kata mintak, tak mintak pun boleh dapat, atau Allah gantikan dengan rezeki yang lebih baik, INSYAALAH...

apapun, semuanya dengan BI IZNILLAH, KUN FAYAKUN...

tuanpunyablog: hanya kita yang mengetahui apa yang yang terbaik untuk keluarga kita. bukan orang lain. cuma janganlah kata, bahawa kami ni, mementingkan kerjaya dan bukannya keluarga... adakalanya, kes kita hampir sama, tapi fikiran kita tak mungkin sama. apapun, nak ucapkan terima kasih kepada sahabat2 yang sudi menolong serta mendoakan kami... semoga kalian sentiasa dalam Lindungan serta Rahmat Allah, selalu dan selamanya...