Thursday, 30 October 2008

Antara prinsip dan tekanan hidup

salam...

aku kembali lagi dengan tajuk utama blog aku... cerita tentang kehidupan manusia. kali ni, kisah seorang yang cekal, dan juga kisah tentang manusia yang ..... yang.... erm.... taktau nak describe camana.... harap2 aku bila dah jawatan nanti, tak jadilah macam org tu.... amiiinnnn....

hari sabtu yang telah berlalu lepas, maka berlakulah dialog ini antara aku dan reza, seorang pelajar PhD yang hampir menamatkan PhD nya dalam engineering (terpaksa alih suara, walaupun bahasa konversasi sebenar dalam english... dan ada juga yang terpaksa aku olah, sebab kalau nak dapatkan exact perkataan yang dituturkannya, aku payah nak paham. selalu aku amik isi penting jek apa yang diborakkan... sebab aku tak berapa paham apa yang dia cakap... sila baca seperti dalam drama Oshin, suara keluar dari dalam perut dengan suara yang besar...)

aku : tak p opis ke rini?
reza : tak... hari sabtu dan ahad adalah hari untuk berehat.
aku : ooo... samalah kita....
reza : sebenarnya, sv aku suh mai jugak hari sabtu... suh buat keje... sedangkan dia yang ada keluarga pun leh p opis 7 hari seminggu, 18 jam sehari dok wat research... so, dia suh aku wat camtu jugak. (alamak, macam lawak plak alih bahasa ni... tapi takpelah, janji aku senang nak tulis)...
aku : isk... wokeholik (ejaan betol dalam english tak reti... alah, nama pun alih bahasa kan...huhuhu) btol.
reza : yessss.... sampaikan sv aku cerita keluarga dia pun kompelin sebab dia terlalu tumpukan keje dia.
aku : sv orang apa? putih?
reza : cina...
aku : oooo... meybe stail keje dia dah mmg camtu kot... semua macam tu. kat malaysia pun, org2 cina ni kuat bekerja. rajin... tapi tak sepatutnyalah dia suh ko buat camtu jugak kan...
reza : tulah pasal...
aku : tension tak bila jumpa ngan sv ko? (lawak plak aku baca dialog alih bahasa ni...)
reza : mau nya tak...

dialog berakhir sementara di sini. aku meneruskan basuh pinggan mangkuk, manakala dia meneruskan keje yang sama ngan aku... basuh pingan mangkuk lah....

reza : ko tau tak sebab aku kata aku tensen bila ko tanya tensen tak bila jumpa sv aku? kalau ko nak tau, aku sebenarnya dah nak abis dah thesis aku. lagi 3 bulan jek. tapi dia tak nak approve aku punya viva. dia cakap depan2 aku, dia kata, I won't give you phd and you won't get it....
aku : uiks... pasal pe plak dia cakap camtu? (sila baca dengan muka terkejut dan berkerut seribu)
reza : aku buat ujikaji guna mesin yang dia cipta. mesin dia ni, dah banyak di jual kat negara2 luar (aku tak tanya plak mesin sv dia untuk ujikaji apa. lagipun, kalau dia citer, ada aku paham?????). bila dah wat ujikaji tu, aku dapat result yang mmg menunjukkan mesin dia ada error, problem n memacam lagi... macam tak betul lah mesin dia tu... pastu, bila aku tunjuk result aku, dia marah2 kat aku, kata, memacam termasuklah kata aku sengaja nak jatuhkan reputasi dia.... bukan nya takde bukti, banyak dah kampeni2 pulangkan balik mesin dia tu... menunjukkan yang mesin dia tak betul. tapi, masalahnya, dia takleh terima. dia kata, aku menjatuhkan reputasi dialah, mencemarkan nama baik dialah... masalahnya, dah banyak kampeni antar balik mesin dia, kompelin jugak kata mesin dia tak betul. tapi bila aku produce report kata yang mesin dia tak betul, terus dia kata aku student yang ngenang budilah, ilmu aku sikitlah, ilmu dia banyaklah, aku tak tau apa apalah, memacam. sampaikan banyak kali dia kata, I hate you!!!!
aku : dia takde student lain ke? yang lelain guna jugak mesin dia tu?
reza : sebelum ni ada sorg student jugak. dapat result yang sama jugak, kata mesin dia tu mmg problematic. pastu, dia tak approve jugak untuk viva. so, student ni bengang, dia uruskan viva dia sendiri... lepas jugaklah...
aku : kalau camtu, apa kata ko buat sendiri?
reza : student dia dulu tu, dah ada paper publish kat jurnal. semua budak tu uruskan sendiri. termasuklah external examiner. dia oklah, sebab org sini. so senang sikit nak berurusan... tau nak cari external ngan internal examiner kat sini... aku ni, camana nak cari. aku cari kang, takut kene ngan klik dia... kira pemers jugaklah dia kat cni... org kenal... aku pun bukan takde paper, tapi, bila nak submit jek, dia kata, dia tak terima. maybe sebab dia dah tau, akan jadi kes macam ni, so, dia takkan sign apa2 kalau aku antar paper kat dia.
aku : ko tak try ke jumpa dia, bincang elok... kot2lah boleh...
reza : aku nak jumpa dia taknak... kalau jumpa tengah jalan pun, dia tak layan aku. buat dunno jek. aku antar email dia tak reply. kalau jumpa dia pun, dia akan kata, I dun wan to c u. get lost from my office. i hate u...
aku : sian nya... tak jumpa ngan sesapa org2 besar, macam student center ke, VC ke...
reza : jumpa dah... student centre kata, dorg takleh wat pepe... sebab dorg bukan academicians, VC plak kata, takde proof yang kata dia benci kat aku lah, dia taknak bagi phd, dan memacam lagi kutukan yang dia cakap kat aku... aku takde proof semua tu. nak wat camana... masa sv aku cakap tu, aku mana bawak tape recorder. kalau ikutkan, salah tau, kita rekod perbualan kita ngan sv. mana boleh... lepas tu, last cadangan, dorg kata suh aku cari sv lain, tukar... bayangkanlah, aku dah tinggal 3 bulan jek, kenapa plak nak kene tukar sv... even aku dah siap writing pun. tinggal nak viva jek. aku dah cakap kat VC tu, banyak dah report tentang mesin dia... bukan aku yang produce pun, tapi daripada kampeni2 yang guna mesin dia tu. Uni pun, bukan tak tau... dah berapa banyak mesin dia dipulangkan sebab error... so, kenapa nak tutup mata jek... dorg sanggup simpan lecturer macam tu kat uni ni... tak takut ke reputasi depa tu akan tercalar kan... ko banyangkan ek, kat sini, ada dekat 100 lebih org student dari Iran. kalaulah aku report tentang kes aku ni kat gomen sana, suh blacklist brunel ni, maunya dorg ilang banyak student. ayah aku sebenarnya lecturer jugak, dia pun tak sangka benda ni boleh jadi. kata, teruk betol org2 dalam uni ni. pejam mata jek bila kes ni berlaku... last decision, tukar sv...
aku : student2 yang bawah dia yang lain camana?
reza : la ni, semua belajar dari kesilapan aku. semuanya ubah figure supaya dapat keputusan yang seperti dijangka. macam mesin tu takde masalah lah...
aku : ko taknak buat macam tu ke? mungkin cara tu jek yang boleh buat dia terima ko tuk viva. kalau, tak, sesia jek ko bertungkus lumus 3 tahun, tapi habuk pun tarak (harap maklum, dialog ni pendek jek sebenarnya, tapi sebab dah alih suara kan, so jadi panjang lah... aku sendiri tak tau nak cakap bertungkus lumus dalam english apa... so, jgn plak kata aku ni dah terer english... haraaaammmmmm)...
reza : ni prinsip. takkan nak menipu kalau dah ternyata benda tu takleh guna sebab masalah banyak sgt. kalau pun aku p ubah figure2 tu, macam mana plak kalau misalnya, bila dah terbukti mesin tu masalah, org akan pertikaikan kredibiliti aku. camana leh dapat result yang tak betul ni. sedangkan dalam masa yang sama aku buat phd ni banyak report n kompelin yang kampeni anta kat dia. kang tak pasal2, phd aku kene tarik.... ko tau, banyak dah report. tapi, dia kata aku p produce report tu kat kampeni2 lain. kata nak jatuhkan reputasi dia... ok, kalaulah dia kata aku produce report tu kat kampeni, abis tu, yang dari kampeni obe c, camana aku nak kontek dorg. bukan aku kenal pun. tapi, still antar balik mesin dia tu sebab takleh guna. banyak error.
aku : so, apa keputusan ko?
reza : aku dah bertungkus lumus 3 tahun semata2 nak dapatkan phd ni, aku teruskan jugaklah. terpaksa cari sv dalam masa 3 bulan ni. tgklah camana nanti...
aku : semoga ko berjaya lah ye... sian tgk ko....

sebenarnya, panjang jugak dialog aku ngan dia... tapi, tak sanggup plak nak reveal benda2 yang sensitip. kang tak pasal2 aku pun terlibat sama... bukannya takde orang yang paham BM kat cni, takut nanti ada yang translate tulisan aku ke BI, pastu p sebarkan seluruh dunia... sapa yang malu???? aku jugak... huhuhu....

tujuan nak cerita, nak bagitau... dugaan nak buat phd ni, memacam... ada yang ok, ada yang tak ok.. ada yang terpaksa korbankan prinsip idup semata2 nak dapatkan phd tu. sebut pasal prinsip idop ni, tetiba teringat kisah seorang rakan yang mencerita perihal seorang student phd yang bertudung labuh (kalau dia tipu, maka aku pun tipu lah jugak kan... tapi, benda ni tak mustahil boleh berlaku)... dek kerana masalah nak dapatkan data sebab guna data UK, maka satu hari tu, dia mengorbankan (taktau ayat terbaik nak guna) larangan dalam Islam semata2 nak dapatkan data tersebut. dia pakai skirt, rambut diwarnakan, sebijik cam omputih. kejap jek leh dapat data tersebut.. double standard kan omputih ni???? pasal student tu, aku tak beranilah nak komen. sebab, itu hal dia ngan Allah. kengkadang kita komen kata dia tak patut buat begitu begini cenggitu cenggini, adakah kita merasa keperitan yang dia rasa? bayangkanlah kalau kita berada didalam situasi dia kan... mungkin jugak kita akan buat keputusan cam dia jugak... bukan apa, sebab kengkadang aku bengang jugak bila ada orang yang seakan2 dirinya semuanya betul suka sgt mengomen org kata org tu tak betul lah, org tu banyak dosalah, itu lah, inilah (kengkadang aku pun terkomen jugak, so ni kira muhasabah diri lah jugak)... seolah2 dialah yang paling betul dan dialah yang paling baik kat dunia ni.. kengkadang kita lupa, bahawa sifat dan sikap manusia tu, sekelip mata boleh berubah, macam pasir dipantai... sekali laut menghempas pantai, sekali pasir akan berubah (wah!!! cam tajuk lagu plak)... lagipun, sapalah kita nak jatuhkan hukum kan... so, kesimpulannya, pasal student yang mengorbankan auratnya tu, biarlah Allah sahaja yang menentukan... sapalah aku nak komen pasal diakan.... erm... tetiba teringat kata2 seorang teman kepada teman nya yang lain ketika temannya yang lain itu, mengomen muda mudi yang naik moto bersama sambil berpelukkan erat (nak buh nama tak tau plak nama depa, sebab aku dgr2 jek masa dolu2 makan kat restoran sgsorg)...

teman1 : isk... teruk btol anak2 muda jaman sekarang... selamba rock jek peluk2...
teman2 : sangka baik lah... dah kawin tu...
teman1 : dah kawin menda... org muda lagi tu... isk, kompom neraka dorg ni.. menghampiri zina... tah tah... dah abis dara ngan teruna...
teman 2 : amboi... sedapnya mulut... ko tu kompem ke masuk syurga??????
teman1 : *&^&%^%^ (terus senyap dan terkedu serta berubah muka)

betullah org kata, 3 faktor nak dapat phd ni. kita sendiri, sv ngan data... mujurlah aku masih berada di tahap yang ok. aku ni masalah ngan diri sendri... malas sokmo.... taktaulah bila nak abis sipat malas aku ni... memanjang jek takdek mood... huhuhu.... tak masalah diri sendiri, masalah ngan data. tak masalah ngan data, masalah ngan sv... org kata, better amik sv yang seagama ngan kita, itu lebih baik.. sekurangnya, ia akan menolong kita kalau kita susah... tapi taktaulah nak cakap jugak kan... sebab bagi aku... kalau dah org tu jenis yang baik, suka menolong, lembut hati, agama apa pun tak jadi penghalang... pokok pangkal (yang dah takde daun sebab autumn)nya, hati mau baik... kan???

tuanpunyablog: Ya Allah, permudahkanlah urusanku dan sahabat2ku dalam menghadapi pengajian kami ini dan dapatlah kami menghabiskannya dalam masa yang telah ditetapkan... amiiiinnnnn....

Thursday, 23 October 2008

inginkan perut yang kempis??????

tadaaaaaaaaaaaaa......... yeeeeeeeeeeeehhhhhhhhhaaaaaaaaaaaaaaaaa.... andreeeee... andreeee.... update kali kedua dalam masa tak sampai 2 jam.... maklumlah, lama tak nulis, so kira qada'lah kan... sesambil tu, nak gak belawan ngan puan areej (saja glemerkan nama dia) dari segi posting dalam sehari....

baru pas makan ayam perisa kunyit... bolehlah kan, sebab masak sendiri, makan pun sendirik ler... nak turunkan ilmu ni sebenarnya... ilmu untuk menguruskan badan... semenjak aku kat cni, senang btol nak turunkan badan. in fact, seluar2 yang dulu aku takleh pakai, boleh pakai dah sekarang ni... "en terungceweng, tak teringin ke badan macam ku yang kini telah kuncup umpama bunga kuncup di waktu pagi????" huhuhu

caranya mudah saja....

1. beli konflek, atau kokokrunch atau hanistar, atau yang seangkatan dengan nya lah...
2. buh benda tu dalam mangkuk. lagi banyak lagi bagus. sebab lagi cepat kurus. (jgn lupa bukak pestitnya yeeee....)
3. masukkan air mangga atau air oren atau jus oren yang dalam kotak atau botol dalam mangkuk yang berisi konflek, atau kokokrunch atau hanistar, atau yang seangkatan dengan nya tu... pastikan sejuk air tu. kalau kurang, impactnya kurang berkesan...
4. kemudian, dengan lahap serta jgn lupa baca doa makan, silalah ngap benda tu. kalau anda dalam kelaparan, lagi bagus. sebab lagi lahap anda akan makan (macam aku makan pagi tadik, lapo gilerrrrrrrrrrrrrrrrrrrr) lagi impactnya datang... untuk nampak impact yang lebih berkesan, sila timbang berat anda terlebih dahulu.
5. dalam beberapa minit (impact paling cepat) atau beberapa jam (filter kat dalam perut tebal sgt kot), maka, anda akan berulang kali ke tandas (kalau dalam kes aku, 5 6 kalilah jugak.. sib baik tak p opis tadik)... agak2 dah lega, dan rasa macam dah takde benda dalam perot, sila timbang semula berat badan anda... mesti turun kan??????

selain makan yang tadik, ada banyak makanan2 yang boleh digunakan untuk menurunkan berat badan anda. nanti, kalau aku ada resipi untuk turunkan badan lagi, aku sebarkan kat semua. aku kan 'pakar' memasak untuk diet... suka merekayasa lauk2 yang tahapaapatah jadiknya... yang pasti, asal aku masak jek, lepas makan... mesti aku kembali kurus... lagi2 makin kurus lepas aku merekayasa cendawan. hajat kat hati nak buat macam apandi buat, cendawan masak sos tiram, tapi, lain pulak jadinya, bila memacam benda aku masuk kan... maka jadilah cendawansostiramtaktauaparasasebabtahmasukperisaapa.... elok jek lepas makan, berkali2 jugaklah masuk toilet. bukan keracunan ye... tapi, aku kan pandai buat makanan tuk diet... maklumlah, aku ni mengikut kata dalam iklan... "ANDA MAMPU MENGUBAHNYA..."

sok2, kalau ada lagi makanan tuk diet, aku share lagi ek... nak solat aso plak...

assalamualaikum (jgn lupa jawab tau, mak kite kata, dosa kalau tak jawab salam...)

dan semangat pun berguguran....huhuhu

salam....

sekarang ni dah masuk musim luruh, atau gugur, atau dalam bahse omputihnya... autumn in my heart (memandai jek ko menambah ek!!!)... daun2 berguguran, menjadikan pokok2 yang ada berada dalam keadaan togei... sian kat pokok tu... dah tak lawa sebab takde daun2 yang bisa melindunginya daripada angin yang ibarat sepak2 bahasa.... apalah yang aku merepek ni kan...

sebagaimana gugurnya daun2 yang telah kering itu, maka begitu jugalah gugurnya semangat aku satu persatu untuk meneruskan perjuangan ku kat sini. rasa macam dah malas sangat nak pk pasal tajuk apa, bidang apa, method apa, LR apa nak kene masuk, kaedah apa yang perlu ada, apa yang perlu aku tulis, attribut apa yang perlu aku masukkan dalam rangka kerja aku... dulu, semangat ke'main, dok pk framework cam ni lah, camtulah... la ni, rasa macam apa yang aku buat semuanya tak kene... erm... entahlah... bila kala lah aku nak semangat balik aku pun tak tau.

minggu lepas masa jumpa ngan Dr Tillal,

"i give you 2 weeks and want to see your LR. make sure you finish it."
"finish?????????" terbeliak mata aku sambil hampir2 menjerit kat dia. yelah, dia suh aku siapkan LR dalam masa 2 menggus. senyum kambing plak dia bila aku terkejut tanya kene siapkan LR tu. adussssss.... camana ni ek... dah masuk seminggu ni, tapi satu page pun aku masih tak dapat nulis lagi. erm... salah diri sendiri kan... sapa suh tak buat awal2... rasa macam nak bunuh diri jek kala ni... org lain masalah kat sv, aku plak masalah ciptaan sendiri... aku taktaulah kenapa aku tak kuat semangat cam org lain ek... maybe sebab aku ni lembik sikit kot bila berhadapan ngan cabaran... huh!!! tahlah... bila pk2 balik, teringat aku pada mimpi yang aku alami sebelum masuk ke sini... masa tu, selalu doa sebelum tdo, dapatlah aku idea nak buat proposal... sampai nak tdo pun, terpk2 nak buat proposal satu page tuk hantar kat memana sv. ada satu malam tu, aku mimpi... aku naik kete, pastu tiba satu jalan tu, naik bukit tinggi giler... sampaikan aku tak nampak penghujungnya... aku pun teruskan perjalanan tu... sesambil bawak kete tu, banyak lubang2 yang menhalang perjalanan aku tu. aku pun sambil bawak kete aku kuar dari kete, p tampal ngan batu or papan yang aku jumpa tepi jalan(mimpilah katakan, so memacam kerja lah kita boleh buat dalam satu masa kan???),.... aku pun teruskan perjalanan sesambil menampal mana2 jalan2 yang rosak... yang peliknya, aku tak nampak langsung penghujung nya... kemudian, bila dah lama berjalan, barulah aku sampai kepuncak yang sebelum ni aku tak nampak pepe... bila dah sampai puncak tu, aku pandang bawah, sebab aku nak kene turun balik... tapi, takleh. sebab jalan tu tak siap lagi... hanya rangka tetulang jalan tu jek yang ada. so, aku pun duduk jelah termenung kat situ. pk camana nak turun. takut nak redah jek, sebab jalan nya berlubang2. dahlah tinggi.. tak nampak plak penghujung jalan tu... tak lama lepas tu, terbangun. berpeluh2 aku bangun tdo tu... terkejut.... huh!!! apakah makna semua ini???? kalau ikut tapsiran aku... huh!!!! takutlah nak wat tapsiran... baik ikut tapsiran member aku jek, ala, mimpi tu mainan tidor. dun tek it seriyes.... huhuhu

sampai cni, mimpi pasal aku kene buang dari brunel plak... huh!!! hat tu lagi menakutkan.

baru2 ni, ada yang gtau ngan aku... memana student yang performance appraisal nya kurang daripada skor 3, maka akan dipanggil balik. mujurlah masa Dr Tillal nilai aku tu, semuanya above 3. kecuali english. hah!!! bagus pun bagi aku kurang 3. supaya aku insap sikit(insap???? huh!!!! mohonglah jep!!!!). ni, bulan 1 nanti aku nak kene bagi lagi performance appraisal tu kat Dr Tillal. tah apa plak kali ni dia tulis. yelah... anak murid yang sungggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggguuuuuuuuuhhhhhhhhhhhhhhhhhhh malas nak buat keje... bayangkan lah betapa malasnya aku bila aku panjangkan mahraj perkataan sungguh tu...

dua tiga menjak ni, aku kembali melayan blues... banyak perkara2 silam yang muncul dalam mimpi aku... termasuklah sekolah aku, rumah lama setinggan ku, kawan2 waktu kecik, semuanya keluar dalam mimpi aku... pastu, bangun pepagi mulalah sedih n tak bermaya... pastu mulalah malas nak p opis... pk kan mimpi yang melanda dalam tidurku... sampai satu tahap tu, aku rasa takut untuk tidur... sebab mimpi yang memacam... mimpi kene cekiklah, mimpi jumpa 4 mayat lah, mimpi aku meninggal sekejap pastu idup balik lah... huh!!!! apakah makna semua mimpi itu????

aku nak makan nasiklah... lapo... nanti kalau aku ada modal nak bercerita, aku cerita. la ni masih dalam mood melayan blues... umpama daun yang berguguran, maka itulah semangat ku ketika dan saat ini. pelik gak, sulu summer, takde plak semangat macam summer jugak... panas jek memanjang... kengkadang jek macam summer semangat aku... kejap jek panas... erm... rasanya, cuaca ni, memainkan peranan yang pentinglah dalam kehidupan seseorang (alah, ko sorg je yang kata macam tu... org lain ok jek tak dipengaruhi oleh coca!!! alasan org malas, macam tulah, asik salahkan benda lain jek... huh!!! teruk btol!!!!)... sebab kalau ari yang panas, aku msti bersemangat dan banyak idea untuk menulis... tapi bila ari mendung serta ujan, maka aku akan terus belingkor dalam selimut yang tebal... best oooo sambung tdo lagi2 bila aku mimpi iman berlari2 sambil berkejaran ditepi pantai yang indah!!!!!!

eh lupa... semalam aku cuba lagi cekodok nestum tu... kali ni, jadi tu mmglah jadi... tapi terasa masin plak... huh!!!! 'pakar' sungguh aku memasak kan... kali ni, macam biasa, aku goreng ayam perisa kunyit... telan jelah kan... nak wat camana... huhuhu

jemput makan.....

Thursday, 16 October 2008

KFC Southall halal....

wah.... bulan yang sungguh produktip dan inovatip serta tak lupa juga keytip dan incentip... sebab apa aku cakap camtu... sebabnya, bulan ni jek, dah masuk entri ke 9 aku tulis... sebelum ni, aku cuma boleh nulis hatta 7 entri jek (ala, baru 2 bulan jek aku start nulis ecara aktip pong... org leh tulis sehari 3 4 entri pun, dorg tak kata produktip, ko plak memandai ngangkat diri sendiri! huh!!! apa punya pesenlah ko ni jep oiii!!!)....

hari ni, kerana lama tak makan McD halal dan ciken kotej kat southall, aku pun bawaklah dila, sarah, kamal dan juga helmi ke southall... sian kat dorg sebab tak berapa tau sgt camana nak p southall tu. tau, tapi mereka menaiki bus 2 biji (skimanya bahasa aku????)... sebab amik kat pekan... dan daripada uni ke pekan, kene naik lagi bus... so, aku pun menunjukkan kepandaian aku (wah!!!! pandai sgt lah, bawak dorg p china town kat london pun leh sesat.... sib baik dorg taktau yang sebenarnya time aku bwak dorg tu, aku sesat... huh!!!!) menunjukkan jalan dengan menunggu bus di Amberleyway... satu bus jek... sep 90p. pastu, dengan gaya propesenel, aku pun gtau ngan dorg, bus mana yang banyak benti, bus mana yang ekspress dan semualah yang aku RASA aku tau....

sebelum benti kat stesen tu, aku tanya ngan dorg, nak makan McD tapau ciken kotej, atau nak makan ciken kotej n tapau McD. ini adalah disebabkan oleh faktor jarak dimana bus akan berenti. maka, mereka pun sebulat suara kerana pembentung (apa2lah aku merepek ni????), bersetuju supaya makan kan McD dan tapau ciken kotej. nilah yang aku suggest kat dorg, sebab ayam goreng nanti, leh makan ngan nasik malam karang. maka kami pun benti kat bus stop yang sepatutnya. menempahlah mereka dengan makanan kegemaran mereka masing... salah sorg kata, haaaaa.... best2.... takdelah rindu sgt nak makan McD, dah dekat dah nak carik ni... aku cuma senyum... sambil dalam hati aku berkata... kalaulah, KFC pun jadi halal kat cni, kan best... huhuhu

abis makan, kami solat kat kat masjid depan McD tu. sebab aku plan nak bawak dorg jenjalan kat kedai yang pernah abang mahadi, kak aida n fendi bawak aku masa pestaim aku sampai kat cni. blehlah beli brg2 n daging2 halal pakistan n india... dalam perjalanan kami ke kedai tu lepas kami solat, aku tinggalkan dila n sarah sebab katanya nak beli baby ciken... kami pun meneruskan perjalanan memburu ciken kotej, sebab nak tapau... aku pun lama dah tak makan ciken kotej tu... nak beli KFC, KFC halal paling dekat pun, setau aku, dekat paris... maka, ciken kotej pun, boleh lah. omputih kata, better than nothing kan????

dalam perjalanan sesambil menerangkan pelbagai perkara pada kamal n dila, tetiba kami sampai kat restoran KFC tu. mata aku mencari2 kot2lah dah jadi restoran KFC halal kat ctu. yelah, manalah tau kan, kalau subway pun leh jadi halal, McD pun leh jadi halal, tak mustahil pun KFC leh jadi halal kan... kalau gitu, alhamdulillah.... takdelah kebanyakan daripada org2 kat cni yang mengidam makan KFC.... tetiba mataku tertancap pada salah satu sign board yang mengatakan KFC in southall is now halal... something like that lah... aku tak ingat sgt exactly apa yang ditulis.... waaaaa..... doaku dimakbulkan.... aku pun, tanpa melihat kiri dan kanan, terus masuk ke dalam KFC tu, dan terus menempah ayam2 yang nampaknya lebih sedap daripada ayam goreng kat ciken kotej. sonot betul aku bila mengetahui KFC kat cni dah halal... rasa cam nak msg semua org2 kat brunel kata KFC dah serve halal la tu jugak... tapi, pk2 balik, nanti takdelah cerita kat blog aku kan... so, aku pun, hold dulu niat nak bagitau kat smua org2 kampung kat brunel termasuklah shah... sebab dulu aku penah cakap ngan shah, aku kata, kalaulah McD pun leh jadi halal, tak mustahil sotu hari nanti, KFC pun leh jadi halal... dia hanya gelakkan aku sambil kata... imposibel... beri2 imposibel... la yumkin... tak mungkin... aku cuma gelak jek bila dia cakap camtu....

lagipun, biarlah aku yang merasmikan dulu....so, kalau rasa2 tak macam KFC kat malaysia, leh gak aku gtau ngan dorg semua... lepas ni, mesti ramai yang ke sini. blehlah aku berbangga ngan shah especially, kata, tak heran dah KFC kat malaysia tu, sebab kat sini pun dah halal... tak heran pun kat paris tu, sebab kat cni pun dah halal... dekat jek, daripada nak ke paris tu, dengan flight yang selamba rock meninggalkan kami tanpa belas kasihan lah, hotel yang telah ditempah dan dibayar tapi bagi bilik kat org lain lah, org2 france yang mengagungkan bahasa dorg sampaikan bercakap ngan dorg macam ayam ngan itiklah, berjalan kaki jauh gile semata2 nak makan KFC lah.... hah!!! la ni, tak perlu dah itu semua. sebab kat cni dah ada pun... huhuhu.... best.... best.... best... best....maka, aku pun terus ke dalam dan terus beratur... banyak gak signboard n notice yang tulis halal kat ctu. wah.... bestnya... aku pun memikio kan apa aku nak order ni... tgh2 aku pk nak makan apa, handset aku pun bervibrate... terkejut dan mematikan terus lamunan dan anganku...

"abang jep kat mana ni?" tanya pemanggil di sebelah sana.
"kat depan KFC ni. korang jalan terus, pastu jumpa.... bla... bla... bla...." terang aku pada pemanggil diseberang sana arah jalan yang menuju ke KFC ni.

sampai jek dorang kat aku, terus dorg tanya....

"KFC ni halal tak abang jep?"
"erm... berangan jelah korang nak cari KFC halal kat sini. kalaulah halal, kompom seminggu sekali mai cni. KFC halal paling dekat pun kat Paris, yang abang taulah... so, kalau ngidam, p lah cari kat paris tu. takpun, doalah bebanyak, supaya dorg ni boleh serve makanan halal since kat southall ni kebanyakkan nya restorannya adalah halal, manalah tau doa korg tu makbul kan... " terang aku pada dorg...

kami pun meneruskan perjalanan kami ke ciken kotej untuk tapau ayam goreng... bolehlah dibuat untuk lauk makan malam... jadilah kan, sebagai pengganti pada KFC.... sambil berjalan tu aku ter pk, kalaulah KFC ni dah jadi restoran halal, rasanya dah laku kot kedai2 yang jual ayam2 goreng ni... no wonderlah sampai sekarang tak halal lagi KFC kat southall ni.... tapi, kalau halal ok gak kan... tulah namanya persaingan sehat... mintak2lah tak lama lagi KFC ni akan menjadi KFC halal kat cni, amiiinnnnn.... huhuhu

Tuesday, 14 October 2008

merepek lagi...

yuhuuuuu.... (amboi!!!! org london... sampai lupa bagi salam dulu!!!!!)

alamak, lupa plak nak bagi salam.... assalamualaikum wbt... rerakan yang lelain sehat? tak sihat ke? kesian... takpe, anggap jek Allah sayangkan kita... sebab kalah kita sakit tu, maknanya Allah sayangkan kita... bukan bermakna Allah tak sayang kan kita yang sehat2 ni.... cumanya, bila kita sakit, atau berada dalam keadaan yang kurang gembira, tertekan, jiwa kacau, hati tak tenang, barulah kita nak cari Allah kan.. erm... itulah lumrah manusia kan... aku tak lari daripada benda yang sama gak... bila time sedih, jiwa kacau, tertekan, masa tulah mula kita nak cari dimana Allah SWT... saja bagi tazkiroh awalan2 ni... sebabnya, nak ingatkan diri sendiri yang aku ni kira tergolong dalam hamba Allah yang selalu sgt lalai ngan nikmt dunia yang diperolehi... kalau sedih tu, baru nak ingat Allah... kalau gembira tu, haram nak ingat pun walau sesaat... kan???????

ekceli, takde apa2 nak coretkan untuk entri kali ni... cumanya, semalam, masa aku ngah makan ngan salah sorg kwan aku (namanya dirahsiakan takut dia malu sendiri) kat suatu tempat yang aman dan damai disulami dengan kicauan mesin2 pemotong rumput yang amat indah bunyi nye itu, aku ternampak sesuatu dalam beg galas dia... aku pun pandang jek benda tu... sebabnya, benda tu sungguh menarik perhatian aku... kemudian, aku pun bertanya... kenapa ko bawak benda tu? bukan ke benda tu untuk budak2 kecik jek??? kemudian dia pun berkata2 laksana seorang perwira mempertahankan putri kesayangannya (apalah yang ko merepek ni jep oiiiii!!!) begini.... "ada org suggest kat aku bawak benda ni. sebab senang kan kalau tetiba hajat yang tak terduga memanggil2 dan menyeru.... kan payah nak cari ayo...."

erm... aku rasa idea nak bawak benda tu kemana2 sahaja terutamanya ketika berada kat negara omputih ni, yang toiletnya takde ayo, amat2 praktikal... yelah, kalau berada kat bilik atau umah sendiri, takpelah gak... ni cuba bayangkan, kalau kita berada kat luar... nak tak nak terpaksa juga beli ayo botol tuk melepaskan hajat... kalau murah, takpelah gak kan... tapi kalau mahal, kan payah jadinya... rasa macam satu keperluan plak untuk beli benda tu... dulu, masa iman kecik2 selalulah beli, sebab senang n memudahkan keje... lagi2 badan iman masa kecik tu, lembik lagi, so bila nak mencebuk, payahlah gak... idea yang sgt praktikal lebih2 lagi ketika berada dalam toilet yang takde langsung paip apa lagi air tuk mencebok...

apakah benda yang aku maksudkan tu? itulah dia, tisu basah bayi aka wet tissues babies (eh, betul ke ni namanya??? alah, lantaklah, janji dia tisu basah tuk menghilangkan kotoran di bahagian tengah2 antara pinggan dan peha)... jangan lupa untuk membawa bersama kalau pergi ke mana2 ye.... selamat mencobe...

tatatititututomtom....

ps: takde idea nak nulis dah ni... so, merepek jelah yang mampu aku lakukan ketika saat ini... huhuhu

Saturday, 11 October 2008

ucapan buat rerakanku...

Terasa rajin yang melampaui batas pulak arini untuk aku menulis... pagi tadi dapat sms daripada Megat Hafiy, salah sorg peserta tuk program motivasi yang fakulti anjurkan dulu... best plak sms nya bila berulang kali baca... hobi aku suka menforwardkan msg2 yang best2 kat kengkawan... so, bila dah sampai sni, still buat benda yang sama... hobi kan, dah takleh kikis dah... huhuhu...

Nway, buat rerakanku semua, samada yang ku kenali atau tidak kukenali, melalui mana2 saluran samada online atau offline, aku tujukan kata ini untuk rakan2 semua... ikhlas dari lubuk hati bukan jantung pisang ku...

"Kalau satu hari awak nak menangis, bagitau saya,
saya tak janji nak buat awak tersenyum,
tapi saya boleh menangis bersama awak..
Kalau satu hari awak ada masalah, bagitau saya,
saya tak janji nak bagi awak penyelesaiannya,
tapi awak boleh kongsi dengan saya...
Kalau satu hari awak ingin pergi, bagitau saya,
saya tak janji untuk halang awak,
tapi saya boleh berjalan bersama awak...
Kalau satu hari awak perlukan seseorang untuk dengar cerita awak,
bagitau saya,
saya janji akan ada untuk awak,
TAPI,
kalau satu hari awak perlukan saya dan saya tiada,
carilah saya,
kerana mungkin saya LEBIH memerlukan awak..."

semoga ukhwah yang terjalin ini akan lebih bermakna... insyaAllah...

hari yang penat lagi memenatkan....

assalamualaikum warahmatullah hi wabarakaatuh wa maghfiratuh waridhwanuh....

semalam merupakan hari yang penat dan memenatkan bagi aku... bawak helmi, salah sorg stdnt baru dari Malaysia untuk pendaftaran... memula tu risau gak sebab kol 10 tak sampai2 lagi kat brunel daripada umah isterinya kat surrey. tunggu punya tunggu, kol 11 baru sampai. sesat rupanya... siannnnn.... tapi bagus gak dia sampai lewat, sebabnya, at least aku leh siapkan pembetulan yang Dr Tillal suh buat... tak abis2 ngan chapter 1... huhuhu... alhamdulillah, elok jek dia sampai, aku pun abis buat pembetulan tu. kalau tak, mau aku kene fire ngan pakwe aku tu... masa dia sampai ngan wife dia tu, sian gak tgk. yelah, dok lama beno kat dalam kapal yang ada sayap ngan ekor tu kan... 13 jam... mata pun dah naik merah... aku pun bawaklah dia jumpa ngan salah sorg admin kat fakulti dia tu... sebab dalam email helmi suh bawak dia ke sana... pastu, bila dah sampai sana, org tu tak kenal plak... kata expecting someone, not from Malaysia... cet!!!! kata dalam email suh jumpa dia... pastu, dia kata nak bwak helmi untuk tunjukkan register semua... aku pun tinggalkan si helmi ngan dia... sebab aku nak sambung keje aku... alih2, tak sampai 5 menet, helmi kol aku balik, tanya mana student center... pelik gak, kata admin tu nak bawak dia... pastu si helmi kata, guest dia dah sampai... teruk betol.. ada ke patut main tinggal cam tu jek... ceh!!! tak de respek langsung.... sib baik aku dah hampir siap keje Dr Tillal tu... aku pun bawak dia ke student center. sampai student center, org kat sana plak, suh pegi ke Brunel International dulu... penatlah beratur pepanjang, kene g BI dulu. huh!!! kalau aku tau prosedur camtu, takdelah aku susah payah suh helmi beratur... dulu masa bawak abang ithnin ngan abang zul, BI suh g student center terus... dahlah jauh student center ngan BI tu.... dah, kene jalan balik aku ke sana... amik masa 5 menet gaklah jalan... abis kat BI, dia suh g balik kat student center... pusing balik ke sana untuk register.... since masa sungguh mencemburui kami (huhuhu... ayat apakah ini??????) maka aku terpaksa tinggalkan dia tuk sambung register kat student center tu... aku plak, terus naik opis tingkat 4, print chapter 1 tu, pastu terus ke bawah balik, jalan menuju ke opis Dr Tillal... dahlah jauh, 5 menetlah gak jalan kaki kalau jalan macam katun... kalau jalan alal romantika di amor, amik masa dekat 10 menet gak... lelah n kurus terus aku camni....

kali ni lama plak jumpa Dr Tillal... dia cek satu2 plak tu.... aiyak... time2 aku ngah kalut plak dia cek satu2... time aku tak kalut, takde plak dia nak cek satu2... tapi tak kisahlah... helmi pun dah setelkan pendaftaran dia... cuma la ni, sian kat dia sebab kalut nak p accomodation plak... nak setelkan bayar deposit sebelum kol 1. aku rasa aku takdan nak bawak dia, abis jumpa Dr Tillal pun dekat kol 1, so, mmg takdan nak p accomodation tu tunjuk jalan. pastu, aku suh dia tepon accomodation tu, bagitau mintak tempoh lama skit... mujurlah depa terima... yang accomodation ni pun satu... main ugut2 plak... katanya, kalau tak setel deposit b4 kol 1, bilik tu dia bagi kat org lain... ceh!!!! hampeh btol... aku risau gak kalau si helmi ni tak dapat bilik... la ni, jenuh gak la ni nak cari bilik sewa... alhamdulillah, helmi kata accomodation tu kata leh bayar lewat sikit... huh!!!! lega aku...

pas jemaat, aku terus bawak helmi ke accomodation... lagi sekali kami ditendang... suh bayar kat cash office dulu... jalan lagi... adoi... penat betol... pastu kene g balik kat accomodation tu... tuk dapatkan tenancy agreement.. dah dapat tenancy agreement, helmi kata masalah nak login dalam ulink plak tuk dapat senarai assemen... nak guna pc kat student center penuh, so, aku pun bawak dia naik opis aku kat tingkat 4 tu sekali lagi. cuba2 takleh plak... kene bawak dia turun bawah balik sebab nak kene g computer center.... sian gak kat helmi ni, lelah terus aku tgk... sampai takleh pk pepe dah.... setel semua urusan dia, dekat kol 330... sib baik setel semua rini... pastu dia pun ke kelas... sebab dah tinggal 2 minggu punya module... so, nak tak nak kene masuk gaklah kelas tu... aku balik terus koma tak sedar diri... tu pun jenuh tahan mata sebab helmi kata nak antar barang kat bilik aku... sib baik dia kol lambat sikit, dalam kol 520, dan lah aku tdo setengah jam... dahlah malam nya aku takleh tdo... ngantok giler.... aku tgk dia macam dalam kelaparan... so, aku masak kan lah dia ayam goreng perasa kunyit (sebab kunyit lagi banyak dari garam), udang bakar ngan sayur kobis masak kicap yang takde rasa pepe.... nak wat camana, aku bukan reti masak pun... takat makan sendiri bolehlah... kompelin pun sendiri kompelin gak... nampak cam lapo betol abis semua yang aku masak (macamlah ko tak nampak kelaparan jugak jep oiiiii!!!!).... sian si helmi ni, makan nasi lembik, ayam perisa kunyit, ngan udang bakar yang taktaulah aku dah masak atau tak... huhuhu

malam tu, wife dia datag amik dia balik... sambil antar barang helmi sesikit. aku tumpangkan kat bilik firdaus, salah sorg undergrad kat sini... sebab bilik dia dekat gak ngan bilik yang helmi akan masuk senin ni... pestaim aku tgk bilik standard, beso betol... kalau bilik ensuite aku... cumanya, toilet sharing lah... aku membayangkan toilet sharing tu, sebijik macam hostel2 kat malaysia, rupanya silap... toilet tu, sekali ngan bilik mandi, sebiji, sebiji... kira satu pintulah... so, senanglah kalau nak amik air tu mencebok kan... tgk cam ok... takdelah teruk sgt dia punya standard room... ikutkan, yang tak bestnya, cuma bathroom jelah yang share... kalaulah dapat ngan org yang bukan pembersih, kan teruk jadinya kan???? (ala, macamlah ko ni pembersih sgt jep oiiii.... kalau ye pembersih, takkanlah sampai cleaner tu ajo ko cara2 mencuci toilet??????)

rini, awal plak aku terbangun... kol 4 dah terbangun. tekak perit, idung sumbat... huhuhu... macam nak kene selsema jek... pas subuh terus makan ubat selsema paling kuat yang ima dokter gigi bagi, terus tak sedo diri... bangun2 tgk jam dekat kol 8. tetiba aku terpandang nestum yang shah tinggalkan... terus datang idea nak buat cekodok nestum... antar sms kat adik aku, suh tanya ngan mak aku camana nak buat... biasalah kan, bujang.... adik aku jwab...

"bubuh tepung 2 gengam, nestum 2 sudu jubung (penuh), garam, gula, telur sebiji, kacau semua ngan air..."

dengan semangat waja dan wira serta perdana dan tak lupa saga wa aeroback, aku pun memulakan mission imposibel (sebab tak reti buat, so, kalau jadi, mesti org tak caya aku buat benda ni, sebab tu jadi misyen imposibel) ku ini... siap masak, rasa2 huh!!!!

TAWAQ HEBIAQ!!!!! hat tu tak campur yang hitam tu lagi... telan je ler kan... nak wat camana.. dulu mak aku buat, adalah gak bau2 nestum tu, sedap btol... tapi kenapa aku buat, tak rasa apa2 ek? jgnkan bau nestum, rasa tepung pun takde... sian kat org yang aku bagi suh rasa tu... sampaikan tanya, buh apa ni??? mesti dia (namanya terpaksa dirahsiakan supaya aku tak lebih malu kalau org lain mintak dia cerita tentang cekodok tak rasa pepe aku tu... huhuhu) kata, ai... buat cekodok pun tak rasa pepe... sib baik aku LELAKI, so, takdelah malu sgt tak reti masak... huhuhu.... org kata, eberiting must have pestaimer.. so, do it again... remember, pektik makes perpek... (huh!!! yolah tu... rasanya kalau buat berkali2 pun, kalau dah tak reti, tetap sama gak)...

* ni gambar cekodok nestum tak cukup bahan... yang hitam2 tu, sebab kuali aku yang kurang berkualiti (wah!!!! salahkan kualilah plak, cakap jelah ko yang tak reti jaga api, panas sgt minyak nye!!!!!) silalah rasa yeeee.....