Tuesday 20 July 2010

kene bambu

salam...

baru pas jumpa ngan pakwe... selepas lama tak jumpa, dekat2 sebulan, pastu minggu lepas review tuk naik tahun... tak sangka pulak review dia buat minggu lepas, dahlah masa tu, aku ngah bz menolong sahabat baik yang ditimpa musibah... mujurlah aku tak sewenang2nya membatalkan oppemen tersebut,... kalau tak sahih kene bambu ngan dia...

so, bila lama tak jumpa dia, opkos, sebagai sv yang baik hati, akan meng'expect' banyak progress yang telah aku buat... erm... biasalah aku, biasanya, progress banyak yang dah basi2... meaning, progress lapan sembilan bulan yang lepas, same story, but different gaya penceritaan... biasanya, dia tak ingat apa yang aku dah cerita... tapi kali ni, ingatan dia kuatlah pulak... malu aku kene sound ngan dia... huhuhu... nasib seorang pemalas... camtulah gayanya... padan muka aku...

anyway, aku bukanlah mendoakan yang tidak baik2 tuk aku sendiri... dan aku sedar, segala kata2 yang keluar daripada mulut aku merupakan satu doa... tapi, payah sikit aku nak elak... sebab aku ni jenis yang suka merendah diri... org panggil aku DR, aku cakap blom lagi, tah abis tah tak... org cakap aku terer sebab satdi obe c, aku cakap, ni kene pakse punya kes, bukan sebab terer... org kata aku dah nak abis n beruntung dapat sv yang saaaaaaaaaaaaaangat baik, aku cakap, sv mmg baik, tapi student dia jek hampeh... tu jelah jawapan aku sebab nak merendah diri... paling teruk pun, aku akan cakap, citer lain boleh tak? boring citer pasal ngaji ni... sian kat org yang tanya tu kan... terkulat2 sendirian...

abis tu, kalau org lain tanya, takkanlah aku nak jawab,

'eh... aku mmg terer, sv tak terer mana, aku yang tau banyak (ni ayat salah sorg colleagues aku kat cni, belagak giler), so takyah ikut cakap sv sgt'

atau

'berkat kerajinan aku mencari tempat study kat sini, dapat jugaklah merasa dok obe c'

atau

'dah nak siap dah aku... tak lama lagi baliklah dengan gelaran DR'

kan???? takkan nak cakap camtu... sahih ramai yang melarikan diri daripada aku... daripada ramai yang melarikan diri daripada aku, lebih baik aku ngutuk diri sendiri dulu... daripada org ngutuk aku terlebih dahulu... huhuhu

sambung kisah aku kene bambu tadi...

actually, takdelah kene bambu sgt pun... marah2 senyum... biasalah sv aku, mana pernah marah... ada 2 kali jek kot dia pernah serius sikit mukanya.... masa aku nak balik kali kedua dalam masa setahun, ngan ada sekali tu, aku jumpa dia, dia macam bad mood... salah aku jugak silap tanya soklan... huhuhu... sebenarnya, bendanya dah ada, tapi bila aku nak susun balik, aku jadi kompius, keliru, masalah, problem, yang mana satu patut aku letak dulu, yang mana satu patut aku buang, yang mana satu nak sambung cerita... n kengkadang tu, nak connecting cerita tu yang menjadi masalah dan problem terbesar aku... dah cuba menulis sebanyak mungkin... bagi org yang dah biasa menulis dalam BI, rasanya takde masalah, idea boleh ditarik2, tapi bagi org yang ada masalah nak menulis lebih2 lagi dalam BI, takde idea, jgn harap nak nulis... kalau ada pun, jgn harap leh siap dua tiga ribu patah perkataan dalam masa sehari... dan yang lebih pentingnya, bagi org yang mmg culas macam aku, sentiasa mencipta alasan2 yang munasabah untuk mengelakkan dirinya dipersalahkan, alasan seperti diatas tu... kan??????

daripada tahun lepas dok mintak aku chapter2 berikutnya, dan setiap kali berjumpa, setiap kalilah aku berjanji manis, kata nak bagi... kesudahannya, janji tinggal janji... sian kat sv aku, napalah dia ditakdirkan dapat student macam aku ni kan....

kalau ikutkan, aku tinggal 4 bulan jek lagi sebelum aku dihalau keluar daripada UK ni... banyak perancangan, gantt cacat aku pun dah cantik tersusun jadual perancangan kerja, tapi satu pun tak pernah nak jalan... erm... sian kat gantt cacat aku tu... buat tapi tak digunakan... maybe akan digunakan bila aku dah ada desktop kat umah nanti kot... hah!!!! berangan lagi!!!!

nway, ada banyak dalam kepala otak aku nak nulis... tapi, rasanya macam tak tersusun pulak cerita ikut kronologi... lantaklah kan... bukan org menggred pun aku punya cerita ni... saja nak melempiaskan rasa...

tuanpunyablog: sempat ke sipemalas ni menyiapkan kerja dalam masa sebulan???