Wednesday, 30 September 2009

cerita akhir bulan september

salam...

lama kan tak keudara. bukan pe, kalau dulu, kalau aku tak hapdet blog, mesti ada yang tanya, bila nak hapdet blog??? pastu, bila dah ada yang tanya camtu, barulah ada semangat sikit nak buat cerita... tapi, since takde yang tanya, maka terbengkalai lah blog aku ni... yelah macam artis jugak kan, bila dah agak2 season, takde orang nak amiuk dia blakon lagilah kan... camtulah aku... macam ayam pencen (ceh!!!! tak kene langsung perumpamaan)... layan pesbuk jek lani... taktaulah macam dah ketagih pulak... pagi petang, siang malam, asik2 pesbuk... lagipun, sejak akhir2 ni, lagi2 pas bulan posa ni, aku dah macam malas dah nak tengok telebesen... taktaulah kenapa... mungkin, la ni, iman dah jarang nak nyibuk kalau aku ngan zah bukak laptop... lagilah aku melayan pesbuk tu... tapi ni kira insap sikit, sebab dah jarang bukak, jarang bagi komen, dan jarang upload gambar... biasalah aku, sipat cepat bohsan dengan sesuatu... selalu marahkan iman, sebab bila beli mainan dia, selalu aku komplen, alah, beli pun kejap jek main nya... pastu, tak main dah... nampak cam aku cakap depan cermin jek... huh!!!!

cerita pasal aku punya ngaji pulak (teringat plak bila aku tanya kat bebudak baru sampai ni, dulu ngaji kat mana, pastu dijwabnya... eh, dulu ngaji ayah yang ajar... aiyak, terpaksa tukar soklan lain... taknak dia rasa malu plak...)... la ni, dah nak masuk tahun 3 dah... tapi macam takde pepe pun lagi... pulak tu, dah pandai demand ngan Dr Tillal tu... mentang2 lah dia baik... pospon meeting jangan cakaplah, dulu seboleh mungkin aku cuba p jugak jumpa dia, walaupun aku takde menda nak cerita, tapi la ni, berapa kali dah aku pospon meeting ngan dia... alasan aku bagi, otak aku tak jalanlah, takde menda nak ceritalah, takde progress lah... tapi yang bagusnya, dia agree jek... bagi tarikh lain tuk jumpa... teruk btol aku ni... terbaru, semalam aku jumpa dia, aku mintak jumpa dia kalau boleh waktu pagi, aku taknak petang2.. dia tanya jugak, kenapa aku nak mintak pagi plak, keje ke??? aku jawab, dak aiiiihhhhh... kalau jumpa waktu petang, aku takleh nak pk... kalau pagi banyak sikit aku leh pk... yang iyenye, kalau petang, aku nak balik tdo senang... teruk betol request memacam... progressnya hampeh... huhuhu.... ada jugak dia kata, kalau rasa takleh nak pk, cecepat datang jumpa dia, coz at least dia bleh bagi idea tuk buat apa... aku cakap balik ngan dia, bulan posa yang lepas, aku mmg takleh pk langsung. so, insyaAllah, lepas ni, aku bleh pk dah apa yang aku nak buat... alhamdulillah....

bulan posa ni, aku penuhkan aktiviti aku dengan amek org2 baru kat airport... alhamdulillah, ada kete besar sikit, lehlah tolong amik org... dan pengalaman mencari umah dulu, dapatlah aku tolong 2 3 keluarga kat cni cari umah... alhamdulillah, rejeki dorg, dapat umah dengan cepat. aku pun tak risau ngan pening nak bantu dorg dapatkan umah, lebih2 lagi, time2 bulan posa kan... penat btol ulang alik kesana kemari... banyak gak kontek agen2 umah aku dapat... so, nanti kalau ada org lain mai, lehlah aku tolong rekemenkan agen2 ni... takdelah satu ajen jek, macam dulu...

ada jugak yang cakap sebab aku sebuk nak amik org2 baru kat airport... sebab tu keje phd ni tak jalan... bagi aku, kalau aku tak amik dorg pun, kalau dah mmg takleh nak pk, tak jalan jugak. baik aku amik org2 baru kat airport, leh jugak kenal2... pastu leh gak jadikan wasilah aku pada Allah. bukan sebab aku sebuk amik org kat airport keje aku tak jalan... samalah macam dulu, masa kat uum... aku rajin menyibuk keje2 TDA, macam key nama pensyarah, susun jadual tuk pensyarah, gelek soklan exam... pastu ada org cakap, aku takleh nak concentrate tuk prepare phd, sebab aku banyak buat keje2 org lain yang tak sepatutnya... senyap jelah bila dah dikatakan begitu... bagi aku, bukan sebab aku nyibuk keje2 admin tu aku takde masa tu prepare phd, tapi sebab aku suka dengan keje2 admin. bagi aku, kalau idea tu tak datang, aku buat keje2 admin ke, tak buat keje2 admin ke, tetap tak datang jugak. erm... bak kata sorg member, telanlah cakap2 org tu, org tu tak paham kita camana... biarlah dia dengan cara dia... karang penat, bentilah dia... aku iyakan ajek... cuma tulah, kengkadang tu terasa hati jugak dengan apa yang org cakap... aku ni manusia jugak, bukan nya ultramen ke, gaban ke, dinosour ke...

tahun raya rasa bermakna sikit... mujurlah raya ahad, kalau hari lain, maunya rasa macam tak raya... tambah best lagi, bila aku beraya ngan adik2 yang baru sampai cni... teringat kembali zaman2 aku jadi felo kat kolej EON dulu... the best moment ever... sebab aku suka rapat ngan student2 ni, tak kiralah, lelaki ke pompuan ke... taktaulah kenapa aku ni mesra alam sangat... tapi dalam pada tu, ada jugak tak suka sebab aku rapat ngan bebudak ni... erm... manusia kan... hati lelain... macam biasa, aku cuba telan jek... taknak pk banyak2... cuma nyelah, kengkadang tu terasa jugak dengan apa yang org cakap... rapat salah, tak rapat salah, tolong salah, tak tolong salah... manusia...

dua tiga menjak ni, aku paling suka dengar lagu brothers, epilog seorang hamba... dah jadi lagu buaian aku ketika tidur.. nak tdo msti suruh zah pasang lagu ni. rasa sedih pulak bila dengar lagu ni... maybe sebab melodinya yang sedih... atau liriknya yang sedih... tahlah... la ni pun tengah dengar...

"terimalah, oh taubatku, penghapus segala dosaku........" syahdu syahdan jadinya...

apa lagi aku nak story??? erm... nak cerita pasal adik2 aku, zah dah story. nak cerita iman yang makin panjang akalnya, zah dah cerita... nak cerita pasal aku ngan iman dah kurang 'panas'nya, tak menarik pulak... nak cerita pasal aku tengah mengarang cerita, nanti menipu pulak jadinya... nak cerita tentang org pulak, sat g kata aku ni macam nates, mengumpat org je kejenya... nak cerita pasal aku, takde cerita yang menarik... erm... apa lagik nak story?????

tuanpunyablog: pinjam duit iman dulu sebab dia paling kaya bulan ni, dapat £110 duit raya... duit aku kat dalam bank pun tak sampai banyak tu... huhuhu

Sunday, 13 September 2009

sama jek dok memana pung...

salam...

lama tak nulis. hampir sebulan. bukan pe, dua tiga menjak ni bz menguruskan beberapa org baru yang sampai kat cni. alhamdulillah, semuanya dah setel. rejeki dorg takde dok lelama kat hotel...

sebenarnya, niat hati aku nak citer pasal diskriminasi kat cni. kengkadang tu, rasa macam nak marah jek org2 kat cni... kununnye merekalah bangsa yang paling bertamadun... tapi... hampeh... sama jek kat memana... nak kata dorg berhati2 n jarang hon kan org bila bwak kete, pengalaman aku bawak kete kat cni... tak serupa yang digambarkan... bak kata pepatah, indah kabo dari rupe. berapa kali aku kene hon kat sini, pasal kecik jek.. yaaaaaniii, lambat jalan sesaat atau dua bila tepik lite dah ijau... tak cukup ngan tu, siap pandang macam aku salah beno bila potong kete aku... mujurlah aku buat ignore jek, kalau ikut rasa hati, mau aku panjangkan jari hantu aku ni (sib baiklah tak buat bebetul)... pastu, dgr2 kabo jugak, org2 kat sini baik2... suka bagi jalan kalau kita nak lalu... cet!!!!! ada tu adalah, tapi banyak yang aku jumpa, semuanya kedekut bagi jalan... lagi2 kalau aku potong q sebab tersilap amik lorong...

tahun lepas, lagilah menyakitkan hati... bagi kitorg solat jumaat kat bilik yang muat hanya untuk 30 - 40 orang jek... pastu, tak cukup, bentanglah tikar kat luar tu, tempat parking. pastu suh kami yang dok kat luar tu, pindah ketempat lain... alasan yang diberi, apa tah... lupa... tapi bila dengar jek tu, rasa sakit hati pun ada... diskriminasi btol....

dan yang terbaru, yang pagi2 ni aku bukak email, tetiba ada peringatan supaya kalau boleh jangan gunakan toilet tu amik wuduk... sebabnya, akan menyebabkan accident, sebab lantai basah... erm... macam perli aku jek, sebab selalunya aku yang amik wuduk kat bangunan tu. dan selalunya, mmg basahlah... tapi, taklah basah sapai kedepan pintu, atau menyebabkan lantai tu licin sepenuhnya... yang basah, hanya bawah sinki tu jek... ada ke org lalu bawah sinki tu????? erm... diskriminasi... poyo jek kata dialah bangsa yang mementingkan demokrasi... hatttttuuuuuuiiiiihhhhhhhh!!!!!

apa yang aku takut la ni... ialah, aku selalu solat jek kat opis tu.... biasanya, time takde orglah dalam opis tu... tapi la ni dah nak masuk musim pengajian baru... risau pulak kene tegur, kata jangan solat kat dalam opis... menganggu org lalu lalang... atau maybe alasan yang akan dia create, mengganggu pemandangan org... atau nak lagi best... alasan yang dorg bagi... opis tempat bekerja, bukan tempat tuk solat... huh!!!!

mujurlah supervisor aku org muslim... dan mempraktikkan ajaran islam... beza ngan yang muslim atas nama... boleh pulak tu mengata org muslim yang amik course pilot akan jadi pengganas tuk bomkan bangunan.... satu lawak yang aku paling takleh terima... rasa macam nak ketuk jek kepala dia bila dia buat lawak camtu...

arghhhh.... bagi aku, kesimpulannya, memana pun kita duduk, sama ajek... takyah lah nak compare kata org2 tempat yang kita duduk sementara lebih baik daripada negara kita... atau, org2 kat cni lebih bertimbang rasa daripada negara kita, atau keje org2 kat sini, lebih bagus daripada negara kita... selagi kita tak jumpa org yang lebih buruk daripada negara kita, selagi itulah kita akan menyanjung negara org lain... dulu, masa memula sampai, punyalah puji bagusnya org2 kat sini... tapi bila dah lama dok cni... kesimpulan yang aku boleh buat, alah, memana sama jek... dok kat india ke, bangladesh ke, jepun ke, mekah ke, madinah ke, indon ke, thailand ke, malaysia ke, sama ajek... org baik tu tetap ada, dan orang yang tak baik tu tetap jugak ada kat mana2... kalau tak, takkanlah Allah jadikan syurga neraka kan??????

tuanpunyablog: emosional btol aku rini... lagi2 bila baca email pasal toilet tuk amik wuduk tu...

Monday, 31 August 2009

terkenangkan keluargaku yang jauh dimata

salam...

suka aku tengok gambar ni... alhamdulillah, sekurang2nya rindu aku pada mak dan ayah aku terbalas jugak bila tengok gambar yang adik bongsu aku antar kat aku kemarin. macam lama jek aku tak jumpa famili aku. padahal, dah dua tahun aku kat negara penjajah ni. ooo... lupa, patutlah rasa cam lama... tahun lepas, aku balik 5 bulan sekali... sempatlah jumpa semua keluarga aku ngan keluarga zah. tahun ni, dah dekat 9 bulan aku tak jumpa depa... rasa rindu sangat... dulu pun, masa tak balik, dalam 3 bulan, ada lah sesekali aku webcam ngan mak aku (sib baik zah guna webcam masa tu, so, adalah mak aku lalu depan webcam tu, nampak jugaklah muka mak aku... huhuhu).... tapi lani, macam payah pulak aku nak tengok muka mak aku....

bila adik aku antar gambar ni kat aku, banyak perubahan aku tengok... pertamanya, muka ita (nama diberi siti norita, masa kecik2 dulu aku suka panggil dia kitod, pastu mak aku selalu marah, sebab katanya kitod dalam banjar maknanya berkhalwat... tapi kengkadang aku panggil jugak dia kitod, mulalah ngadu ngan mak aku, mak, abang panggil ita kitod) macam dah matured sikit compare masa sebelum kawin. masa mula2 kawin tahun lepas, aku macam tak caya jek dia boleh jadi isteri orang... muda pulak tu, baru umur 23 tahun (kawin paling muda dalam keluarga aku).... la ni, maybe sebab dah nak jadi mak org bulan satu tahun depan, mukanya nampak perubahan sikit....

adik aku yang lelaki ni pulak, ajan (nama diberi sahrizan, masa kecik2 dulu aku selalu panggil dia kurazen akino, macam nama org filipina walaupun matanya sepet macam mata org2 jepun, mak aku kenan jepun kot masa ngandungkan dia, dia pulak balas balik kobang), nampak macam matured yang terlampau... rasanya, aku lagi nampak muda (ke aku yang perasan muda??????) daripada dia... umur muda 3 tahun dari aku... nampak ketara jugaklah perubahan dia. maybe sebab since aku takde kat sana, dialah jadi penggalas beban belanja kat rumah. mujurlah dia tak kawin lagi... kengkadang sian jugak aku tengok dia... memacam belanja nak kene keluarkan untuk rumah tu... alhamdulillah, rejekinya sentiasa murah. kalau ikutkan, dalam keluarga aku, yang selalu dapat duit terpijak dia ngan kakak atas aku. hat kakak sulung, aku ngan adik bongsu aku, payah sikit nak dapat... la ni taktaulah pulak dia selalu dapat lagi atau tak. katanya dapat bonus, sikit jek... lama jugak dia menghambakan diri keje ngan MPH tu... tapi, gajinya, naik ciput jek... kesian aku tengok... alhamdulillah, rejekinya sentiasa murah. tingat jugak masa dedolu, dia masuk kuiz guna nama aku (sebab aku beli motor atas nama aku, kalau aku nak jawab, jangan haraplah menang sebab kuiz tu pasal BOLA SEPAK), menang jugak... dapat tempat keempat. tapi sayang, hadiah tempat ke 1 - 3 dapat moto, tapi keempat dapat jaket kulit... taktaulah jaket tu berapa nilainya, tapi menurut kata ayah aku, mahal jugaklah jaket tu... mau beratus2... sebab tak minat, aku bagilah jaket kulit tu kat adik aku. lagipun, dia yang jawab kuiz tu... seingat akulah, aku ni mmg payah nak dapat duit terpijak camtu jek compare ngan ajan ni. kalau dapat pun, aku kene usaha lebih sikit... orang lain, senang2 jek dapat duit terpijak.

seingat aku, yang paling berharga aku penah dapat ialah terpilih menjadi salah seorang antara 10 finalist cerpen terbaik yang aku masuk dalam dewan pelajar tahun 96. taktaulah berapa banyak penyertaan yang dia terima. cuma yang aku tau, bila aku balik umah daripada kole nerang masa matrik dulu, aku dapat surat berisi buku ngan cek untuk honorarium untuk penjualan buku tu... ingatkan buku apa, sebab tajuk muka depan buku tu harapan di joyrampur. tapi bila tengok bahagian dalam buku tu, ada tercatat nama aku dengan tajuk persoalan, wahhhhh... kembang hidung, mata, tengkorak, hati, rangka, tangan, punggung, kaki, dan bulu2 roma aku semua.... bahagianya bila nama aku tersenarai sebagai salah sorang penulis cerpen dalam 10 yang terbaik. aku try baca komen2 hakim yang menilai tu... katanya, amat susah untuk memilih cerpen yang terbaik sebab semuanya yang terbaik. nak pilih yang sepuluh dalam seribu penyertaan ni pun payah (macam tak caya jek ayat ni, silap2 yang antar 10 jek kan?????). aku cuba baca cerpen aku. tak banyak yang editor tu ubah, cuma tajuk cerpen aku ngan penghujung cerita aku. tertanya2 jugak, kenapa aku tak menang... mungkin sebab aku guna borang penyertaan yang aku koyak daripada majalah yang aku amik daripada library sekolah (masa tu kurang kaya lagi, nak baca majalah pun terpaksa baca kat library). tapi takpelah, aku anggap bukan rejeki aku. sekurang2nya, dapat gaklah cek honorarium daripada dewan bahasa. cuma terbayang jugaklah kalau aku menang, dapat gak merasa RM1k (masa tu nak pegang seratus pun payah, apalagi kalau 1k). la ni tak jumpa dah buku tu, taktaulah kalau dewan bahasa tu dah menghentikan cetakan. kalaulah buku tu dijadikan tuk subjek sastera kat sekolah, erm... bahagia hidup aku.... tu jelah satu2nya cerpen yang aku tak sangka akan menjadikan aku ratusan (sebab dapat dua ratus lebih jek, kalau dapat juta2, baru gelar jutawan ye dak????) sekejap. dan itulah juga cerpen pertama dan terakhir aku rasa aku masuk. hajat hati nak buat novel sejak dari uni dulu, konon2 nak sambung kisah daripada cerpen ni... tapi sampai ke la ni tak buat2. malas nak pk. nak reka plot2 tu yang amik masa, kesinambungan karektor tu yang penting (ingat dulu masa aku nak reka cerita, terpaksa tulis pakai pen dulu, n then baru taip kat mesin taip kakak aku punya).... agak2, tulisan2 dalam blog aku ni boleh ke dijadikan sebagai buku (hanya orang yang tak waras jek akan beli kan????)....

tulah satu2nya aku rasa aku penah dapat duit terpijak. tapi kene usaha sikitlah... compare ngan adik aku, dok goyang kaki jek... tup2, tau2, duit masuk... erm... rejeki memasing kan????

cerita pasal kisah adik beradik aku ni kan, teringat zaman kecik2 dulu. aku ngan kakak aku yang sulung, selalu sangat bergaduh. pantang jumpa. taktaulah kenapa.. sampaikan, mak aku btol2 bersyukur bila aku masuk sekolah asrama, kakak aku pulak masuk UUM. terpisah jauh sikit. tapi, bila dua2 balik, jadi macam perang dunialah jawabnya. ngan kakja pulak, teringat masa dulu2 blajar a b c 1 2 3 ngan dia. main sekolah2. takyah sesusah tadika.. ngan ajan pulak, selalu gak kami bergaduh. tapi yang selalu dipersalahkan dan yang kene hentam ngan ayah aku ialah aku. sampaikan aku rasa masa tu, aku anak angkat pulak (terpengaruh ngan citer2 drama swasta masa tu). ngan ita, rapat sikit. maybe sebab aku yang selalu kene basuhkan berak dia masa kecik2 dulu. gaduh tu... erm... jarang sikit rasanya. tapi, alhamdulillah, dah besar2 ni, takdelah nak gaduh gaduh. makin rapat rasanya. rindu nak kumpul reramai. dengan anak2 buah yang makin ramai. bahagianya rasa....

bila citer pasal adik beradik aku jugak, ada banyak persamaan antara kakak aku yang sulung (no 1), aku (no 3) ngan ita (no 5). kami pakai spek, kami yang kawin awal, kami katam quran sekali, suara 'sedap' (kakak somprano, aku sore bass, ita sore harmoni pitch kurang tinggi), kami yang sampai blajar tinggi sikit (sampai peringkat degree), kami yang dok jejauh daripada famili (kakak ipoh, aku kedah, ita, kedah) dan... dan... lupa dah apa lagi. compare ngan kakja (no 2) ngan ajan (no 4) berlawanan ngan apa yang aku senaraikan kat atas tu. erm... ingat lagi masa kecik2 bila ita hidangkan kupas buah jambu, n then letak atas meja sampai pesan kat kami yang tengah tengok tv, katanya;

"Jangan amik, ni orang punya." tak semena2, spontan kami 4 beradik terus terkam jambu yang dia dah kupas tu sambil jawab sesama;
"owh... ok... amik"
pastu, punyalah meraung si ita... yang kami, termasuk mak ngan ayah aku, gelak2... sebab tak sangka pulak boleh macam bersatu hati mencuri buah jambu yang ita kupas.

erm... rindu btol kat adik beradik aku....


*gambar terbaru ayah, mak, ita ngan ajan masa ita konvo kat upis. nampak lain pulak mak aku ni. nampak muda sikit dari dulu... umur dah 60tahun. ayah aku pulak menten muda... umur dah 67, rambut langsung takde uban, compare ngan aku, uban dah melambak... adik bongsu aku pompuan yang dah nak jadi mak orang, ita, dan adik lelaki aku, ajan yang nampak lagi tua dari aku yang selalu nampak muda ini (hakhakhakhakhak)...

tuanpunyablog: caca merba dah jadi tulisan aku.. takpelah, janji aku bahagia. orang nak kata apa2, katalah. blog aku, tulisan aku, aku punya sukalah nak tulis apa2 pun... ada aku kesah????

Wednesday, 26 August 2009

apa yang sedang aku pk kan????

salam...

bulan ni macam tak produktif plak dalam mencoretkan sesuatu kat blog aku ni...

maybe sebab tenet tak aktip lagi...

atau mungkin banyak sangat perkara aku pk kan....

mungkin aku terkenangkan kampung halaman yang dah tak macam kampung dah...

atau memikirkan camana aku nak setelkan framework research aku ni (sampai ke sudah aku tak paham framework tu apa... aiyak!!!!!)....

atau memikirkan camana aku nak abiskan study aku ni yang macam tak nampak jalan penghujungnya.....

atau memikirkan apa aku nak present masa jumpa pakwe minggu depan, minggu ni aku batalkan... (huh!!!! cam aku pulak bos)

atau memikirkan cara terbaik tuk aku berbaik2 dengan orang yang sejak awal jumpa aku terus menganggap aku sebagai musuh walhal taktau aku camana....

atau memikirkan kenapalah orang tutttttt asik nak lagakan org2 lain. sedih bila tengok tanpa ada sebab musabab, tetiba jadi musuh rasmi....

atau memikirkan bilalah aku nak tambah anak lagi (penangan dapat 4 anak buah tahun depan, adik aku, kakak aku, 2 abang zah)....

atau mungkin memikirkan aku kene balik ke tahun depan bulan 4 coz sejarah bakal tercipta dalam keluarga zah bila dua2 adik zah kawin serentak.....

atau mungkin memikirkan sempat ke aku nak abiskan ramadhan tahun ni....

atau memikirkan kat sapa aku nak jadikan 'along' tuk pinjam duit tuk blanja bulan depan (sengkek terus bila bayar rumah untuk 2bulan sekaligus)...

atau memikirkan bilalah gambar aku ngan pemili nak masuk surat kabo salam perantauan....

atau memikirkan camana nak viva nanti kalau BI aku yang terlalu 'terer' ni sering menjadi bahan lawak org lain (ada aku kesah??????)....

atau memikirkan bilalah aku nak antar paper untuk konfrens atau jurnal (hah!!!! berangan!!!....)

atau memikirkan aku nak makan apa tuk buka posa tetiap hari....

atau memikirkan apa mak aku tengah buat sekarang ni....

atau memikirkan mak aku masak apa tu bukak posa tetiap hari, tingin plak nak jamah air tangan mak...

atau memikirkan camana aku nak basuh kapet umah ni, vakum ada, tapi tak reti nak guna...

atau memikirkan ok tak kalau aku simpan rambut aku panjang, bila lagi kan.....

atau memikirkan kenapa aku terkenang2kan zaman sekolah dulu....

atau memikirkan kenapa aku susah sangat nak maapkan orang...

atau memikirkan bilalah aku nak antar buku abang ojan ngan kamera murah ita yang dia kirem ni... antar sekali dulu, sekali kene pau sampai 60pounds lebih... aiyak... terus ak jadi posh...

atau memikirkan bila nak upload gambar aku kat facebook....

atau memikirkan apa kesudahan cerita nur kasih....

atau memikirkan apa kesudahan kisah aku, abis kat sni atau abis kat tempat lain....

atau memikirkan kenapa perangai aku ngan iman saling tak tumpah dan dia pulak suka sangat ngikut apa yang aku buat temasuk cara2 nak pakai kain pelikat....

atau memikirkan apalah dugaan yang Allah nak bagi pada aku selepas ni....

atau memikirkan kenapa sejak dua menjak ni aku menjadi syahdu semacam jek....

atau memikirkan kemana duit aku 'hilang' sebab macam tak cukup makan jek bulan ni....

atau memikirkan kenapa kengkadang rasa sonot dok umah ni kengkadang rasa kurang sonot (jiran2 yang peramah rajin wat mesyuarat tingkap kat depan umah aku... siap offer beer lagi ajak minum.... cet!!!!!)....

atau memikirkan barang apa lagi aku nak borong tuk bawak balik malaysia (angan2 macam nak beli umah sebiji pastu aku sewakan)....

atau memikirkan peciter kengkawan aku yang belajar sama2 aku sekarang ni...

atau memikirkan kenapa aku garang sangat ngan ilham yang mmg menguji kesabaran aku (keytip sgt sampai semua benda dia nak explore sampai hancur lebur jadi abu)...

atau memikirkan kenapalah dari kecik aku tak asuh iman bebtul....

atau memikirkan kenapalah aku selalu bermimpi tandas yang menakutkan masa aku kat SAMTTAJ...


atau memikirkan sampai bilalah aku asik berpikir.....

tuanpunyablog: layan jiwang dengan lagu raya... huk!!! huk!!!! huk!!!!

Friday, 14 August 2009

cerita tentang semalam

salam...

rasa macam takde mood nak wat keje rini (eh... bukan hehari ke ko takde mood nak wat pepe, sejak bulan 6 yang lalu?????)...

semalam dok borak2 ngan seorang kawan satu skul ngan aku... tgk dia dok print artikel ngan jurnal (sama macam aku dulu, xcited, tapi bacanya, takat satu penggan, tak paham terus tukar lain... semangat picisan), aku terus bertanya;

"nak bawak balik malaysia ke artikel tu?"

"satu paper menunggu," balas dia.

"waaaaahhhhhh... bagusnya... dalam setahun belambak2 paper yang disubmit... kompomlah, balik sekali nagn saya nanti..."

"amiiiiiinnnnnnnn," katanya...

kemudian terus terdetik dalam hati, aku ni dah tahun kedua, dia pulak baru tahun pertama. erm... ayat aku tu betullah kan... which is, balik sekali ngan aku... cumanya, ada dua hipotesis yang boleh aku kaitkan;

hipotesis 1: aku akan balik ngan dia, bila tempoh aku abis... i mean, akhir tahun depan.. jadinya, aku buat 3 tahun, dia pulak buat 2 tahun... (erm.. macam rendah jek kebarangkalian hipotesis ni)...

hipotesis 2: aku balik ngan dia, which is, bila tempoh dia abis... maksud aku, dia buat 3 tahun, aku pulak buat 4 tahun... (erm... rasa cam mustahil jugak, sebabnya, tak mungkin dia drag sampai 3 tahun, bayangkan, baru 6 bulan dan buat pilot study... paper tu jgn kira lah... dalam sehari jek, leh siapkan satu paper.... kagum.. kagum... tabik spring tilam dreamland lah aku ngan dia)...

so kesimpulannya, kene buat hipotesis yang ketigalah... which is, erm... taknak sebutlah, nanti jadi kenyataan... nauzubillah... huhuhu

tuanpunyablog: gatal pulak tangan rini... rejeki nak masuk ke ek??? erm...

Monday, 10 August 2009

kenapa aku menangis dalam hati?????

salam...

suatu ketika status facebook aku tertulis begini:

Jafri Zulkepli Hew "sedang menangis..... dalam hati..."

maka rakan2 yang sangat prihatin mulalah bertanyakan khabar kenapa status aku begitu terharu rasanya bila ramai yang bertanya... erm... biarlah aku bercerita kenapa aku berstatus sebegitu...

aku telah memulakan penghidupan baruku tanpa kehadiran komen2 daripada minah ronggeng yang berada dibawah telapak kakiku (suka btol dia bila dengar aku nak pindah) selasa lepas... masa tu, sebab keteku masih tak berpongsi lagi, maka aku terpaksa memindahkan barang2 aku menggunakan luggage ngan troli makcik yang digunakan tuk beli barang2 kat pasar... masa tu, macam yang aku pikir sebab rasa macam tertekan sangat... maklum sajalah, kete aku pulak buat masalah, takleh nak start... tersadai pulak kat umah abang ithnin... masa tu, hanya Allah yang tau kenapa aku sedih sangat... bukan sebab kete aku rosak (sebab aku dah macam takde hati dah pada kete tu)... tapi sedih sebab kete aku rosak TIME AKU NAK PINDAH...

hari isnin yang lepas, aku terus kan jugak pindah barang sikit2... mujurlah tak jauh sangat, dalam 300m sahaja... penat tu, jangan kiralah... terpaksa gak gagahkan hati ngan kaki tuk pindah sikit demi sikit... hari selasa pulak, pas bawak iman p jumpa dr, aku teruskan lagi misi aku pindahkan barang2 daripada umah lama ke rumah baru... kali ni, tekad, akan pindah terus, n memulakan tidur malam tu kat umah baru... alhamdulillah, berjaya jugak misi aku tuk tdo umah baru malam selasa tu...

apa yang menjadi kenangan aku ialah, masa last trip aku nak pindah tu, sekali ngan iman ngan zah, hujan mula turun... aku ngan 3 beg, zah 3 beg dan iman satu beg... masa keluar daripada pintu flat tu, tgk2 ujan, rasa macam nak nangis pun ada... sebabnya, sedih sangat... taktaulah kenapa aku sedih... mungkin salah satu sebab ialah, bila tengok iman terhoyang hayang bawak beg dia... sian jugak, tapi aku nak dukung dia pun, aku dah tak cukup tangan... mujurlah iman takwat hal masa tu... erm... pengalaman yang payah aku nak lupakan sepanjang hayat aku ketika berada kat negara org yang penuh pancaroba dan pancasitara...

bukannya takde orang yang nak offer aku tuk tolong angkut barang... tapi, maybe sipat dan sikap aku yang EGO ni payah benar nak mintak tolong ngan orang, unless kalau aku betol2 perlukan pertolongan tersebut... selagi aku mampu, selagi itulah aku cuba buat sendiri... rasa macam buat bersalah yang amat sangat jek bila aku mintak tolong ngan orang, rasa macam menyusahkan orang jek...

maybe sebab aku fobia, sebabnya suatu ketika dulu, bila salah sorg daripada kawan aku yang menempelak aku bila aku selalu sangat mintak tolong daripada dia dengan berkata pada aku;

"hang ni... tak abis2 nak nyusahkan hidup orang!!!!!"

sejak daripada tulah, seboleh mungkin, aku cuba untuk tidak meminta tolong selagi aku berdaya... fobia rasanya nak mintak tolong daripada orang banyak2 kali... cukuplah sekali sahaja aku ditempelak sebegitu... aku kalau boleh, suka nyusahkan diri sebab org lain, tapi bukan aku untuk susahkan org lain... harap2 aku tak jadilah macam kawan aku yang tempelak aku tu... na'uzubillah...

benar janji Allah, bahawa setiap perkara tu, ada hikmahnya...

banyak hikmahnya yang aku dapat daripada kejadian2 sedih yang menimpa aku... kete aku dah on balik radionya (masa tu takleh nak dengar radio sebab code radio tu takdek sejak kene godek ngan pomen kete), aku tau mana nak p kalau kete tu buat masalah lagi, dan yang lebih penting, aku makin tabah dengan segala ujian yang Allah beri ni...

bila sahaja kawan2 aku datang kerumah baru ni, bila saja mereka menyatakan rumah ni baguslah, berbaloilah, hanya satu jawapan aku;

"alhamdulillah, rejeki kete rosak..."

tapi bila orang tanya ngan aku rumah baru ni camana, aku cuma menjawab;

"erm... OK lah..."

typical answer kan... bukan tak bersyukur dengan apa yang dah ada, tapi aku takut untuk bermegah2 dengan rumah tu, sebab takut jadi macam kete aku tu... bermegah2, puji bangat ngan kete tu, alih2, bawak masalah...

benarlah kata mak aku;

"kalau suka satu benda tu, jangan sayang sangat... takut nanti kecewa..."

aku tambah perisa kata2 mak aku tu;

"jangan terlalu suka, kelak membawa duka..."

tuanpunyablog: monolog dalam hati....

Monday, 3 August 2009

................................

salam...

aku baru jek pulang daripada scotland, alhamdulillah, takde apa2 masalah sepanjang perjalanan kami... syukur sesangat...

cumanya la ni, pikiran ku masih serabut lagi bila memikirkan pasal kereta aku yang satu tu... semalam, masa aku nak start, kete tu meragam lagi... aku dah kehilangan punca... maka baliklah dalam keadaan yang kecewa... sib baik abang ithnin tolong antar kan aku balik (menyusahkan org lagi)...

aku harap, pagi esoknya (ahad) aku akan kembali amik kete aku tu, dengan harapan dia akan sembuh seperti sediakala... malangnya, pagi2 lagi aku keluar dengan menaiki bus, sambil berdoa agar kete tu boleh hidup dan memudahkan aku untuk pindah secepat mungkin... tapi malangnya nasibku, bila cuba start, masih takleh jugak...

pulanglah aku dalam keadaan kecewa sekali lagi... sampaikan satu masa, tanpa sedar aku menitiskan air mata... sedih... taktau nak kata camana lagi... hilang punca... hilang arah... hilang pedoman... hilang kata2... banyak sebab air mata aku mengalir... satunya, sebab aku rasa, aku banyak bebankan org dengan masalah aku... yang mana, adalah buka diri aku untuk menyusahkan org lain... pinjam duit kat org, mintak org tolong hantarkan aku...

hati aku sentiasa berfikir... mungkin ini dugaan yang harus aku tempuh... apa yang doakan, agar, Allah kuatkan serta tabahkan hatiku dengan segala dugaan yang menimpaku... amiiiinnnnn...

tuanpunyablog: menangis dalam hati....